26 rumah rosak ribut 15 minit
Kota Tinggi: Sebanyak 26 rumah di Felda Pasir Raja dekat sini mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang tadi.
Seorang mangsa, Rohani Ahmad, 43, berkata, ketika kejadian dia tinggal berdua di rumah bersama ibunya Miseh Madon, 70, dan berasa amat bersyukur kerana sempat menyelamatkan ibunya.
Menurutnya, dia yang sedang berehat amat terkejut apabila mendapati sebahagian atap rumah diterbangkan angin kuat yang disusuki hujan lebat itu.
"Pada awalnya saya mendengar bunyi guruh dan sebaik melihat di luar saya dapati langit gelap.
"Tidak lama kemudian tiba-tiba angin kuat datang dan terus menerbangkan bumbung rumah," katanya.
Menurutnya, ketika kejadian ibu yang sedang duduk di kerusi rodanya di bahagian ruang atap yang diterbangkan angin itu, namun bernasib baik kerana selamat daripada ditimpa runtuhan bumbung.
Angin kuat yang melanda kira-kira 15 minit itu turut menyebabkan pokok tumbang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...

-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Entry kali ni nak cite pengalaman pertama aku ke Pulau Perhentian ahad lepas... Percutian ni merupakan percutian yang taj dirancang. Aku ng...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan