Diserang 30 samseng
Temerloh: Akibat dendam, seorang pemandu lori dibunuh dengan kejam manakala empat rakannya parah selepas diserang sekumpulan 30 samseng bersenjatakan parang dan pedang samurai, di Taman Bukit Bendera, Mentakab, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, F Arasu, 44, dari Taman Bukit Bendera, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat rakannya menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat rakannya minum di sebuah kedai makan.
"Selepas berada di kedai itu selama 30 minit, mangsa yang juga bapa kepada empat anak dan rakannya didatangi lebih 30 lelaki berusia antara 20 hingga 40-an. Mereka dilaporkan bertengkar.
"Bagaimanapun, pertengkaran berakhir dengan pergaduhan apabila mangsa dan empat rakannya diserang menggunakan senjata tajam menyebabkan mereka parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan