Jumaat, 21 November 2014

13 Penuntut Sesat

13 penuntut sesat Di Hutan Lipur Gunung Datuk ,Rembau


Seremban: Seramai 13 penuntut Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seremban, sesat di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau selepas mendaki gunung berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, mereka terdiri daripada tujuh penuntut lelaki dan enam perempuan 20 ke 23 tahun dikatakan mula mendaki gunung itu jam 7.30 pagi ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal daripada renjer hutan bertugas di lokasi kejadian, kumpulan penuntut terbabit langsung tidak mendaftar untuk mendaki gunung.

"Selepas mendaki kira-kira empat jam, mereka (penuntut) dikatakan tersasar daripada trek pendakian ketika menuruni gunung sebelum menghubungi renjer hutan jam 2 petang.

"Mereka memaklumkan tidak menjumpai laluan keluar dan meminta bantuan," katanya ketika ditemui di lokasi sebentar tadi.

Katanya, selepas dimaklumkan anggota renjer hutan kira-kira jam 3 petang, pihaknya turut menghubungi bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bagi operasi mencari.

"Dalam masa sama, kumpulan penuntut terbabit sentiasa menghubungi pihak berkuasa dan memaklumkan mereka semua dalam keadaan selamat dan kita berjaya mengenal pasti kedudukan kumpulan penuntut terbabit di laluan Gunung Gagak," katanya.

Katanya, ketika ini operasi menyelamat sedang giat dijalankan bagi membawa semua pelajar terbabit turun dengan selamat.

"Seramai 50 anggota polis, JBP, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung berpecah kepada dua kumpulan bagi mengesan pelajar terbabit," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Bomba dan Penyelamat Rembau Penolong Penguasa Bomba Mohd Ridwan Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 petang dan tiba di tempat kejadian pada jam 5.39 petang bagi membantu proses menyelamat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...