Jumaat, 21 November 2014

Azwan Ali Berang Gambar Dia Bertudung Diputar Belit




Azwan Ali hari ini telah berang dan naik angin dengan blogger-blogger yang tidak bertanggungjawab kerana memutar belitkan fakta kejadian sebenar kenapa dia memakai tudung.


Seperti gambar di atas  menunjukkan Azwan Ali menggayakan wajah hijab selebriti seperti Yuna, Fara Fauzana dan Neelofa. Dia mengegaskan apa yang dibuat itu bukan untuk mana-mana produk makanan tetapi hanya untuk projek peribadi

“Kepada haters, biarkan mereka menyalak dan terus mereput. Tetapi tolong sedar dan muhasabah diri sebelum mereka semua rentung terbakar dek kerana memfitnah Azwan Ali.

“Mereka (blogger) sengaja mahu memperbesarkan berita ini kerana perkara ini sedang menjadi isu semasa tetapi mereka tiada pun mengutuk aktor lelaki yang memakai tudung dalam filem baru ini dan juga menjadi sotong dalam drama yang sedang disiarkan sekarang.

“Ini semua kerja blogger yang tidak takut azab api neraka sehingga sanggup fitnah serta mengaitkan politik dan Azmin Ali dalam hal ini. MB Selangor tidak mahu buang masa melayan hal ini kerana dia ada lagi banyak isu rakyat yang patut diutamakan.

“Aku pakai perempuan bertudung untuk berlakon muka aku sebiji perempuan, yang penting tak hodoh. Why bother?,” antara petikan ungkapan panas daripada Azwan Ali ketika ditemubual melalui telefon sebentar tadi.

Azwan meluahkan rasa kesal dengan komen-komen di lama sosial yang menghina beliau dan segala tuduhan tersebut adaah tidak benar dan fitnah sedangkan ramai lelaki diluar sana berpakaian perempuan tidak dipersoalkan.- Siakapkeli.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...