Isnin, 17 November 2014

Ceraikan Isteri Setelah 4 Hari Kahwin

Lelaki Ceraikan Isteri Selepas 4 Hari Kawin Gara-Gara Jin Yang Merasuki Isterinya Larang Mereka Tidur Bersama..


DUBAI - Seorang suami mendakwa dia menceraikan isterinya yang baru dikahwini selama empat hari gara-gara isterinya sering dirasuk jin.

Lebih parah, lelaki warga Dubai itu mendakwa isterinya enggan berjimak bersamanya kerana jin itu melarang tidur bersama-sama dengannya.

Sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa lelaki tersebut perlu membayar ganti rugi Dh30,000 (RM27,330), sewa rumah sebanyak Dh6,000 (RM5,460) sebulan dan nafkah berjumlah Dh2,000 (RM1,820) kepada isterinya kerana membuat keputusan ingin bercerai.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan di sana akhinya membenarkan lelaki itu menceraikan isterinya tanpa sebarang bayaran pampasan atau ganti rugi berikutan alasan isterinya idak jujur berkenaan dirasuki jin.

Lelaki tersebut turut memberitahu mahkamah, pelbagai cara sudah diusahakan untuk menghalau jin tersebut termasuklah memanggil bomoh.

Namun, bomoh tidak dapat merawat isterinya mahupun mengusir jin berkenaan kerana mendakwa ia ‘terlalu kuat’.

Semasa perbicaraan berlangsung, peguam lelaki itu memberitahu bekas isteri dan keluarganya menipu lelaki itu kerana tidak jujur dan menyembunyikan rahsia bahawa perempuan itu dirasuki oleh jin. Lelaki itu tahu perihal isterinya dirasuki jin apabila perkara sebenar terbongkar.

Sebelum ini, isterinya pernah memberitahu pihak mahkamah bahawa suaminya mahu menidurinya kerana mahukan wang semata-mata.


Sumber: mynewshub.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...