Memaparkan catatan dengan label Dunia Bulus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Bulus. Papar semua catatan

Selasa, 18 September 2018

KEKABU KUCING UNIK, TEMBIKAI SUSU JADI MAKANAN KEGEMARAN



Kucing merupakan haiwan peliharaan yang jinak dan comel.  Ramai diantara kita yang memlihara kucing sebagai haiwan peliharaan untuk dijadikan peneman di rumah. Telatah mereka yang comel sentiasa menghiburkan hati..

Terdapat pelbagai spesis kucing di dunia ni.  Ada yg berbulu lebat dan panjang,  berbulu pendek, dan  tiada bulu... Dari yang berharga ribuan ringgit hingga yang murah.. Ada juga kucing yg boleh dapat secara percuma... Macam kucing peliharaan ayu,  semuanya percuma tau,  sebab ayu kutip jer kt pasar, kedai makan,  pantai n kat kampung. . 

Kucing kampung ni memanglah tk secomel kucing import tu,  tapi tetap menghiburkan. . Buat masa sekarang ayu ada lebih kurang 9 ekor kucing peliharaan.. Ada yg bulu tebal dan panjang dan ade jugak yg berbulu biasa2... 

Perangai kucing ni pulak ada macam2 jenis. Ada yg manja sangat dan ada yg suka buat hal sendiri jer... Ada yg suka dibelai,  dan ada juga tk suka didekati. . Tapi biasanya kalau kucing peliharaan ni lebih cenderung kepada  suka dibelai... Bab makan pun ada yg memilih makanan,  dan ada yang makan apa saja... 

Kalau cerita bab makan ni  ada sekor kucing ayu ni,  die punya pilihan makanan tu pelik sikit... Yelah mana tk pelik kan kalau kucing suka makan buah n sayur... Nama kucing ayu ni Kekabu... Bukan tudung kekeboo tu atau kekabu yng orng buat bantal tu tau.. Nama je lebih kurang sama. . 

Tapi bukan semua jenis buah yang die makan tau.. Biasa nya die teruja sangat dengan buah tembikai susu... Mula tu tk perasan sangat,  tapi setiap kali ayu potong buah tembikai susu untuk Sugar glider, die memang bising macam nak minta buah tu,  tapi tk pernah bagi..  Cuma perasan kulit tembikai susu yng ayu tinggal atas sinki selalu hilang..  Ingatkan ada yg tolong buangkan,  rupanya anak bulus yg makan... 

Lepas pada tu,  setiap kali potong buah untuk sg,  bagi jugaklah buah untuk kekabu..  Tapi buah lain die tk teruja sangat.   Kalau buka peti pun die mesti sibuk nk cari buah dalam tu.   Kekabu ni agak memilih jugak bab buah yang die nk makan..  Kalau bagi betik tak layan pulak..  Selain tembikai susu kekabu suka jugak mkan timun yg kita buat ulam tu..  Kalau sebatang timun tu,  die boleh habiskan hampir separuh untuk sekali makan..

Selain tu kekabu juga suka makan sayur kobis... Tak tahulah kenapa,  tapi nampak cam sedap je die makan mentah sayur tu. . Macam makan salad je... Mungkin sebab kobis tu rasa die rangup2 kot... Yg ni pun mula tk pernah bagi jugak,  tapi die panjat n golek kobis tu sampai jatuh n makan kobis tu... So lepas tu ayu cuba bagi sikit.. Eh betul lah kekabu memang makan kobis tu...


Kekabu ni antara anak bulus paling manja jugak berbanding mak die n adik beradik die yg lain. . Kadang tu tido pun demand,  nk kena padang air cond dan nk tido dalam blik.  Kucing lain tkde yg sibuk nk masuk dalam bilik, tapi kekabu ni,  bila kit duk dalam blik, biasanya die akan menjerit depan pintu bilik n suruh kita buka pintu..

Kalau nk ikutkan anak bulus ni ada macam2 perangai dan ragam... Walaupun kadang2 tu terasa nk marah,  tapi tk pernah terasa nk sakiti diorang..  Sebab kucing ni pandai ambik hati dan selalu buat muka comel.. 😂😂







Khamis, 13 September 2018

Pray 4 Kucing Dobi



Luluh rasa hati bila tular di media sosial gambar ibu kucing yang terbaring kaku dalam mesin pengering.  Ibu kucing ini dianiaya oleh 2 orang pemuda yang tidak berhati perut..

Apa yg mereka buat terhadap ibu kucing yang sedang bunting itu adalah amat kejam dan tk boleh di terima dek akal..

Menurut laporan, kejadian tersebut telah belaku di Malaysia, di negara kita sendiri... Macam tk percaya kan ada orang sekejam tu...


Berikut adalah caption dan video dari Persatuan Haiwan Malaysia...

Animal Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan dua pemuda yang menzalimi dan membunuh seekor kucing betina yang sarat bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi di sebuah Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor.

Pelaku dipercayai pelanggan tetap yang kerap ke kedai dobi ini dan tinggal berhampiran kedai dobi. Manakala ibu kucing tersebut adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi tersebut.

Namun amat menyedihkan apabila ibu Kucing malang  berserta anak  dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi hari Selasa 11 September 2018. Perilaku kejam ini tidak dapat diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia bukanlah menzahirkan budaya Malaysia yang penuh harmonis dan lemah lembut.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak Selangor untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Diharapkan pelaku dijatuhi hukuman setimpal kelakuan zalim di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Bukti rakaman CCTV dan beberapa keping gambar yang jelas menunjukkan wajah pelaku telah dirakamkan dan diharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan sehingga terhukumnya pelaku.


Apa kesalahan dan dosa kucing tersebut hingga diperlakukan sebegitu rupa.. Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan  dikalangan nitizen terutamanya pencinta kucing.

Turut tersebar,  coretan kata2 menyayat hati buat si ibu kucing yg telah menjadi korban dari perbuatan zalim 2 pemuda tersebut.

Tragedi September di Dobi,

Aku menumpang teduh didalam kedai dobi,
Aku hanya ingin selesakan diriku yang sedang sarat mengandung dari kesejukan diluar kedai,
Aku tidak kacau sesiapa didalam kedai,
Aku hanya peneman buat mereka yang selesa denganku disitu..

Namun,
Entah mengapa aku disapa dua orang lelaki yang telah selesai membasuh baju,
Telatah mereka gembira mungkin selesa dengan kehadiranku,
Aku baru ingin tidur disitu,
Salah seorang mengangkat aku dan membawaku ke satu tempat,
Mereka ketawa riang,
Aku menurut sahaja,
Tanpa aku sedari,
Aku dimasukkan kedalam mesin pengering baju,
Pintu ditutup,
Mereka ketawa-ketawa riang,
Aku terpinga-pinga,
Aku nak keluar dari sini,
Tolong aku,
Aku tak tahan kepanasan di dalam ini,
Tolonglah keluarkan aku,
Jika tidak kasihankan aku,
Kasihankanlah anak-anakku yang bakal lahir,
Aku terus menguis untuk keluar,
Mesin berpusing laju tanpa belas,
Adakah mereka diluar tidak dengar jeritanku?
Aku sempat melihat mereka berpatah balik namun tidak mengendahkanku,
Kenapa aku diperlakukan sebegini?
Aku tidak kacau sesiapa,
Aku nak berteduh sahaja,
Jika keinginan aku berteduh menganggu kalian, aku minta maaf,
Aku terus kepanasan didalam....anak-anakku sayang...aku memohon maaf kerana tidak sempat menunjukkan pada kalian apa itu dunia,
Maafkan Mama sayang....

Moga pesalah mendapat hukuman yg setimpal..


Jumaat, 4 Mei 2018

Kesayangan Mummy Si Tupai Terbang @ Sugar Glider

Pasangan bahagia.. 
Haq n Nini


Assalamualaikum.. Tq sudi singgah kt blog ayu ni.. Kali ni nak cerita pasal Sugar Glider @ Tupai Terbang yang ayu pelihara ni pulak.. Ade ke peminat sugar glider atau tak tahu pasal sygugar glider ni.. Biar ayu cerita sikit secara ringkas tentang sugar glider ni okey..

Sugar Glider (sg)-Haiwan eksotik jenis gliding marsupial kecil. Sugar Glider ni tak da kat malaysia. Ia hanya ada kat area Australia, New guinea, Tasmania dan jugak kat pulau pulau di Indonesia.Walaupun asal sana tapi kat Malaysia SG ni tetap boleh hidup dan membiak.

