Ahad, 16 November 2014

Guillotine Mini Antara Pilihan Untuk Hukum Pencuri di Kelantan



Kota Bharu - Satu alat yang menyerupai alat pemenggal kepala atau guillotine, tetapi bersaiz lebih kecil mungkin akan diwujudkan di Kelantan bagi memotong anggota badan(tangan dan kaki) penjenayah yang bersalah atas kesalahan mencuri.

Guillotine pernah digunakan pada tahun 1793 di Francis untuk memenggal kepala King Louis XVI dan permaisurinya ketika Revolusi Francis pada tahun tersebut.

Penggunaan alat Guillotine ketika revolusi Francis

Jawatankuasa teknikal undang-undang hudud di negeri tersebut dikatakan menghadapi masalah dalam mencari kaedah yang sesuai untuk memotong anggota badan mereka yang disabitkan dengan kesalahan mencuri dan kini sedang mempertimbangkan 'Guillotine mini' sebagai alat pilihan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata beliau akan mencadangkan penggunaan alat itu kepada panel, yang mana tidak memerlukan pakar bedah untuk berfungsi.

Mohd Amar 

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Guillotine adalah alat yang pantas, efektif dan hanya memerlukan seorang untuk menarik tuil dan dua orang untuk memegang pesalah. Seorang doktor juga diperlukan bagi memastikan pesalah tidak menderita secara drastik.

"Saya akan membuat kajian secara menyeluruh mengenai kaedah yang pernah digunakan semasa Revolusi Perancis apabila guillotines digunakan untuk memenggal ketua-ketua mereka yang dijatuhkan hukuman mati," Amar memetik laporan The Star.

Manusia terakhir yang akan dipenggal menggunakan Guilottine adalah Hamida Djandoubi pada tahun 1977. Lelaki Tunisia tesebut didapati bersalah kerana membunuh bekas kekasihnya, Elisabeth Bousquet. Bagaimanapun Perancis telah memansuhkan kaedah hukuman mati tersebut pada tahun 1981.


Sumber : The Star

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...