Ahad, 17 November 2019

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)



Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dalam ni..  Nak kata buzy tu, takdelah buzy sangat,  tapi memang tak sempat nk singgah pun kt blog ni.  

Alhamdulillah rezeki dari servis lipat dan gosok pakaian yg ayu buat agak banyak dan menyebabkan ayu ti ada masa nk buka blog  melayari media sosial pun tk sempat.. Sebab tu lah blog ni jadi makin sunyi dari apa2 cerita 

Kalau ikutkan banyak benda yang nk cerita dan ulas, tapi rasa macam dah keringgalan zaman pulak.  Entry kali ni pasal trip ayu, kak z,  dan 2 orang lagi kawan kami iaitu zira dan naszrin ke Terengganu.. Hari tu dah ade share kan pasal trip kami 2 hari 1 malam ke Kuala Terengganu,  tapi masa tu kami dengan ika dan zira,  kali ni ika tk ikut,  tapi ganti dengan nasrin.. 

Ikutkan entry ni dah lama dah tulis, tapi lupa nk pos. Sempena dah nk dekat cuti sekolah ni, ayu post jgklah walaupun ceritanya dah basi.. 😂😂

Tapi untuk entry kali ni adalah hasil tulisan kajek ye..  Sekali sekala die nk tulis blog..  Baiasa asyik tulis berita je..  Tapi sekarang berita pun tk tulis dah..  

Nanti ayu nk share ngn korang pasal La Hot spring dan Lata Kolam air deru pulak tau..  Tapi tunggu mood nk menulis tu sampai dulu..  


Hari Selasa 17 September 2019 , Aku, Ayu,   Zira dan Nasrin putuskan
kami nak jalan- jalan ke Terengganu lagi. Idea itu timbul masa kami
bertemu secara tak sengaja ketika kami balik dari Kolam Air Panas Tok
Bok, Machang.

Pertemuan tanpa diduga itu berlangsung di Rumah Buah Ketereh milik Ika
yang juga seorang wartawan sambilan Utusan Malaysia di Kelantan ni.

Mulanya Ika nak ikut juga tetapi kekangan waktu urusniaga Rumah Buah
Ketereh membuatkan Ika tidak dapat turut serta.

Jadinya kami berempat sahaja ke Terengganu kali ini. Oh ya, sebelum
ini kami pernah ke Terengganu bersama Ika dan Zira bermalam di Pantai
Tok Jembal April lalu. Rasa macam ayu dah pernah share..

Khamis, 19 September 2019 seperti yang dijanjikan jam 7.30 pagi Nasrin
tiba di pekarangan rumah kami berpandukan panggilan telefon yang
dibuat (henpon canggihnya tak boleh buka GPS pulak dah katanya).

Zira pula hampir jam 8 baru tiba, lambat katanya sebab ada katak
pisang dalam bilik air, tunggu bapanya pulang dari masjid untuk halau
katak pisang tu (erk..orang kata katak pisang ni bahaya boleh kencing
sambil lompat pastu masuk mata boleh buta..ye ke? Itu mitos yang aku
selalu dengar dari kecil dulu).

Mereka berdua tinggalkan sahaja kereta depan rumah kami tu dan
bergerak dengan kereta kami melalui jalan pantai sebab nak sarapan
nasi dagang di Tok Bali.

Kami singgah sarapan di Warung Nasi Dagang Kak Jue di Tok Bali yang
ada dua cawangan bertentangan. Lepas tu  kami kena sasarkan tiba awal
kira- kira jam 11.30 di Paya Bunga (PB) Sentral sebab nak tengok
wayang di Lotus Five Star Cinema (aku ni bukan jenis bawa keta racing
jadi agak lambat sikit kalau nak bandingkan dengan pemanduan orang
lain..hahaa).
Singgah Makan Nasi Dagang di Tok Bali..  


Sampai dah Lotus Five Star Cinema.
Haaa..masa mula- mula datang hari tu kami tak tau mana parkir PB
Sentral ni, dibantainya ikut arahan Zira parkir jauh nun di sana
tempat pasaraya apa tah, jenuh menapak. Hari ini ni nasib baik
aplikasi Google Maps bawa terus sampai jalan masuk parkir PB Sentral.
Bolehlah parkir tingkat 3 sebelum naik lif ke tingkat 7 LFS Cinema tu.

Jangan tertukar lak masuk PB Plaza atau PB Square. Macam kawan kami
hari tu salah masuk parkir bangunan PB Plaza, jenuh kena lintas balik
menapak ke PB Sentral plak dah.

Selfie kat tiang kt tempat parking sebb takut
Tak ingat kete parking kt mana..  

Sampai di situ jenuh plak nak bincang cite apa nak tengok, gi mari gi
mari sudahnya tengok cite Siam..haha..tajuknya Spirit Of Ramayana
(cite ala- ala hantu sikit gitu, kisah roh pelakon teater yang merasuk
nak balas dendam kerana dibunuh kekasihnya yang juga penerbit teater
Spirit Of Ramayana tu).
Selfie lgi..  

Cantik jugak kawasan lotus five star ni..  

Citenya bolelah...Zira yang katanya nak tido tak jadi lak eh tido asik
terkejut tergujat tengok cite tu. Habis tengok movie jam 1.30 sedang
molek dah azan Zuhur apa lagi solat dulu jamak qasar kat bangunan tu
yang ada surau selesa.
Sekeping tiket lgi melekat..  
Kami tengok ber4 ye.. 

Snap sikit jer..  



Sambung naik bot river cruise plak ye.


Jam 2 kami rasa nak naik bot lak eh.. River Cruise Sungai Terengganu.
Aku hubungi pejabat river cruise tu yang terletak di Taman Tamadun
Islam Terengganu.

Staf dorang kata ada trip jam 3 petang dan kena ada kat sana jam 2.30
petang. Apa lagi kami terus je ke sana.

Kami tiba di sana tepat jam 2.30 petang terus beli tiket berharga
RM24.10 seorang, percuma baucar makanan macam mi sup, kue tiau sup,
nasi air dan mi jawa (air beli sendiri ye RM2+ segelas).


Lepas tu staf dorang suruh kami pilih jaket keselamatan dan boleh
bergerak dekat bot (oh, sebelum tu ada staf dorang yang amik gambar kt
jeti tu yang nanti masa balik boleh bli magnet peti ais yang ada
gambar korang. Tapi kami tak beli pun. Posing saja2 je dah dorang
suruhkan..RM25 seketul..lain kali je r beli).



Bagus tul penerangan staf kat sini.

Masa naik river cruise tu ambil masa perjalanan ronda sungai dalam
setengah jam je walaupun dia kata 45 minit. Kita akan keliling Pulau
Wan Man, Pulau Mayat, Pulau Hajah Siah, Pulau Duyung dan apa lagi tah
aku tak ingat.

Kita akan lalu dekat kampung nelayan yang tak pernah banjir walaupun
bah besar melanda sebab mereka ada sistem empangan yang keluarkan air
hujan tu terus ke laut. Selain itu kita akan lalu dekat limbungan buat
kapal (besar oohh kapalnya), lalu dekat Pasar Payang dan yang penting
kat jambatan angkat (Drawbrigde).

Inilah katanya jambatan ikonik  yang pertama di Asia Tenggara
sepanjang 638 meter yang dibuka secara rasmi pada 1 Ogos lalu.
Jambatan bernilai RM248 juta itu menghubungkan muara selatan di pusat
bandar bandar Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir
(padahal kami dah lalu dengan keta masa datang tadi sebab budak2 ni
menggelejat nak lalu situ..hahaa).

Eh, sambung balik tentang pulau- pulau yang ada sekitar sungai
Terengganu ni. Banyak betul sejarah yang dikongsikan staf tu tentang
asal usul pulau.  Yang menariknya Pulau Hajah Siah tu memang milik dia
je. Dia dengan suaminya je berani tinggal kat situ, orang lain yang
datang tak lekat duduk situ.

Hajah Siah ni katanya seorang bidan dan suaminya pula guru silat
(kompem bukan calang- calang orang mereka ni kan). Sekarang ini ada
seorang warisnya yang tinggal di situ dan ada sebahagian dari pulau tu
dah dijual sikit katanya staf river cruise tu lah kan.

Sempat juga mendengar penerangan dari staff ni berkenaan dengan Masjid Kristal..  Rupanya hanya terdapat 4 biji kristal saja di Masjid ini dan setiap satu nya berharga rm 15000.

Hah, dah abis ronda sungai ni sambil basah kuyup sebab merecik air
sungai tu, kami tiba balik ke jeti dan isi perut dengan baucar percuma
tadi. Masing- masing amik menu yang berkenanlah.






Sempat jugak edit video masa kami naik rivercruise ni.. Tapi tk boleh nk post kt sini..  

Korang boleh tengok kt chanel youtube ayu ok..  
Cuti sekolah ni sesuai sangat bawak anak ke taman tamadun islam ni..  
Klick sini.. 


https://youtu.be/aHA1vwSHhMs

Keropok lekor dan Pasar Payang.

Satu lagi destinasi yang wajib dikunjungi di Kuala Terengganu ni ialah
kawasan keropok losong dan Pasar Payang. Kami singgah je ke kedai
keropok losong yang ada dalam perjalanan ke Pasar Payang tu.

Lepas tu tiba ke Pasar Payang yang bangunan barunya baru siap
sebahagian, ada lagi yang masih dengan pembinaan bersebelahan.
Bangunan lama dan dirobohkan untuk naik taraf katanya.

Aku kalau ke sini wajib beli dodol Terengganu yang dibungkus dalam
daun nipah. Makanan ni ‘rare’ tak ada di Kelantan. Dodol biasa pun ada
dijual di sini tapi nak buat apa kan sebab dodol Kelantan kami dah
selalu makan.

Satu lagi yang aku rasa istimewa ialah pisang emas salai yang katanya
dari Kelantan tetapi masalahnya aku tak pernah jumpa lak menda alah tu
kat sini.. heran gak eh..Nasrin belilah cempedak goreng, buah duku,
jeruk asam boi. Zira lak entah beli apa2 ke tidak.



Penarik dan udang celup tepung yang murah.

Siap di Pasar Payang kami gerak balik dan wajib singgah ke Pantai
Penarik walaupun hari hampir gelap. Tiba di Penarik wajib makan udang
celup tepung tapi kami lapar juga jadi cari warung yang jual masakan
panas sekali.

Kena pandai- pandai pilih warung kat sini sebab ada yang sedap dan ada
yang kurang sedap atau harga boleh tahan mahal atau servis yang teruk.

Kami ban sebuah warung yang sama dengan kereta sebab servis teruk
lambat, salah hantar makanan, tak mengaku salah dan biadab. Antara
warung yang pernah kami singgah ialah NL, Nabila, Ombak dan apa tah
sebelahnya tak ingatkan.

Kami amik pakej masakan panas untuk  4 orang harga RM60+- lepas tu
amik sotong celup tepung dan udang celup tepung yang saiznya agak
besar jugalah...kosnya dalam RM84+-..dah kenyang makan singgah solat
Maghrib di Masjid Penarik (wah, dah ada ekon sini syioknya
solat)..lepas tu dah boleh balik dah sampai rumah aku jam 9.30
malam..ok bai nampaknya itu je perjalanan kami ke Kuala Terengganu
kali ini.
Sesungguhnya aku tak pernah jemu berkunjung ke negeri Penyu ini
walaupun aku dah lama tak tengok penyu (kali pertama dan terakhir
tengok masa ikut rombongan sekolah darjah 6 dulu)..
Aku rasa Terengganu banyak tempat menarik yang dikomersialkan kerajaan
negerinya walaupun pantainya tu tak boleh mandi


Next entry ayu share pasal lata kolam air deru dan La Hotspring..  


Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...