Jumaat, 7 November 2014

Jumpa Kaki Dalam Timbunan Sampah



Nibong Tebal: Sepasang kaki manusia ditemui di kawasan pembuangan sampah di Pulau Burung, jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, anggota badan manusia itu ditemui orang awam melalui kawasan berkenaan.

"Penemuan pertama membabitkan kaki kanan manakala 15 minit kemudian kaki sebelah kiri ditemui di kawasan berhampiran.

“Anggota badan manusia itu dipercayai dicampak individu tertentu di kawasan itu.

"Ia dipercayai sudah berada di situ lebih dari 24 jam lalu berikutan keadaannya yang mula berbau dan mereput," katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya perlu melakukan siasatan lanjut bagi melakukan pengesahan sekiranya anggota badan manusia itu mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tanpa kepala dan kaki disumbat dalam beg di kawasan pakir kereta berhampiran Taman Botani, Jalan Kebun Bunga Georgetown, 11 pagi semalam.

Siasatan awal polis percaya anggota badan itu milik warga negara asing berikutan semakan cap jari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilakukan tidak menemui padanan dengan mana-mana rakyat tempatan.

Sumber  dari Metro Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...