Sabtu, 8 November 2014

JPJ kaji semula operasi lampu strobe, nombor plat



KEMAMAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan sejak 1 November lepas bagi membanteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, penilaian terperinci sama ada operasi berkenaan diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas operasi sebulan itu berakhir 30 November ini.

Dalam tempoh seminggu operasi itu, sebanyak 5,515 saman telah dikeluarkan terhadap tiga kesalahan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya operasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.

Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD).

Ismail berkata, JPJ meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.

Beliau berkata, pihaknya menjangka sebanyak 10,716 nyawa akan melayang di atas jalan raya akibat kemalangan menjelang 2020.

"Jadi kita meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik agar jumlah kematian itu dapat dikurangkan kepada angka 5,358 orang setahun dalam tempoh yang sama," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...