Ahad, 30 November 2014

JANJI POTONG 'ANU' KALAU MALAYSIA MENANG

Biar Betul Lelaki Janji Potong ‘Anu’ Kalau Malaysia Menang ????


Tak pasti hendak klasifikasikan tindakan individu ini sebagai berani atau secara mutlaknya, bodoh! Mungkin pembaca ada jawapan dalam benak sendiri.

Walaupun kes seperti ini bukan yang pertama dilaporkan, namun ternyata masih ada individu terlalu semberono membuat pertaruhan yang dilihat cetek mental, dungu serta kurang bijak.

Melalui akaun Facebook, seorang individu telah memuat naik satu pertaruhan ekstrim, iaitu sanggup memotong testis sendiri andai pasukan Harimau Malaya menang dalam pertemuan menentang Singapura, malam tadi.

‘Today; United vs Hull & Mas vs Sin. United win, i’ll shave my hair. Malaysia win, i’ll cut my balls off!’

Ya, nampaknya pertaruhan tersebut langsung tak menyebelahi individu ini kerana, pasukan Malaysia berjaya menempah slot ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan pasukan negara seberang itu, 3-1.


Ruang komen individu ini kemudiannya dilimpahi komen-komen pengikutnya yang memberi respon terhadap pertaruhan tersebut.

Salah satu komen yang ditinggalkan menulis, ‘That’s a bold statement dude (Itu merupakan kenyataan yang berani). Ada kut yang tak ada bola malam nanti.’

Kalau nak imbas kembali, tindakan pertaruhan untuk membuang anu ini atau melakukan sesuatu yang luar biasa dah menjadi semacam satu trend dalam kalangan belia, tambah-tambah bila melibatkan perlawanan bola sepak.





Kalau difikirkan kembali, kenyataan-kenyataan tersebut boleh digeneralisasikan sebagai taktik untuk menarik perhatian dan bersifat kebudak-budakkan.

Semua sedia maklum, dalam Islam sekalipun, tak ada suruhan yang menggalakkan perbuatan sedemikian. Maka buat adik-adik di luar sana, fikirlah masak-masak sebelum bertindak melulu.

Bak kata orang sekarang, ‘kalau bodoh sekalipun, simpanlah untuk diri sendiri’, tak perlu nak tunjuk dekat orang luar ya!

sumber mynewshub.cc

KEEPER SINGAPURA JADI BAHAN LAWAK


Kini, sesiapa sahaja yang mahu jadi ahli sukan perlu beringat bahawa sebaik sahaja mereka memilih memasuki bidang ini maka bersedialah untuk dihentam jika prestasi merosot atau melakukan kesilapan hingga jadi penyebab kekalahan pasukan.

Terbaharu, penjaga gol Singapura,  Hassan Abdullah Sunny yang melakukan kesilapan hingga menjadi antara punca kemenangan Malaysia ketika menentang negaranya bagi menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 , malam tadi, kini jadi bahan kutukan dan modal lawak di kalangan netizens.

Imbas kembali kejadian semalam, penjaga gol Singapura dipercayai terlalu bersemangat mahu membantu pasukannya menjaring gol penyamaan kerana wisel penamat dah hampir sangat ditiup hingga dia tidak berada di gawang gol pada minit terakhir perlawanan.

Padahnya, gawang Singapura dibolosi bola hasil tendangan Indra Putra sekaligus mencatat kemenangan Malaysia 3-1.

Sebaik tamat perlawanan mendebarkan ini, maka bertebaranlah status-status dan gambar beserta kapsyen mempersendakan tindakan penjaga gol Singapura tersebut di laman-laman sosial.






Paling hangat, lagu dendangan Taufik Batisah “Awak Kat Maner?” paling banyak dijadikan modal mengutuk.




Buat penyokong Singapura diharapkan jangan ambil hati sangat sebab perbuatan netizens ini sebenarnya tak mengenal rumpun dan negara.

Buktinya, penyerang JDT  Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo turut tak terkecuali jadi bahan ‘lawak kasar’ dalam kalangan netizens selepas gol tendangannya berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang dalam  perlawanan akhir Piala Malaysia 2014, awal bulan lalu.


Sumber mynewshub.com

HARGA RON 97, RON 95, DAN DIESEL MULAI 1 DISEMBER


Berikutan pemansuhan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 Disember ini, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.


Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan harga baru yang akan diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini.

Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen.

Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel menurut surat pekeliling tersebut. -Siakapkeli.com.my


RON97 - RM 2.46 seliter
RON95 - RM 2.26 Seliter
Diesel   - RM 2.23 seliter


Surat pekeliling mengenai harga terkini minyak mulai 1 Disember ini.

Sumber : Melvister

Sabtu, 29 November 2014

PILIH SALAH SATU DESTINASI ANDA

Assalamualaikum...
Hari tu masa duk belek2 fb, terjumpa article pasal game ni...
walaupun kedengaran mengarut dan tak masuk akal, tapi bila cuba buat, ternyata inya ada juga kebenarannya... walaupun tidak 100 %  tepat, tapi masih boleh diterima pakai...
kalau korang perhatikan gambar kat bawah ni, mesti korang rasa cam tkde ape2 pun kan...
tapi jangan tak thu, gambar ni boleh menjelaskan serba sedikit tentang personaliti kita...

Jom main game ni...
pilih gambar mana yang korang berkenan, kemudian baca butiran dan tafsiran mengenai personality korang...
tapi jangan percaya sangat...



Gambar di atas memaparkan enam pintu gerbang yang menuju ke beberapa destinasi yang berbeza. Gambar-gambar ini telah diterapkan beberapa elemen yang secara tidak langsung boleh menerangkan minat dan juga personaliti seseorang.


Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih salah satu destinasi yang anda rasa selesa dari gambar diatas, kemudian membaca butiran berdasarkan nombor yang telah diberikan di dalam artikel dibawah. Selamat mencuba.



Pilihan 1 - Kebebasan :-
Anda merupakan seseorang yang sukakan kebebasan.
Anda memerlukan ruang dan masa untuk melakukan sesuatu perkara mengikut adunan tersendiri.
Anda adalah jenis yang suka berdikari dan suka melawan tetapi bagi anda pergaduhan bukanlah sesuatu yang bijak.
Anda sukar untuk menerima seseorang atau sesuatu yang baru.
Tekanan adalah perkara yang anda benci kerana anda suka menikmati kehidupan.

Pilihan 2 - Individualiti:-
Anda jenis yang suka bergerak secara bersendirian.
Suka memerhati, berfikir dan menyelesaikan perkara yang bermain di benak fikiran anda.
Anda seorang unik dan mempunyai perspektif yang mendalam dalam sesuatu perkara.
Anda melihat dunia dalam cara yang unik, dan orang sekeliling anda boleh bermanfaat darinya.
Anda seorang 'loner' tetapi anda boleh menjadi rapat dengan seseorang tetapi ia akan mengambil sedikit masa.

Pilihan 3 - Berwarna-warni:-
Hidup anda penuh dengan keceriaan kerana anda adalah seorang yang ceria.
Anda suka berinteraksi dan orang sekitar anda senang untuk berinteraksi dengan anda.
Anda suka memulakan perbualan, dan bertanya banyak soalan.
Sifat ingin tahu anda yang tinggi menyebabkan anda belajar lebih dari orang lain.
Anda seorang yang cerdik dan dalam masa yang sama lucu.
Anda akan berfikir lebih bagi memastikan orang sekeliling anda dipenuhi dengan gelak ketawa.

