Khamis, 13 September 2018

Pray 4 Kucing Dobi



Luluh rasa hati bila tular di media sosial gambar ibu kucing yang terbaring kaku dalam mesin pengering.  Ibu kucing ini dianiaya oleh 2 orang pemuda yang tidak berhati perut..

Apa yg mereka buat terhadap ibu kucing yang sedang bunting itu adalah amat kejam dan tk boleh di terima dek akal..

Menurut laporan, kejadian tersebut telah belaku di Malaysia, di negara kita sendiri... Macam tk percaya kan ada orang sekejam tu...


Berikut adalah caption dan video dari Persatuan Haiwan Malaysia...

Animal Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan dua pemuda yang menzalimi dan membunuh seekor kucing betina yang sarat bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi di sebuah Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor.

Pelaku dipercayai pelanggan tetap yang kerap ke kedai dobi ini dan tinggal berhampiran kedai dobi. Manakala ibu kucing tersebut adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi tersebut.

Namun amat menyedihkan apabila ibu Kucing malang  berserta anak  dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi hari Selasa 11 September 2018. Perilaku kejam ini tidak dapat diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia bukanlah menzahirkan budaya Malaysia yang penuh harmonis dan lemah lembut.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak Selangor untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Diharapkan pelaku dijatuhi hukuman setimpal kelakuan zalim di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Bukti rakaman CCTV dan beberapa keping gambar yang jelas menunjukkan wajah pelaku telah dirakamkan dan diharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan sehingga terhukumnya pelaku.


Apa kesalahan dan dosa kucing tersebut hingga diperlakukan sebegitu rupa.. Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan  dikalangan nitizen terutamanya pencinta kucing.

Turut tersebar,  coretan kata2 menyayat hati buat si ibu kucing yg telah menjadi korban dari perbuatan zalim 2 pemuda tersebut.

Tragedi September di Dobi,

Aku menumpang teduh didalam kedai dobi,
Aku hanya ingin selesakan diriku yang sedang sarat mengandung dari kesejukan diluar kedai,
Aku tidak kacau sesiapa didalam kedai,
Aku hanya peneman buat mereka yang selesa denganku disitu..

Namun,
Entah mengapa aku disapa dua orang lelaki yang telah selesai membasuh baju,
Telatah mereka gembira mungkin selesa dengan kehadiranku,
Aku baru ingin tidur disitu,
Salah seorang mengangkat aku dan membawaku ke satu tempat,
Mereka ketawa riang,
Aku menurut sahaja,
Tanpa aku sedari,
Aku dimasukkan kedalam mesin pengering baju,
Pintu ditutup,
Mereka ketawa-ketawa riang,
Aku terpinga-pinga,
Aku nak keluar dari sini,
Tolong aku,
Aku tak tahan kepanasan di dalam ini,
Tolonglah keluarkan aku,
Jika tidak kasihankan aku,
Kasihankanlah anak-anakku yang bakal lahir,
Aku terus menguis untuk keluar,
Mesin berpusing laju tanpa belas,
Adakah mereka diluar tidak dengar jeritanku?
Aku sempat melihat mereka berpatah balik namun tidak mengendahkanku,
Kenapa aku diperlakukan sebegini?
Aku tidak kacau sesiapa,
Aku nak berteduh sahaja,
Jika keinginan aku berteduh menganggu kalian, aku minta maaf,
Aku terus kepanasan didalam....anak-anakku sayang...aku memohon maaf kerana tidak sempat menunjukkan pada kalian apa itu dunia,
Maafkan Mama sayang....

Moga pesalah mendapat hukuman yg setimpal..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...