Sabtu, 22 November 2014

Ubahsuai Wajah Untuk Jadi Seperti Platipus

Lelaki platipus

Moscow: Seorang fanatik seni ubah suai tubuh menghabiskan tujuh tahun untuk mengubah dirinya menjadi platipus.

Jenya Bolotov merenggangkan lapan bahagian mukanya kerana mahu kelihatan seperti mamalia seperti itu dan mengatakan 'inilah yang saya sentiasa inginkan.'

"Secara zahirnya, saya sekarang adalah platipus. Dalamannya pula saya lebih kepada seekor burung. Mereka adalah semangat saya dan inilah yang sering muncul dalam mimpi saya," katanya.

Antara pengubahsuaian yang dilakukan termasuklah membuat lubang pada kedua-dua sisi hidungnya, memasang palam gergasi pada bibir untuk dijadikan paruh, memasukkan lubang ke dalam septum dan merenggangkan telinga ke paras bahu.

Dia yang masih bujang itu berkata: "Saya suka platipus, rupa haiwan itu dan juga perkataan 'platipus' itu sendiri.-Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...