Kat Malaysia memang ade pelihara sugar glider ni, tapi tak la ramai sangat mungkin sebab haiwan ni bukan dari negara ni. Haiwan ni terkenal sebagai haiwan peliharaan yang bersaiz poket sebab saiz dia yang kecik dan comel. SG ni bukan tupai terbang  tapi jenis macam kanggaroo sebab yang betina ada kantung kat perut.

Ayu Start bela binatang yang comel ni sejak dari 2016 lagi dan sampailah ke hari ni..  Alhamdulillah, Masih sihat dan dah 2 kali beranak dah.. Dah sempat jual dah pun anak die masa hujung tahun 2017 dulu.Jual tu bukan sebab tak sayang, tapi sebab tak sempat nk jaga n tak sempat nk belikan wife baru pulak untuk baby boy ayu ni.. Lagi 1, sugar glider ni perlukan perhatian dan kena selalu luangkan masa supaya sg kita jinak dan tk liar.

Sugar glider ni nk jaga tkdelah susah sangat, tapi kena beri komitmen sebab sugar glider ni salah satu binatang yang perlukan perhatian yang secukupnya. Paling kurang sehari kena luangkan masa 2 jam untuk bermain dengan baby sugie ni. Barulah die akan manja dan jinak tau. SG ni binatang yg sangat perlukan perhatian. Boleh mati sebab kesunyian tau kalau tak diberi perhatian.

Bab pemakanan pun kena ambik berat jugak. Setiap hari kena perhatikan diet sugar glider. Kena bagi makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ye lah macam kita jaga baby sendiri lah, kena makesure bagi makanan berkhasiat untuk pastikan. Baby sentiasa sihat.  Dengan cara pemakanan tang baik, usia sugar glider pun akan makin lama ..

Untuk diet sugar glider ni pula tkdelah cerewet sangat. Cuma kena pastikan makanan yang kita bagi tu cukup kalsium, protein dan serat. Contohnya buah-buahan seperti betik, mangga manis, honeydew, epal, ayam rebus, telur, smoothie khas dan macam2 lagi.

Ini secara ringkas jelah, kalau korang berminat nk bela sugar glider ni, korang boleh google je. Banyak blog dan group support die fb yang boleh bantu bagi panduan dan tips mengenai penjagaan sugar glider.
Ni antara koleksi gambar yang ayu sempat simpan dan boleh share dengan korang.. Yang lain tu banyak untuk simpanan peribadi je lah. Hehehe..

Baby baru
Usia kurang 2 bulan
Masa ambik pic ni.

Kena start main sejak 
kecil, baru senang nk jinak.





Ahad, 29 Oktober 2017

BUAH HATI PENGHIBUR DUKA LARA

Kalau orang lain yg seusia ayu, kebanyakkan nya dah berumah tangga dan masing2 dah dikurniakan cahaya mata yang comel dan ada yang hampir mencecah usia remaja. Ajal, Rezeki dan Jodoh tu kan di tetapkan oleh Allah... Jadi siapalah kita yg mempersoalkan kehendak dan Ketentuan Allah.. Ayu tkde anak, sebab belum kahwin tau... tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan Anak bulus yang comel dan menjadi pengubat duka...

Walaupun ada yg bercakap bahawa bela kucing ni membazir dan tk berfaedah, tapi ayu tak ambil peduli kerana itu adalah pendapat individu yang tk memahami erti kasih sayang yg sebenar. Biarlah orang nak cakap ape pun, tapi bagi ayu, anak anak bulus ni lah penyeri hidup kami..

Kali nk share nama dan pic anak bulus kesayangan ayu pulak.. Jangan muntah pulak yer.. Kalau ikutkan ada banyak, tapi ada yg hilang n dah mati.. Tapi sekarang cuma tinggal 8 ekor je dekat rumah.. 3 dewasa, 1 remaja, 4 baby...

Yang ni nama die Yente.. Doc cakap nama die pelik.. Tapi ada sejarah disebalik nama tau.. Kami jumpe yente ni bawah kereta, tiba2 je masuk dalam pagar, masa tu ade sekor kucing kami baru beranak, mati2 ingat tu anak kucing kami, tapi baby cat duk ade je dalam sangkar..
#yente

Yg ni pulak namanya benson.. Yg baru nak cukup umur 2 tahun awal bulan 11 ni.. Kucing jantan paling lama duduk ngn ayu.. Yg ni tk lari sebab ayu dah kasi die, so die dah stress dah nk cari bini.. n paling penting die makin sihat n gumukx..
#benson

Kucing pertama yg ayu kutip masa mula2 duduk kelantan.. Nama diberi "Otic".. Kami kutip otic ni kt kedai roto canai..  Kalau tk silap masa bulan 5 2014.. kiranya dah lebih 3 tahun dah duduk dengan kami.. Rasanya umur otic ni sekarang dah dekat 4 tahun sebab masa tu umur otic lebih kurang 4 bulan..
#otic

Olivia.. yg ayu ambik dekat bukit keluang besut masa kitorang g jalan kt bukit keluang.. Kebetulan mass kitorang nk naik boat pusing2 pulau.. Budak yg bawak boat tu bagithu kucing tu baru seminggu kt situ.. kesian tengok keadaan macam letih n tak bertenaga je.
#olivia

Yang ni pulak kami bagi nama mas, sebab kutip dekat pasar besar pasir mas.. jadi kami bagi je lah Mas kt die..
Sekarang ni rasanya umur dah setahun lebih sebab ayu dah jaga die setahun dah.. Yng kecik2 tu baby mas lah.. lahir 4 ekor, tapi sekor mati masa ayu balik kampung hari tu. Jadi sekarang tinggal 3 ekor je lah anak die..
#mas n babies


Antara telatah anak bulus yg mencuit hati..

Lepak dalam kereta lepas balik dari vet

Tido sampai tk ingat dunia..

Masa bawak g vet 

Tido berjemaah..

Suke kacau mommy solat.. 





Ahad, 22 Oktober 2017

Persedian Untuk Travel Bersama Anak Bulus

Olivia n yente bersantai atas sangkar.. 

Alhamdulillah.. Minggu lepas sempat meluangkan masa untuk menjenguk mak dan abah di kampung.. Kebetulan masa raya haji baru ni tak dapat balik kampung, jadi dah ada masa ni kita terus je lah balik kampung. Nanti kalau tangguh lagi, tak tahu bila pulak boleh balik kan..

Disebabkan anak bulus kat rumah ni banyak, jadi ayu ngn kak Z, decide untuk bawak je anak bulus ni balik kampung dengan kitorang..  Jadinya kalau nk balik lama pun tkpe, tak risau dah pasal anak bulus kt rumah.. Nak hantar kt cat hotel, anak bulus banyak, sekor harga lebih kurang rm15 ke rm20.. kalau nk hantar 9 ekor kucing dah berapa pulak kan. N lagi 1 tak yakin sangat dgn cat hotel ni, lepas dengar cerita pasal service yg tk seberapa ni.. Jadi lebih selesa kalau kitorang bawak balik kampung je..

Anak bulus ayu ni jenis yg cerewet sikit, Pantang betul kalau toilet kotor.. Betulah org kata, kucing ni haiwan yg pembersih.. Sebab tu lah jalan terbaik bawak je sama2.. Tapi nk travel dengan kucing besar jugak cabaran nya.. Setakat 3 tahun ayu bawak kucing balik kampung, banyak pengalaman menarik yang kami dah lalui..

Untuk Travel bersama anak bulus ni, kenalah buat persediaan awal sebelum bertolak tau.. Antara persedian awal nk bawak kucing travel ni adalah kita kena kenal pasti beberapa faktor penting..
Mula2 kena ambik kira jumlah kucing yg kita nk bawak. Lepas tu tempat untuk letak kucing pula. Ye lah, sama ada nk letak dalam sangkar atau nk letak dalam  " cat carier " Kalau dalam sekor 2 je, n kucing korang dah biasa naik kereta n tk banyak ragam boleh je letak camtu je dalam kereta.

