Jumaat, 21 September 2018

HATI-HATI PILIH KEDAI MAKAN DI PANTAI CAHAYA BULAN



Hari ini kita boleh lihat Pantai Cahaya Bulan yang merupakan lokasi tarikan pelancong ke kelantan sudah tidak semeriah dulu... Bilangan pengunjung agak berkurangan dan ada sesetengah pengunjung hanya datang ke pantai itu untuk bersantai di tepi pantai sahaja.  Mereka lebih memilih membeli makanan bungkus, mahupun makanan yg di jual tepi jalan berbanding duduk sambil bersantai di kedai makan yang disediakan.  Kedai makan sekitar pantai cahaya bulan jugak kelihatan agak suram dan tidak meriah dengan pengunjung... Ini adalah ekoran beberapa kejadian yang melibatkan kedai makan di pantai cahaya bulan. . 

Ini bukan kali pertama, tapi sudah berkali-kali kedai makan sekitar Pantai Cahaya Bulan Tular di media sosial ekoran dari harga makan yang dikenakan oleh peniaga yg tidak masuk akal dan boleh dikatakan terlalu mahal.. Ramai pengunjung telah terkena apabila makan di deretan kedai makan di Pantai Cahaya Bulan ini..

Bukan hanya pelancong malah ada juga dikalangan warga tempatan yang telah terkena bila makan di sini.. Menu biasa2 tapi harga luar biasa. . Kalau luar biasa murah kira ok lah kan... Bila bab luar biasa mahal ni,  boleh pengsan rasanya waktu nk bayar...

Selain dari harga yg mahal,  sesetengah kedai makan disini tidak menjaga kebersihan dan kualiti makanan dan minuman... Setakat ni walaupun ayu selalu ambik angin di pantai cahaya bulan tu, ayu jarang makan kat situ... Sebab memang dh tahu kat situ harga makanan agak mahal.. Tapi ada juga kedai yg ok... N kalau silap masuk kedai makanan n minuman agak mengecewakan. .

Pernah 1 kali tu,  ayu dahaga sangat,  then masuk dalm kedai order air fresh oren n laici.. Bila minum,  fresh oren tu macam oren dah busuk, laici pulak rasa air karat tin... Sudahnya bayar n terus balik,  malm tu terus kena cirit birit.. Lepas tu memang serik dah nak masuk kedai sebarangan kt pantai cahaya bulan tu..

Baru2 ni tular pula  posting di media sosial pengunjung dari kedah yang telah dikenakan harga makanan sehingga Rm 400..

Berikut adalah paparan berita dari portal berita sinar harian..

KOTA BHARU – Sebuah keluarga dari Jitra, Kedah terkejut apabila dikenakan harga “cekik darah” iaitu RM50 bagi semangkuk 'maggi ketam' yang dimakan di sebuah gerai di persisiran Pantai Cahaya Bulan, Jumaat lalu.

Mereka seramai 29 termasuk kanak-kanak datang ke Kelantan sempena majlis pertunangan salah seorang ahli keluarga dengan seorang gadis di Pengkalan Chepa.

Seorang daripada mereka, Siti Roshilah Rosli, 31, berkata, pada malam hari berkenaan, mereka pergi ke pantai tersebut untuk beriadah sebelum berhenti makan di salah sebuah gerai yang ada di tepi pantai itu.

Katanya, mereka kemudian memesan makanan masing-masing termasuk dua mangkuk maggi ketam; beberapa nasi putih dan tomyam selain memesan minum minuman kebanyakannya teh o ais; kopi o dan segelas air lobak merah.

Tiba masa untuk menjelaskan bil, mereka dikenakan bayaran RM413 bagi kesemua makanan itu menyebabkan pelanggan tergamam sebelum bertanyakan harga mi segera yang dimasak bersama ketam berkenaan.

“Air minuman dikenakan bayaran RM101; celup tepung RM109 dan masakan panas RM203 termasuk dua maggi mengandungi seekor ketam nipah dalam setiap mangkuk hidangan itu.

“Apabila kami tanya, harga masakan panas sampai RM203, peniaga itu memberitahu harga bagi semangkuk maggi ketam tersebut RM50 sedangkan tertera papan tanda harga di kedai itu menunjukkan harga maggi RM15,” katanya.

Menurutnya, biarpun berasa teraniaya dengan situasi itu, mereka tetap menjelaskan bayaran sebelum bertindak memuat naik status di laman sosial dan turut berkongsi luahan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu di Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Aduan saya mendapat maklum balas positif daripada pihak berkenaan dan mendapat tahu mereka sudah menyerbu kedai makan tersebut. Status itu mendapat banyak perkongsian oleh pengguna Facebook dan banyak komen mengatakan mereka juga pernah terkena harga cekik darah di kedai yang sama.


Status yang dimuat naik Siti Roshila turut dipanjangkan kepada KPDNHEP dan mendapat maklum balas positif dari pihak berkuasa berkenaan.
“Saya harap tindakan tegas diambil pihak berkuasa supaya memberi pengajaran kepada peniaga sebegini agar tidak mengambil kesempatan dan sewenang-wenangnya mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Firdus Zakaria berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di gerai berkenaan dan mendapati peniaga itu dipercayai cuba mengelirukan dengan mempamerkan tanda harga yang berlainan berbanding harga yang dikenakan kepada pelanggan.

“Peniaga memberi alasan bahawa harga ketam mengikut pasaran semasa dan memberitahu tidak sempat untuk menukar paparan harga. Peniaga ini dipercayai mengambil kesempatan kerana ketika itu musim cuti dan terdapat elemen berniat “sembelih” pelanggan.

“Sehubungan itu, pihak kami tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas dengan memanjangkan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...