Admin Mawar Fanpage Tidak Professional Jawab Komen
Sesungguhnya, budi bahasa, budaya kita! Agak mengejutkan apabila terbaca komen daripada Admin fanpages mawar fareeda.
Siapalah yang tidak mengenali jenama tudung eksklusif No. 1 Malaysia, Fareeda yang sememangnya amat diminati dan menjadi koleksi wajib wanita berkerjaya.
Dalam masa itu, bagi menghargai pelanggan-pelanggan setia jenama tudung ini, pihak Fareeda mengadakan pertandingan ‘Tiru Gaya Mawar Fizo’ hingga mendapat penyertaan daripada beribu-ribu yang mahu mencuba nasib.
Sebut saja pertandingan, mesti ramai yang berminat nak join tambah pulak mudah untuk disertai.
Hadiah yang dijanji-janjikan pun tidak kurang hebatnya.
Terbaru, heboh di media sosial, Facebook pelanggan tidak puas hati syarat baru yang dikenakan yang didakwa berubah saat-saat terakhir.
Apa lagi, adalah ramailah penyerta mempersoalkan tindakan tersebut kerana tidak diberitahu awal.
Bagaimanapun, ramai pelanggan terkejut melihat komen yang dibalas oleh admin pihak Mawar Fareeda Fanpage yang digelarkan sebagai ‘sungguh budiman’.
Terkejut juga cara admin ini menjawab, meskipun tidaklah mempunyai unsur-unsur maki hamun tetapi cara menjawab persoalan pelanggan tersebut dilihat sebagai agak kasar dan tidak melambangkan jenama Fareeda sebagai tudung eksklusif.
Rasanya admin sepatutnya lebih peka dan bersopan ketika melanggan pelanggan setia.
Ini lagi beberapa screenshot peserta yang tidak puas hati syarat yang dikenakan dan cara admin tersebut membalasnya.
Mungkin admin tidak sengaja dan penat melayan kerenah pelanggan yang terlalu ramai untuk dilayan menjadi punca sikap yang ditonjolkan?
Apa pun, kami bukanlah nak mengcondem. Cuba berharap masyakat ini lebih bersopan santun lagi-lagi melayan kerenah para pelanggan.
Sebelum ini pun pernah terjadi kes perihal Mawar Fareeda Fanpage ini yang kononnya didakwa tidak berbudi bahasa dan lebih malang siapa lagi yang bakal menerima tempiasnya kalau bukan Mawar sendiri.
Bagaimanapun, menurut mereka page ini dikawal oleh lima orang admin.
Mungkin pihak Fareeda sendiri ada penjelasannya berkenaan isu ini
Sumber : Mynewshub
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan