Unik!! Pasangan Ini Meraikan Pemisahan Hubungan Mereka dengan Majlis Perkahwinan Simbolik..
Selalunya apabila berlaku sesuatu perpisahan dalam sebuah hubungan, kebanyakkan wanita akan menangis. Namun berlainan dengan wanita di China ini apabila beliau telah memilih cara yang berbeza untuk menangani kesedihan hati - Dia menjalankan satu perkahwinan palsu dengan kekasih yang akan berpisah dengannya.
Wanita itu, yang dikenali sebgai 'Doudou', adalah seorang pelajar di bandar Wenzhou Wilayah Zhejiang Timur China. Beliau memberitahu pemberita bahawa dia telah berpisah dengan seorang ahli perniagaan, 11 tahun lebih tua daripadanya yang beliau kenali di sebuah restoran. "Saya mendapati beliau sangat menarik serta romantis dan pada fikiran saya, saya telah bertemu dengan lelaki impian saya, dimana kami akan menghabiskan sisa hidup kita bersama-sama," katanya.
Malangnya, impian Doudou ini telah berkecai apabila dia mendapati pasangannya itu sudah berkahwin. Walaupun ianya sangat menyedihkan namun dia terlalu sangat mencintai lelaki tersebut. "Cinta saya padanya sudah terlalu dalam, dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan," katanya.
Namun hubungan mereka berterusan untuk seketika, sehingga isteri lelaki itu berasa curiga. Lelaki itu tidak mahu meneruskan hubungan mereka kerana ianya terlalu berisiko dan dia telah meninggalkan Doudou . Hati Doudou telah hancur setelah ditinggalkan lelaki idamannya, tetapi kemudian telah datang satu idea yang unik untuk mereka menyatakan selamat tinggal sesama mereka dan mengikut haluan masing-masing iaitu dengan mengadakan perkahwinan simbolik.
"Saya telah menerima hakikat bahawa saya akan kehilangan dia, tetapi saya tidak hanya mahu berjalan keluar dari hidupnya dan tidak akan melihat dia lagi," jelas beliau. "Saya mahu mempunyai sesuatu seperti satu peristiwa yang benar-benar akan menandakan satu titik perubahan. Itulah datang dengan sebuah idea iaitu sejenis majlis perkahwinan simbolik untuk kehidupan simbolik bahawa kita pernah bersama."
Pada hari 'perkahwinan', pasangan itu berpakaian seperti pengantin perempuan dan pengantin lelaki serta menjalani majlis dengan ikrar masing-masing. Mereka mengaku cinta mereka antara satu sama lain, tetapi mereka akan berpisah dengan mengikut haluan masing-masing. Mereka juga turut bertukar cincin antara satu sama lain.
P/S: Ini kalau isteri lelaki tu tau pasal perkahwinan simbolik, silap-silap dia dengan isterinya lak berpisah..
Sumber: odditycentral.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan