Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mac 2019

Resepi Nasi Ayam Simple Cik Ayu


Nasi ayam merupakan menu sihat yang lengkap dengan pelbagai sumber protein dan vitamin yg diperlukan oleh tubuh kita... Ye lah kan,  ada nasi,  ada lauk untuk bekalkan protin,  dan ulaman seperti salad,  timun dan tomato untuk bekalan vitamin dan serat.

Kiranya kalau hidang nasi ayam untuk anak2, dah tk perlu risau anak tk cukup zat. . Tapi tak kan nk masak nasi ayam hari2 pulak kan..  Nasi ayam ni pulak ada macam2 jenis.  Setiap orang ada cara tersendiri untuk masak nasi ayam... 

Hari ni kebetulan ayu ada masak nasi ayam. . Terasa nk share dengan korang resepi nasi ayam versi ayu pulak. Bagi ayu resepi ni paling senang dan rasa pun  sedap. . Tapi tkde ambik gambar pun masa buat tadi..  Jadi ayu share cara bertulis je lah ye.. Silap2 yang baca posting ni pun memang dah pro buat nasi ayam kan. .

Ok ayu terus kepada resepi je lah ye..

Beras
Bawang besar 2 labu
Bawang putih 10 ulas
Halia  3 inci
Ayam sebelah potong 2 nk potong kecik terus pun boleh
Air untuk rebusan ayam

Salad
Tomato
Timun
Sos tiram
Kicap pekat 
Cili besar
Cuka
Garam 
Gula

Bahan pun yang diperlukan pun tk banyak kan dan mudah untuk didapati..  


 Air Rebusan Ayam

Masukkan air dalam periuk,  masukkan ayam yang dah dibersihkan. 1 biji bawang besar potong kepada 4 bahagian,  5 ulas bawang putih yg di ketuk,  dan halia 1 inci.  Rebus sampai ayam masak.  

Nasi
Bawang besar separuh,  bawang putih 3 ulas dan halia seinci.  Ditumbuk separuh hancur,  tak nak sampai lumat,  lepas tu panaskan periuk nasi,  masukkan minyak atau marjerin,  ayu guna marjerin sbab lagi wangi tau.   Lepas tu boleh tumis sampai naik bau. . Kemudian bila dah naik bau,  boleh masukkan beras pulak ye. . Untuk beras ni pulak terpulang pada korang nk buat bayak mana,  tapi nisbah die beras dengan air sama banyak je tau.   Tapi beras kena rendam sekurang2 setengh jam ye sebelum masak.   Kalau tk rendam pun boleh,  tapi kena letak air lebih sikit.   Ayu tk rendam pun,  jadi ayu buat 3 cawan beras dengan 4.5 cawan air rebusan ayam.  Letak garam sikit, then, tunggu je masak ye. . 

Ayam 

Ayam yg dah direbus tu boleh dikeluarkan toskan air jap ye... 
Untuk bahan perap pun senang jer   3 ulas bawang putih dn 1 inci halia ditumbuk.. Lepas tu gaul pada ayam bersama sos tiram dan kicap pekat.. 
Lepas tu tunggu dalam setengah jam hingga 1 jam baru boleh masak..  Cada masak,  boleh goreng, bakar dalam oven,  dan grill dalam non stick pan.  


Sambal

Tadi  masa rebus ayam ade letak bawang kan. . Ok,  biasanya orang tk makan kn bawang dalam sup tu,  jadi korang tapis je lah bawang besar, bawang putih n halia tu,  tapi halia letak sikit je ye... Masukkan dalam mesin pengisar,  tambah 2 biji cili besar,  kalau nk pedas boleh letak cili api sikit ye. . Tomato separuh,  garam,  gula,  cuka n air sikit. Lepas tu boleh  mesin lah ye sampai lumat. . Dah siap mesin boleh rasa ye,  kalau tk cukup rasa boleh tambah ape yg patut. . 

Ok,  nasi dah siap,  ayam dah masak,  sambal pun dah siap. . So lepas tu boleh sediakan ulam ulaman lah pulak ye.. Then boleh hidang untuk keluarga..  Harap korang faham dan boleh follow resepi ni ye... Ayu masak tk pandai sukat sangat,  main ikut2 jer, kalau korang ada nk share resepi yang lagi senang pun dialu alukan ye.. 


Untuk resepi kali ni tkde gambar sebab lupa nk snap...

Rabu, 5 Disember 2018

Spageti Sardin Sedap dan Mudah



Bulan 12 memang dikaitkan dengan musim tengkujuh or musim banjir di oantai timur.. Tapi harap2 tahun ni tkdelah banjir besar. .

Hari ni hujan dari pagi sampai tengahari... Sejuk dan nyaman jer rasa hari ni..  Tiba2 kak z teringat menu yang office mate die bawak ke office minggu lepas... Katanya sedap dan unik. Kena dengan selera dia lah tu,  sbb tu die suruh cuba buat sendiri pulak..

Tapi yang ni versi ayu sendiri lah... Main hentam je ni,  tapi rasa oklah sedap juga, Siap tambah sepinggan lagi tadi... So pada korang nk cuba menu yang unik ni boleh check resepi kt bawah ye..  Ayu tkde gambar step by step sbb nk cepat tadi.  So korang pandai2lah ye. .



Spageti  Sardin

Untuk 3 org makan

Spageti setengah paket brand tesco
Sos Spageti tradisonal (ayu guna kimball)  4 sudu besar
Sardin  1 tin kecil
Cendawan dalam tin, guna separuh jer
Bawang putih 3 ulas
Bawang Holand suku jer
Mix herb 1 sudu teh
Origano 1/2 sudu teh
Minyak masak @ minyak zaitun 2 sudu besar
Air secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa
Cili padi kalau nk pedas.

Cara masak

Rebus spageti sampai lembut.

Sos

- Panaskan minyak,  tumis bawang putih dan bawang holand hingga layu,  jangan lama sangat ye,

- Kemudian masukkan sos spageti dan  isi ikan sardin bersama sedikit sos sardin.

-Kemudian masukkan cendawan yang telah dipotong nipis.  Kacau sekejap sampai isi ikan hancur, 

- Tambah sedikit air, perasakan dengan gula dan garam serta sedikit mix herb dan origano dan cili padi,  kalau korang suka pedas boleh letak lebih. 

Siap dan sedia untuk dimakan..  😂😂

Tips :
- Masa rebus spageti boleh campurkan sedikit minyak supaya spageti tk melekat.
- Pastikan air mendidih sebelum masukkan spageti. 
- Tabur sedikit garam setelah spageti lembut dan toskan airnya. 
- Masaklah dengan hati yang ikhlas dan gembira. .


Maaflah kalau penulisan agak carca marba ye...

Kalau tk faham boleh tanya. .b

Selasa, 10 April 2018

Rendang Ayam Memang Tk Crispy

Assalamualaikum.. Tq sudi singgah..

Trending betul isu Rendang yang dikritik oleh juri Mastercheff UK tu kan.. Dengar kata video tu pun dah dipadam dari youtube chanell mastercheff UK sebab diserang oleh pakcik n makcik bawang dari seluruh nusantara.

Tapi ade baiknya juga isu rendang ni jadi tular, kerana sejak kes tu, Dari mat salleh tk kenal rendang tu ape, sekarang tahu.. Jadi tk terkejutlah kalau nanti mat salleh pun boleh belajar masak rendang. Mungkin ada yg boleh buat rendang crispy pulak kan, dah diorang nk sangat rendang crispy.. hehehe

Disebabkan isu rendang ni viral dan asyik muncul je dekat News Feed fb, rasa terliur pulak nak mkan rendang.. Nak beli? Tak tahu mana nk cari, jadi  ayu masak je sendiri. Lagipun nk buat rndang bukanlah susah sangat.. Masa penyedian pun tk lama dan semua bahan pun senang nak cari.

Tapi ayu tk masak rendang dengan nasi lemak tau, Makan dengan nasi impit moden jer.. Feeling² macam hari raya gitu. Makan rendang ayam dengan ketupat nasi. Lagipun raya kan dah lama..

Kalau untuk ketupat nasi segera ni, ayu suka beli brand adabi. Bau die masa merebus tu memang mengancam giler sebab ada aroma daun pandan tu.. Wangi je tau, makin tk sabar nk makan dibuatnya. Kalau guna yang saiz mini tu lagi cepat masak dan boleh makan.. 😂😂


Gambar tk comey sebab tk sempat nk 
snap beriya, maklumlah tk sabar nk 
Makan... hehehe



Untuk Resepi pulak, Ayu guna resepi ringkas je tau.. Boleh check kt bawah ni kalau nk cuba, tapi tkde gambar step by steplah ye..

Bahan kisar
Cili kering dalam 15 tangkai
Bawang bombay 3 biji saiz sederhana
Bawang holand 3 biji saiz sederhana
Bawang putih 1 labu
Halia 2 inci
Serai 6 batang
Lengkuas 3 inci

Rempah
Bunga lawang 2 kuntum
Bunga cengkih 5 kuntum
Buah pelaga 5 biji
Kayu manis 2 batang

Rempah Rendang Adabi 1 paket
Minyak masak
Asam keping
Garam
Gula
Ayam 1 ekor
Santan 500ml @ secukup rasa
Kerisik 3 sudu
Cara²

- Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan sanpai naik bau.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan rempah rendang
- Masukkan ayam yg telah dibasuh, tunggu sekejap kemudian masukkan asam keping dan separuh dari 500ml santan.
- Masak hingga lebih kurang 15 minit atau hingga ayam masak.
- Kemudian masukkan baki santan dan perasakan dengan garam dan gula. Kalau nk tambah serbuk perasa pun boleh.. ikut suka hati koranglah.. tapi ayu tk guna pun serbuk perasa.
- Tunggu lagi sekejap sampai rendang naik minyak dan dah boleh makan..

Nak makan dengan apa terpulang pada korang.. Kalau rajin boleh masak nasi lemak macam Puan Zaleha buat tu.. hehehe..
Tapi jangan ade yg komplain rendang tk crispy dah lah ye.. 😀

Selamat mencuba.. Resepi rendang super senang.. 😂😂

Selasa, 31 Oktober 2017

Tips Dapatkan Ais Krim Malaysia yg Lebih Gebu



Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu..

Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan dari rumah jer.. Biasa kalau waktu2 macam ni, memang tk putus budak2 datang beli ais krim.

Biasa budak2 akan datang beli ais dari petang sampai jam 9 malam.. kadang2 kul 11 lebih pun ade lagi yg beri salam nk beli ais krim..

Kali ni ayu nk share tips untuk sahabat yang berminat nk buat bisnes ais krim dari rumah macam ayu dulu..

Kalau cara macam ni ais krim korang akan jadi lebih gebu n sedap tau. Caranya mudah saja.. paling sesuai kalau untuk ais krim yg bersusu, lagi sedap. Kalau ais krim bergula pun ok jugak guna cara ni..

Cara nya mudah jer, Tambahkan tepung jagung dalam bancuhan ais krim korang.. Tapi jangan pulak korang pergi tambah serbuk tepung tu dalam bancuhan air, memang rosaklah rasa ais krim korang tu nanti.. 😂😂

Untuk cara ni, korang kena masak tepung jagung tu... Sukatan mudah je, 2 sudu besar untuk 1 litter air.. Masak sampai air bancuhan tepung jagung tu bertukar jadi warna jernih.

Kalau tak jernih boleh tambah air sikit lagi n terus campurkan gula dalam tu untuk buat air gula n nanti bila dah sejuk boleh tanbahkan perisa dan boleh terus bungkuskan ais krim n bekukan..

Kali ni tk dapat nk share gambar sebab ayu dah lama tk buat ais krim.. Tapi kalau korang tk yakin boleh huat sikit2 dulu.. Lepas tu rasa kalau ok, boleh teruskan..


Ayu doakan korang yg buat bisnes ais krim malaysia dari rumah tu bertambah maju dan berjaya... Jangan kata bisnes ais krim malaysia ni tkde masa depan tau.. Kalau kena dengan caranya InsyaAllah boleh dapat untung yg lumayan tau..

Moga apa yg ayu kongsikan bermanfaat untuk korang semua..
#aiskrimmalaysia
#aiskrimlagend


Edit : Tempahan Ais Krim Malaysia pelbagai perisa kini dibuka.. 

Sesuai untuk sebarang majlis atau untuk mkan bersama Keluarga dan rakan2. .
Terhad kepada penduduk sekitar kota bharu dan kawasan berdekatan.. Self pick up atau boleh jumpe dekat mana2 tempat berhampiran dan memudahkan kedua belah pihak. .

Nk detail tentang perisa boleh klik kt SINI atau terus Whatsapp 0169442459


Ahad, 24 Julai 2016

Kuzi ayam ekspres

Bila tekak tiba2 buat hal, nak beli tak tahu nk cari kat mana, jadi pilihan yang ada ialah kena buat sendiri..

Nk buat kuzi ni bagi ayu tkde lah susah sangat, tapi nk buat tu ambik masa dan agak remeh.
Kaedah yang ayu buat ni bagi ayu yag paling senang dan cepat..

Ayu bukan pakar, tapi bolehlah setakat nk makan tekak sendiri...
Resepi pun ehsan encik google jugak tapi dah olah sikit ikut tekak dan bahan yang ade kt dapur...
Setiap orang ade cara masak yang tersendiri, tapi ini cara saya...

Bahan bahan
Ayam sekor boleh potong ikut suka

Bahan perap ayam:
Halia
Bawang putih
Garam

Bahan goreng:
2 biji Bawang bombay dan 2 biji bawang holand saiz sederhana. Kalau besar 1 biji pun dah ok. (setelah goreng,  bahagikan kepada 2 bahagian. Sebahagian ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong ikut suka, saya belah 2 jer

Bahan tumis:
1 biji bawang holand
4 ulas bawang putih
1 inci halia

4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak
1 tin susu cair
1 botol sos tomato

Cara cara:
1. Panaskan minyak.  goreng bawang besar yang telah dihiris  hingga kuning, kemudian toskan. (Goreng dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan)
2. Goreng badam hingga kuning, toskan.
3. Goreng kismis sekejap dalam 1 minit je dah cukup, atau tengok bila semua kismis dah kembung terus angkat, kemudian toskan.
4.Akhir sekali goreng ayam separuh masak.

Untuk Tumisan

1. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk  hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air.  Tumis hingga wangi.
3. Tambahkan air, susu cair, sos tomato dan kacau rata.
4. Masukkan bahan2 yang telah digoreng. Seperti ayam, bawang goreng yang telah ditumbuk, badam, kismis, bawang besar goreng.
5. Tambahkan gula dan garam.  Masak hingga agak pekat. Kemudian dah boleh dimakan

Kat bawah ni ade sebahagian gambar yg ayu sempat snap...

Ayu suka makan kuzi ni dengan roti jala


Bawang besar yang telah di mayang, kemudian goreng dan bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian perlu ditumbuk halus, dan sebagian lagi dimasukkan ke dalam masakan ketika masakan hampir siap

Halia dan bawang putih ditumbuk halus dan digaul dengan ayam yang telah dibersihkan. Perapkan sekejap sebelum digoreng separuh masak

Badam dan kismis perlu digoreng dan ditoskan. Kismis hanya goreng sebentar sahaja ye. Lama2 nanti hangus pulak

Tumis bawang, halia dan bawang putih yg ditumbuk hingga naik bau. Kemudian tambah rempah dalam tumisan bawang. Seterusnya bolehlah letak susu cair secukup rasa. Kalau nk guna 1 tin pun boleh. Tapi ayu guna 3/4 je

Lepastu tambah sos tomato, ayu pun guna 3/4 juga utk sos ni. Nak habiskan sebotol pun boleh, korang kena agak jugalah. Lepastu boleh masukkan kismis dan badam yang digoreng tadi. Masukkan jugak bawang goreng yang baki tu tadi. Lepas tu kacau rata dan masak sampai pekat. 
Tambah gula garam secukup rasa. Kalau nak kuah lebih tambah air sikit. 

Dah siap bolehlah makan dengan roti jala.. 
Roti jala ni pun nk buat senang je. 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 biji telur ayam
2 sudu minyak masak.
Garam gula secukup rasa. 
Masukkan semua bahan2 ni dalam blender kemudian blender sampai sebati. Lepas tapiskan tepungndan dah boleh mula menjala.. 

Selamat menjamu selera... 
Kalau korang dah cuba nanti sharelah gambar kt komen ye.. 

Kalau ada silap dan salah, ajarlah ye.. 



Khamis, 23 Jun 2016

Ikan Dori Sweet Sour Versi Cik Ayu 😉

Dah nk masuk hari ke 18 kita di bulan Ramadhan pada tahun ni...

Mesti pening je nk pikir menu utk berbuka kan?? Saya pun selalu macam tu, bila sampai je waktu nk berbuka mesti jenuh duk memikir pasal menu...

Baru2 ni kebetulan pergi tesco tengok ada offer ikan Dori... Sebenarnya saya sendiri pun belum pernah pernah masak ikan ni...
Tapi teringin nk makan dan nk cuba masak sendiri... Jadi kita pun tanya lah encik google... Tk ingat blog mana hari itu sebab tengok sepintas lalu jer, lepas tu saya buat ikut olahan saya sendiri...

Saya kongsikan di sinj utk sahabat yg teringin nk mencuba okey...

Bahan-bahan utk ikan celup tepung
Potongan ikan Dori
Tepung gandum           2 sudu besar
Tepung jagung              2 sudu besar
Tepung serbaguna        1 sudu besar
Garam secukup rasa
Lada hitam serbuk  secukup rasa


Sos sweet sour

Bawang holand  1 biji
Bawang putih     3 ulas
Sos tomato           3 sudu
Sos cili                   3 sudu
Sayur campur secukup rasa
Cili hijau dan cili besar jika nk pedas
Garam dan gula secukup rasa

Ikan dori yg telah di nyahbeku. Dipotong mengikut citarasa, saya potong kecil

Tepung yang disatukan dan digaul hingga sebati

Salutkan kepingan ikan dori dalam tepung yang telah digaul tadi.

Goreng dengan minyak yg banyak hingga berwarna keemasan kemudian ketepikan.

Bahan2 ini perlu dimayang halus, pic lepas potong terlupa nk ambik

Sayur campur yg dinyahbeku

Tumiskan bahan2 yg telah dimayang hingga layu dan masukkan sos cili dan sos tomato, kemudian gaulkan..

Masukkan sayur campur dan biar sayur campur masak.

Masukka  cili hijau dan cili besar utk tambahkan rasa pedas

Sediakan kepingan ikan yg sudah digoreng didalam pinggan

Tuang sos yg telah siap di perasakan degan gula dan garam ke atas kepingan ikan yg telah digoreng
Sedia dihidang bersama lauk pauk yg lain... 


Selamat mencuba ☺😊



Selasa, 7 Julai 2015

Ayam Lemon Cik Ayu



Assalamualaikum... 
lama juga rasanya tak jengah blog ni disebabkan kesibukan yang melanda diri ni... 
dah masuk malam ke 10 terahir Ramadhan pun kita rupanya... Waktu macam ini lah, kita patut beramal banyak2 sbb nak kejar pahala... 

Oleh kerana ada masa sikit ni, jadi ayu nk kongsi resepi Ayam lemon yang senang tapi mudah... Resepi ni pun dapat dari blog jugak, tapi tk ingat blog yang mana, n ayu dah olah sikit ikut citarasa ayu sendiri...

Ayam Lemon 

Bahan untuk ayam
- ayam, ambik bahagian dada dan bahagian yang banyak isi.. potong macam nak buat fillet tu, atau nk potong dadu pun boleh... 
- Telur ayam sebiji je
- Lada sulah secukup rasa
- Parutan Kulit lemon, ambik sebji lemon dan parut kulitnya. 
- Tepung jagung 1 cawan
- Minyak masak untuk mengoreng

Cara penyediaan ayam
* Pukul telur sampai kembang guna sudu, kemudian masukkan lada sulah secukup rasa, kalau suka pedas boleh letak lebih sikit, 
* Masukkan parutan Lemon dan tepung jagung lebih kurang 1 susu, dan gaul hingga sebati.
* Kemudian perapkan ayam dalam bancuhan telur dan tepung tadi lebih kurang 20 minit. 
* kemudian boleh goreng denagan mengunakan minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan. 
Kemudian boleh angkat dan toskan mjnyaknya.

 

Bahan-bahan untuk sos lemon

- 1 atau 2 biji lemon, diperah airnya
- 2 sudu kordial oern atau mangga
- 3 hingga 4 sudu madu
- sedikit air 

Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan masak berberapa minit hingga medidih. 


~》 Dah boleh susun ayam dalam pinggan, kalau besar bolehbpotong sikit. Kemudian tuangkan sos di atas ayam tadi... 
sedia untuk dimakan... 






Khamis, 5 Mac 2015

Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Merah



Beberapa hari lepas sempat juga singgah kedai jual ikan, niat hati nak cari sotong ataupun ketam, tapi tak berapa segar lak. Ternampak pulak ikan merah ni, nampak segar... So decide untuk beli ikan merah. Aku tak suka bahagian kepala, sebab tak berapa pandai sangat nak makan bahagian kepala tu. Jadi kitorang ambik bahagian ekor je...

Balik rumah simpan je dulu dalam peti ais... petang baru teringat nak masak ikan tu.. Ikan ni pun agak besar juga saiznya, jadi boleh masak dua kali. Hari tu dah masak separuh, jadi ada lagi 2 ketul dalam peti ais. 

Hari ni niat hati nak masak Sup Ikan Merah, tapi tak cukup bahan untuk buat sup, jadi masak gulai je lab sekali lagi... Di sebabkan aku bukan orang kelantan dan dulu bukan selalu masak sangat jadi aku Google je resepi masa kali pertama masak hari tu.. kali kedua ni masih ingat lagi jadi tak payah google dah. 

Antara bahan yang diperlukan

Cili padi (boleh juga guna cili kering)
Lengkuas  (Lebih kurang seinci)
Bawang besar merah ( boleh guna bawang kecil )
Bawang putih 
kunyit hidup
# Kisar kesemua bahan 

Santan
Garam 
Gula
Asam keping

Ikan Merah 
Timun





Cara Penyediaan

1. Rebus ikan dengan asam keping dan garam
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
3. Campurkan sedikit santan
4. Lepas mendidih, masukkan timun ke dalam periuk.
5. Masukkan bagi santan dan tunggu sehingga mendidih
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa
7. Sedia untuk dihidang

Makan ngan nasi panas2 memang sedap... 
Tips kurangkan hanyir ikan... 
* Basuhkan ikan dengan tepung gandum


Selamat Mencuba... 

Ahad, 15 Februari 2015

Sira Labu


Alhamdulillah.... Hari ni pergi kebun labu, jadi dapatlah labu yang baru dipetik Dan masih fresh. Tak terpikir lagi nk masak apa dengan labu tu, jadi simpan je lah dulu... Lagipun labu tu masih segar dari ladang, banyak lagi masa boleh simpan...

Time duduk sambil tengok tv, tergerak hati pulak nak makan Sira Labu... Tak pernah pun masak sira labu ni... Selalu makan je yang orang masak... Jadi kita Tanya encik Google je lah... Nak buat sira labu ni sebenarnya mudah je... Bahan pun tak bnyak...

1. Belah buah labu, Dan kupas kulitnya...
2. Potong ikut citarasa
3. Rendam dalam air kapur lebih kurang sejam untuk memastikan testur labu pejal
4. Kemudian toskan untuk seketika
5. Masukkan kedalam periuk Dan masukkan nisan kerek kedalam periuk..
6. Kemudian tutup periuk Dan masak dengan api yang pelahan sehingga nisan menjadi cair...
7. Sedia dihidang... Sedap makan panas2 atau simpan dalam peti untuk seketika...
Klau nk berkuah, boleh tambahkan air Dan gula sedikit. Ikut citarasa masing2..
Selamat mencuba...













Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...