Diorang pun seronok tengok kereta lalu lalang..  Tapi kalau banyak better letak dalam sangkar atau "cat carier" Kalau dulu kucing ayu tak banyak sangat, cuma dalam 5 ekor camtu je.. Tapi kali ni ada "kitten" dalam 4 ekor pulak. Jadi sekarang total dalam 9 ekor anak bulus.. Agak mencabar jugak lah sebab takut susah nk duduk elok2 dalam sangkar sekali sebab ade separuh kucing indoor n separuh lagi kucing outdoor.. Outdoor ni bukan maksud bebas kt luar tau, Ayu simpan dalam sangkar jugak, tapi duduk luar rumah..

Kalau ayu, memang akan bawak 1 sangkar kecil n 1 carier.. Ada sekor kucing ayu, memang ala ala ratu, tak suke campur demgan kucing lain n akan marah kalau ada kucing lain dekat dengan die. Jadi yg ni letak dalam carier je.. yang selebihnya letak dalam sangkar je.. Anak kucing kecik2 tu takde masalah pun kalau campur dengan kucing lain. Mula2 je marah tapi lama2 semua ok lah..

Lupe nk cakap, ayu bawak balik 8 ekor je dari 9 ekor kucing ayu, sbb yg ibu kucing tu tengah "heat" (nk mengawan) jadi susah lah nk bawak balik kmpung. Yg ni memang lepas bebas kt luar, cuma stanby makanan n air secukupnya je untuk die. Jadi dalam sangkar ada sekor dewasa, sekor remaja, 5 anak kucing..
Lebih kurang 7 ekor je lah dalam sangkar tu..

Kucing ni biasanya kalau mula2 kereta gerak tu memang bising sikit, ye lah jarang naik kereta kan..  salah satu petua untuk bagi kucing rasa selesa n tak gayat adalah dengan cara, tutup sangkar kucing dengan kain n biarkan dalam keadaan gelap. Nanti diorang akan rasa lebih selesa n tak de buat bunyi bising2 lagi.. Tapi masa tengah jalan tu, ade pulak kucing ayu yg gaduh dalam sangkar, jadi keluarkan pulak lagi 2 ekor kucing dari dalam sangkar, mungkin diorang gayat dalam kereta yng bergegar tu bila langgar berlubang.. Yang 2 ekor ni duduk bebas dalam kereta je lah..

Eh.. Terlupa pulak TIPS PALING PENTING kalau bawak kucing Travel.. Make sure Anak bulus korang puasa sebelum mulakan perjalanan.. Kalau nk travel pagi esoknya, make sure kucing dah stop makan sebelum jam 8 atau 9 malam.. Jangan bagi makan lepas jam 9 malam kalau korang nk mulakan perjalanan waktu pagi. Air pun bagi sikit jer. Jangan risau kucing lapar, sebab diorang boleh tahan lapar, kucing boleh tahan hidup tanpa air dan makanan beberapa hari.

Kalau bagi makan jugak korang hadaplah bau perfume paling menyengat kalau anak bulus korang "membuang" dalam kereta nanti. Tapi ayu memang standby juga toilet untuk anak bulus ni dalam sangkar, manalah thu ada yg tk tahn nk "membuang" pulak nanti. Tapi alhamdulillah semua anak bulus ayu ok n tak pernah membuang dalam perjalanan selama 2 tahun ayu bawak diorng travel.

Tapi masa dalam perjalanan balik dari kuantan ke kota bharu, ada pengalaman yg kelakar pulak, Nasib baik ayu tergerak hati nk standby toilet untuk kucing yg bebas kt luar, kalau lah diorang lepas hajat atas kusyen kereta, memang haru lah kitorang hari tu. toilet kucing ni ayu lebih selesa guna surat khabar je.. lebih senang dari guna pasir, sbab kurang risiko bersepah n takut pasir tumpah.. Lagi 1 lebih senang nk urusankan sisa diorang ni kalau guna surat khabar..

Selama bawak kucing travel ni lah kali pertama anak bulus bagi hadiah perfume paling menyegat. Nasib baik ada masjid berdekatan, boleh lh kami berhenti untuk buang sisa diorang tu dan bersihkan toilet diorang n gantikan kertas yang baru. Rasa geram, lawak nk gelak pun ada bila kena macam tu.. Terus cepat2 cari tempat nk berhenti.. Sementara nk sampai tu memang kena bukak tingkaplah untuk dapatkan udara segar.. hehehe.. tapi memang nasib baik sangat..

