Sabtu, 22 November 2014
Kerang Naik Di Pantai Terenganu
Dungun: Bagaikan pesta itulah suasana yang dapat digambarkan berlaku di pantai Rusila, Pantai Sura Tanjung Marang dan Pantai Rhu Muda, Dungun dimana hari ini dipenuhi oleh penduduk sekitar untuk mengutip kerang di mana berlaku kerang naik darat.
Diaanggarkan puluhan ribu kerang telah naik ke pantai-pantai tersebut pada pukul 2 petang tadi yang di percayai di pukul ombak ke darat.
Seorang pengunjung yang di temui berkata, "Saya memperoleh kira-kira 20 kilogram kerang dan ada antara penduduk yang mempeoleh lebih daripada 50 kilogram," katanya yang di petik dari harian metro.
Mohamad Shafeeq Mohamad Nasir, 19, dari Dungun pula berkata, walaupun tempat beliau mengutip kerang di Pantai Sura tidak sebanyak seperti di Pantai Rhu beliau tetap dapat mengumpul 5 kg.
"Saya dapati kerang naik di pantai ini dalam jarak 500 meter saja di depan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidaklah banyak sebagaimana yang dilaporkan di Marang," katanya.- Siakapkeli.com.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan