Memaparkan catatan dengan label PRU14. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU14. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mei 2018

Selamat Mengundi


Assalamualaikum semua, ade ke yang masih sudo baca coretan di blog ayu ni.. Apa2 pun terima kasih pada yang sudi singgah di blog ayu ni.. Hari ni rasa nk sembang pasal hari mengundi pulak..

Meriah betul hari ni.. Jalan sesak macam hari raya..  Kebanyakkan tempat mengundi sesak dengan kehadiran orang ramai yang siap sedia untuk menunaikan tanggungjawab terhadap negara.

Jalan raya dihiasi dengan bendera dari pelbagai parti. Ada juga yang mengambil kesempatan menyediakan pelbagai replika objek yang menarik bagi mewakili parti masing2. Kemeriahan nya lebih terasa saat menjelang pilihanraya..

Dengar cerita malam tadi ramai yang berarak di sepanjang jalan sampai ke subuh bagi memberi sokongan terhadap parti masing2.. Ada yang berarak dengan motor mahupun kereta sambil mengibarkan bendera parti masing2. tapi jangan pulak tido sampai terlupa nk mengundi.

Tapi tak kisahlah korang dari parti mana sekali pun, jangan jadikan perbezaan parti menjadi jurang yang memisahkan silarturahim antara kita. Tetaplah bertegur sapa walaupun kita mempunyai fahaman politik yang berbeza.

Apa2 pun bagi anda keluar membuang undi tu. Jangan lupa baca bismillah.. sebelum mengundi dan tetapkanlah hati dengan pilihan yang telah dibuat. Apa pun keputusannya malam nanti, terimalah dengan hati yang terbuka.

Insyaallah.. Moga semuanya baik2 jer..  Doakanlah yang terbaik untuk negara kita.

AYU UCAPKAN SELAMAT MENGUNDI UNTUK SEMUA..


Selasa, 8 Mei 2018

KUNCI KUBUR - HALANG TUN MAHATHIR MOHAMAD ZIARAH PUSARA ALLAHYARHAM NIK ABDUL AZIZ NIK MAT


Mudhir Maahad Tahfiz dan Pengajian al-Quran Nik Matilah mengunci pintu pagar tanah perkuburan sambil diperhatikan Nik Adli.

KOTA BHARU - Keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan mahu menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, hari ini.


Kelihatan anak Allahyarham Mursyidul Am Pas itu, Nik Adli bersama seorang *lagi individu* bertindak mengunci pintu pagar selain meletakkan sebuah lori tiga tan di depan pintu masuk tanah perkuburan berkenaan.


Wakil ahli keluarga itu, Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, pihaknya tidak mahu institusi keluarga Tok Guru berpecah berdasarkan situasi semasa yang berlaku ketika ini.


"Kita nak supaya keluarga (Nik Abdul Aziz) ini berada dalam kesatuan sahaja.


"Kita juga tak mahu isu yang cuba dimainkan ini lebih-lebih lagi dekat dengan pilihan raya," katanya ketika ditemui pemberita.


Pengerusi Pakatan Harapan tiba di Kota Bharu, pagi tadi dalam siri jelajah untuk bertemu penyokong gabungan parti tersebut.


Sinar Harian difahamkan Mahathir menangguhkan ziarah kubur Nik Abdul Aziz dan meneruskan siri program berikutnya di Kok Lanas, Ketereh dan kemudian di Kota Bharu.


Dalam perkembangan sama, Ahmad  Dasuki yang juga anak saudara Nik Abdul Aziz meminta orang luar tidak campur tangan dalam soal urusan keluarga itu.


"Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini dan janganlah orang luar masuk hingga menyebabkan keluarga ini berpecah.


"Kita harap polemik-polemik ini tidak timbul lagi sehingga menyebabkan keresahan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Lori tiga tan diparkir didepan pintu pagar tanah perkuburan berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...