N last sekali nk cakap, memang best tau travel ngn kucing ni.. hati pun terhibur dengan telatah anak anak bulus ni. Boleh jadi teman dan penghibur..  kt bawah ni antara gambar yg sempat snap masa balik kmpung hari tu..  Tapi ayu bukan bawak balik kampung je tau, kadang tu keluar g cod barang pun bawak ank bulus ni tau..










Rabu, 3 Ogos 2016

Hukum Mandulkan Kucing

Soalan : Bolehkan kita memandulkan kucing peliharaan?
Jawapan :
JAKIM memberi fatwa untuk memandulkan kucing adalah harus.
Untuk mengikuti pandangan mazhab :
1-Ulama mazhab al-Hanafi berpendapat tidak mengapa mengkasi haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia.
2-Ulama mazhab Malik pula berpendapat Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.
3- Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara haiwan yang dimakan dagingnya dan yang tidak dimakan dagingnya. Mereka berpendapat: Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya ketika ia kecil, dan diharamkan selain daripada itu (yang tidak dimakan daging). Mereka juga mensyaratkan proses mengkasi itu tidak mendatangkan kecelakaan (kepada (haiwan).
Sumber

Dalam islam hukum mandulkan kucing adalah " Harus" Jadi adalah tidak salah jika kita mengambil keputusan utk memandulkan selagi ianya tidak membahayakan kesihatan dan keselamatan kucing tersebut.

Memelihara kucing bukan sekadar hanya memberi makan semata2. Kita juga perlu menjaga kebajikan kucing dan memastikan kucing mendapat semua keperluan. Dari segi perhatian, kasih sayang dan vitamin tambahan jika mampu. Jika jumlah kucing terlalu banyak, kita mungkin akan mengalami banyak masalah lain.

Hal ini kerana bukan saja kos makanan akan bertambah, kos utk menyelengara bahan buangan juga akan bertambah. Oleh itu pemandulan kucing antara langkah terbaik untuk mengawal populasi kucing dan akan mengurangkan risiko kucing jalanan bertambah.

Jumaat, 25 Disember 2015

Makanan kucing homemade mudah


Tanpa kita sedar, betapa cepatnya masa berlalu, Hari ni dah nk sampai ke penghujung jumaat terakhir utk tahun 2015...
Jumaat merupakan penghulu segala hari dan akan memulakan tahun baru 2016 yang bakal menjelma beberapa hari lagi.. semoga tahun 2016 akan memabawa perubahan baik kepada kita semua...

Okeylah... tak nk cite panjang2, Entry kali ni istimewa utuk owner kucing terutamanya mereka2 yang sayangkan kucing peliharaan dan sentiasa inginkan yang terbaik... Jadi hari ni nk share ngn korang Resepi makanan kucing yang paling senang dan yang paling penting mnggunakan kos yang rendah dan diyakini bersih dan

Bahan-bahan yang Diperlukan


Ikan Segar ( ikan kembung / selayang atau apa ikan yang korang suka) Untuk resepi kali ni saya gunakan ikan Selar Kuning...
Sayur ( Boleh guna Lobak Merah atau Bayam, atau kedua-duanya ) saya guna Lobak Merah sahaja
Agar-agar
Air bersih

1. Bersihkan perut ikan dan cuci bersih. Potong lobak merah saiz sederhana
2. Rebus ikan dan lobak merah sehingga lobak merah empuk.
3. Kisar lobak merah dan ikan yang dah direbus, kalau korang rajin tk nak kisar semua boleh racik isi ikan tu dan asingkan tulang ikan. Tapi saya kisar sekaligus je...
4. Sementara itu, masukkan agar2 dalam baki air rebusan ikan tadi dan tunggu agar2 sebati dengan air.
5. Setelah agar2 cair, masukkan ikan dan lobak yang telah dikisar tadi dan masak untuk beberapa minit lagi.
8. Kemudian boleh sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.








Note : Kalau korang nk tambah bayam pun boleh, tapi kena bersihkan betul2 sebab nk elakkan berpasir. Dan warna wetfood ni pun bergantung pada sayur yang korang guna, kalau letak banyak lobak merah, akan jadi warna oren, kalau bayam banyak akan jadi warna merah kehijauan...
Selamat mencuba ye...


Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...