Sabtu, 22 November 2014

Hanis Zalikha Akui Dahulu Wajahnya Seperti Nenek Kebayan

Hanis Zalikha Mengaku Dahulu Macam Nenek Kebayan


Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha akui wajahnya sebelum ini seperti nenek kebayan.

Hanis baru-baru ini telah memuat naik sekeping foto perbandingan wajahnya dahulu dan sekarang di akaun peribadi Instagramnya.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya termasuk penerbit program Raikan Cinta.

Hanis yang juga pengacara program Raikan Cinta telah memuat naik sekeping lagi foto dengan kapsyen yang mengandungi soalan dari penerbit rancangan tersebut.

Menurut Hanis (menerusi kapsyen pada foto), dia telah menerima kiriman daripada penerbitnya yang bertanyakan tentang keaslian foto tersebut.

Dengan penuh bersahaja Hanis memberitahu kepada penerbit tersebut foto kirimannya asli dan mengaku dia kelihatan seperti nenek kebayan suatu ketika dahulu.

Tindakan Hanis itu dianggap 'berani' oleh pengikutnya kerana bukan semua selebriti sanggup memperlihatkan diri mereka yang 'kurang cantik' kepada khalayak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...