Khamis, 27 November 2014

RAMPAS DADAH RM 7.1 JUTA

NOOR Rashid menunjukkan syabu yang disembunyikan di dalam peralatan elektrik.

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 35.2 kilogram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta dalam dua operasi berasingan di Petaling Jaya, Selangor dan Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 dan 25 November lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, bertindak hasil maklumat satu syarikat kurier yang beroperasi di Petaling Jaya pada 19 November lalu, pihaknya segera membuat rampasan ke atas enam kotak yang baru tiba dari China dan menemui 2.3 kilogram syabu yang disembunyikan di dalam dapur pemanas elektrik, periuk dan cerek air.

"Sindiket dadah antarabangsa cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengisytihar barangan itu sebagai persendirian namun hasil maklumat syarikat kurier JSJN berjaya menemui syabu yang disorokkan di dalam peralatan elektrik berkenaan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Noor Rashid berkata, dalam serbuan kedua yang dijalankan di KLIA pada 25 November lalu, pihaknya merampas satu kotak besar dan menjumpai enam buah beg berwarna hitam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 32.9 kilogram syabu yang dihantar melalui penerbangan Egypt Air dari Nigeria ke Mesir sebelum tiba ke KLIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...