Pilihan 4 - Menarik :-
Anda akan menjalani kehidupan yang menarik dan juga mencabar!
Anda selalu melihat kehadapan di dalam hidup
Biasanya, apabila tiba masa untuk membuat keputusan, anda akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang, tapi biasanya semua keputusan yang anda buat adalah sentiasa menjadi!
Peraturan adalah perkara yang kurang disenangi oleh anda dan dalam masa yang sama anda adalah seorang yang 'careless'.
Anda seorang yang spontan dan juga suka mencari keseronokan.

Pilihan 5 - Kedamaian :-
Kedamaian dan keamanan antara perkara yang dipentingkan oleh anda.
Selain itu, anda juga seseorang yang 'low-maintainance'
Anda tidak suka diganggu/ dihalang.
Apabila tiba masa untuk membuat keputusan, anda akan mengambil keputusan yang paling mudah sekiranya boleh.
Anda tidak suka membenankan diri anda.
Orang disekeliling anda akan merasa sokongan yang anda berikan kerana anda seorang yang 'supportive'.
Anda terkenal sebagai seorang yang konsisten dan juga seorang yang melihat sesuatu secara menyeluruh.

Pilihan 6 - Sunyi & Tenang :-
Anda sukakan keadaan yang sunyi dan tenang.
Anda boleh menghabiskan masa secara berseorangan tanpa merasa sunyi.
Anda ingin mengerti kesemua aspek yang timbul di dalam kehidupan anda.
Setiap perkara yang anda lakukan mempunyai sebab dan anda sudah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara.
Kawasan yang dipenuhi orang ramai akan dielakkan oleh anda tetapi bukan bermakna anda tidak sosial.
Anda mementingkan perhubungan yang sejati dan suka berinteraksi secara berdua-duaan.


sumber :- siapkapkeli.com.my

MAAF KAMI TERSALAH TETAK.

Penjenayah minta maaf tersalah tetak
MANGSA menerima rawatan di hospital swasta akibat ditetak

Petra Jaya: “Maaf, kami tersalah orang,” kata seorang daripada empat penjenayah yang tersilap menetak seorang lelaki menggunakan parang dalam kejadian di tempat letak kereta Taman Sukma, di sini, kelmarin.

Kejadian jam 2.30 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 34 tahun cedera di tangan dan kaki sebelum dihantar menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Batu 3, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, selepas suspek menyedari tersilap sasaran, salah seorang daripada penjenayah berkenaan menghantar mangsa ke hospital terbabit.

Roslan berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakan berada di lokasi kejadian dan terserempak empat lelaki masing-masing membawa parang.

“Suspek kemudian menghalang kereta mangsa menyebabkan dia dan rakan keluar melarikan diri. Bagaimanapun, cubaan mangsa melarikan diri gagal menyebabkan dia ditetak penjenayah terbabit.

“Selepas mencederakan mangsa, barulah suspek sedar lelaki itu bukan sasarannya. Salah seorang suspek meminta maaf dan segera menghantarnya ke hospital.

“Mangsa berkata, dia tidak mengenali semua suspek selain tidak tahu apakah punca sebenar dia diserang,” katanya.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gita, di sini, pada jam 9.43 malam, kelmarin.

Katanya, dua suspek berjaya ditahan di sekitar bandar raya ini pada jam 4 petang, semalam, manakala dua lagi sedang diburu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

PENCURI KHAZANAH



Kuantan: Bukan sahaja mencuri hasil laut, nelayan asing kini semakin berani apabila mencuri khazanah peninggalan dua kapal perang British yang karam di perairan negeri ini ketika Perang Dunia Kedua.

Ia susulan penahanan 17 nelayan warga Vietnam oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut Satu di satu lokasi, kira-kira 60 batu nautika dari Tanjung Gelang, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.

TLDM dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, kejayaan itu hasil maklumat daripada Persatuan Nelayan Pahang menerusi satu program khas bersama pihaknya pada minggu lalu.

Katanya, dua kapal perang berkenaan adalah HMS Repulse dan HMS Prince Of Wales yang tenggelam selepas dibom tentera Jepun pada 10 Disember 1941.

“Aktiviti penyelaman haram oleh nelayan asing di perairan sekitar 60 batu nautika dari Tanjung Gelang itu dipatahkan oleh KD Perkasa yang dalam pelayaran pulang selepas tamat latihan Malindo Jaya, kira-kira jam 6.45 pagi.

“KD Perkasa menahan sebuah bot nelayan yang sudah diubah suai menjadi bot penyelaman dengan 17 kru rakyat Vietnam. Ketika itu, sebahagian daripada mereka sedang menyelam di dasar laut dipercayai untuk mengambil peninggalan dalam kapal perang berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan mendapati semua kru kapal itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka dibawa ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang untuk diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi tindakan lanjut.

Katanya, kejayaan itu membuktikan bahawa program mendekati masyarakat khususnya komuniti maritim memberi kesan dan membantu pelaksanaan operasi Markas Wilayah Laut Satu TLDM.

“Komuniti maritim seperti nelayan, pengusaha pusat peranginan dan penduduk di pulau boleh menjadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan khasnya TLDM,” katanya.


Jumaat, 28 November 2014

WAJAH TERKINI MISS UNIVERSE 1965 DARI THAILAND YANG MENAJUBKAN

Apasra Hongsakula 67 tahun 'Miss Universe 1965' Dari Thailand


Tahun 1965, Apasra Hongsakula ialah wanita pertama yang mewakili negara Thailand dalam pertanding Miss Universe. Wanita ini juga pernah memenangi gelaran Thailand's First ever Miss.

Apasra yang dilahirkan pada 1947 kini sudah berusia 67 tahun. Namun rupa wajahnya masih kelihatan seperti usia 20 ke 30 tahun. Dia kini kelihatan lebih cantik, menawan dan gojes dari yang sebelumnya.

Ianya amat menakjubkan, bagaimana beliau boleh mengekalkan kecantikannya bertahan begitu lama semenjak era 60-an? Jika dilihat dari gambar lama, dia kelihatan hanya beberapa tahun berbeza dari usia dalam gambar tersebut.

Lagi beberapa gambar beliau di bawah:








Sumber mymediahubonline.blogspot.com

SUNGAI TANPA DASAR

SUNGAI YANG TIDAK MEMPUNYAI DASAR

Sungai ini yang dikelilingi dengan pokok kelapa dan mempunyai air yang jernih dan berwarna biru membuatnya kelihatan seperti syurga sungai di Filipina.

Tapi sungai yang mempunyai nama Hinatuan ini yang membelah pulau Mindanao dan juga kedua terbesar di bahagian selatan wilayah Filipina ini tidak mempunyai sumber air yang tidak diketahui puncanya.

Bahkan menurut beberapa cerita yang beredar dikalangan masyarakat setempat, terkadang pada musim-musim tertentu akan terdapat begitu banyak sekali ikan, kadang-kadang tidak ada ikan sama sekali.

Sebenarnya semua sungai mempunyai dasar atau hulu. Tetapi berdasarkan besarnya mulut gua yang besar tersebut yang terus menuju ke dalam bumi, dasar sungai tersebut bahkan tidak boleh dilihat.

Bahkan para penyelam pernah melakukan kajian untuk mencari dasar sungai, tapi semakin kedalam para penyelam tersebut menemui beberapa gua lagi yang makin kecil dan sempit.

Inilah dasar yang menjadikan sungai tersebut dinamakan sungai tanpa dasar atau tidak mempunyai hulu.

Kerana berdekatannya dengan laut, beberapa orang percaya sungai ini terbentuk ketika air laut mengalir melalui terowong panjang dan gua-gua yang dalam ke bawah tanah yang akhirnya muncul ke permukaan ketika musim bunga.

Ditempat ini juga dijadikan para pengunjung untuk berlatih  berenang.







Sumber oopsshmedia.blogspot.com

YAASIN HARAP FOTO BERSAMA ANJING TAK JADI ISU



Ingat lagi vokalis kumpulan nasyid Brothers yang juga komposer, Yaasin Sulaiman? Ya, lama betul tak mendengar khabar penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Mimpi Laila itu.

Baru-baru ini, nama Yaasin tiba-tiba muncul di laman blog hiburan gara-gara gambar yang dimuat naik olehnya terdapat subjek sensitif iaitu anjing.

Dalam gambar tersebut, Yaasin sedang ber’wefie’ dengan pengarah Nasi Lemak 2.0, Name Wee yang memegang seekor anjing.

Jika diimbas kembali, mana-mana artis yang pernah memuat naik gambar bersama haiwan tersebut pasti akan menerima seribu satu kecaman daripada masyarakat, antaranya Adira, Nanu Baharudin dan Syarifah Sofea.

Namun, menerusi ruangan ‘caption’ pada gambar tersebut, Yaasin awal-awal lagi menyatakan bahawa dia berharap gambar tersebut tidak menimbulkan kontroversi kerana dia tak menyentuh langsung anjing berkenaan.

“I hope this photo won’t get me into trouble lah kan with @name_wee with Bibi @nameweephoto & Bibi @nameweephoto,” tulisnya.

Kalau ditelek-telek gambar tersebut, memang Yaasin tak menyentuh pun anjing itu. Maka tak payah lah ada pihak yang sengaja nak cetus isu ya!

sumber mynewshub.cc

RAHSIA PERSONALITI MENGIKUT HURUF DI PANGKAL NAMA




Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A :- Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B :- Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.


C :- Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D :- Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E :- Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F :- Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G :- Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H :- Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I :- Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J :- Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K :- Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L :- Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.


M :- Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.


N :- Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O :- Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P :- Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.


Q :- Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R :- Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S :- Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T :- Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U :- Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V :- Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W :- Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X :- Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y :- Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z :- Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri....

Khamis, 27 November 2014

Kisah Pelancong Jepun Yang Terkejut Lihat Burger Benjo Di Malaysia


Kisah seorang pelancong dari jepun yang menceritakan kembali ketika beliau berada di bandaraya Kuala Lumpur yang agak terkejut melihat menu di sebuah papan iklan gerai burger dan beliau tertarik untuk mencubanya.
Beliau menceritakan, di suatu hari ketika berjalan-jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dengan perut kosong, beliau menjumpai sebuah gerai burger. Memandangkan beliau terbang melakukan perjalan ke Malaysia khusus untuk pengalaman yang eksotik, jadi beliau memutuskan untuk memakan hamburger walaupun ianya membosankan. Walau bagaimanapun, beliau tertarik pada satu perkataan di papan menu yang membuatkan matanya terpaku.

Perkataan itu ialah "Benjo". "Benjo" bermaksud "Toilet" di Jepun, jadi beliau bertanyakan kepada tauke gerai mengenai perkataan "Benjo" apa yang beliau lihat di papan iklan itu. Ya, ia sememangnya "Benjo". Harganya adalah 1.80 ringgit Malaysia (kira-kira AS $ 0.60), kira-kira separuh harga hamburger mereka. Beliau tertanya-tanya jika itu adalah semata-mata harga yang mereka kenakan untuk penggunaan bilik mandi mereka. Ia seolah-olah terlalu mahal, memandangkan kos hamburger mereka. Beliau berdiri untuk beberapa minit memutuskan sama ada beliau perlu bersusah payah mencari jawapan itu.

Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk mencubanya, "Satu Benjo, sila", kata beliau. Bukan menjawab dengan jangkaan, beliau menceritakan bagaimana telur "Benjo" dibuat di dalam acuan cincin di panggangan, ditambah beberapa kubis dan sos pedas Asia yang dipanggil sambal. Akhirnya, "Benjo" diapit dengan roti biasa. Ia adalah sandwic yang mudah, tetapi cukup lazat. Itu adalah Benjo saya, Jelas beliau.



Di akhir cerita, beliau mengatakan "Anda perlu berhati-hati apabila anda mengembara di Malaysia. Jika anda secara tidak sengaja bertanyakan "Benjo" (dalam bahasa jepun " tandas") untuk menggunakan bilik air, seseorang mungkin membuat anda menunggu dan kemudian memberikan anda sandwich telur hangat.

LAMBORGINI DARI KAYU

Lelaki China bina Lamborghini kayu


Beijing: Seorang lelaki di Putian, wilayah Fujian mereka cipta dan membina kereta hodoh ini yang diilhamkan daripada kereta Lamborghini.

Menurut China Daily yang memetik laporan portal berita fjsen.com, tukang kayu Yu Jietao mengukir semua bahagian diperlukan untuk kereta itu sebelum menggabungkannya dan meraut corak untuk menghiasinya.

Mujur kereta itu mempunyai ciri lain untuk menjadikannya lebih menarik.

Ini termasuk tayar dan motor elektrik yang mampu menggerakkan kereta berkenaan pada kadar 30 kilometer sejam.

Yu mengambil masa hampir setahun dan berbelanja sebanyak lebih 100,000 yuan (RM55,000) untuk membina kereta ‘Lamborghini’ kayu berkenaan.

Khabarnya rekaannya itu sudah pun menarik beberapa pengumpul yang menawarkan sehingga 220,000 yuan (RM120,000) untuk memiliki kereta kayu itu. - Agensi

RAMPAS DADAH RM 7.1 JUTA

NOOR Rashid menunjukkan syabu yang disembunyikan di dalam peralatan elektrik.

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 35.2 kilogram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta dalam dua operasi berasingan di Petaling Jaya, Selangor dan Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 dan 25 November lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, bertindak hasil maklumat satu syarikat kurier yang beroperasi di Petaling Jaya pada 19 November lalu, pihaknya segera membuat rampasan ke atas enam kotak yang baru tiba dari China dan menemui 2.3 kilogram syabu yang disembunyikan di dalam dapur pemanas elektrik, periuk dan cerek air.

"Sindiket dadah antarabangsa cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengisytihar barangan itu sebagai persendirian namun hasil maklumat syarikat kurier JSJN berjaya menemui syabu yang disorokkan di dalam peralatan elektrik berkenaan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Noor Rashid berkata, dalam serbuan kedua yang dijalankan di KLIA pada 25 November lalu, pihaknya merampas satu kotak besar dan menjumpai enam buah beg berwarna hitam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 32.9 kilogram syabu yang dihantar melalui penerbangan Egypt Air dari Nigeria ke Mesir sebelum tiba ke KLIA.

ROSAKKAN KERETA KEKASIH ISTERI


KUALA KURAU - Berang isteri berlaku curang, seorang lelaki memecahkan keseluruhan cermin kereta kekasih isterinya yang diletakkan di pekan Kuala Kurau, di sini, Ahad lalu.

Selain itu, Sinar Harian turut difahamkan keempat-empat tayar kereta jenis Proton Satria ditoreh dan dirosakkan suspek berusia lingkungan 20-an itu.

Saksi  yang hanya mahu dikenali sebagai Razak berkata, ketika kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa yang meletakkan kenderaan di lokasi pasar malam Kuala Kurau dipercayai sedang menunggu isteri suspek untuk membawanya keluar.

“Suspek yang marah dengan perbuatan isterinya, bergelut dengan mangsa sebelum bertindak memecahkan keseluruhan cermin dan tayar kenderaan mangsa.

“Pergaduhan itu menyebabkan mereka menjadi tumpuan orang ramai,” katanya semasa ditemui di lokasi kejadian di sini.

Seorang lagi saksi, Jun,30-an berkata, semasa suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan dengan menggunakan objek keras, mangsa terus melarikan diri.

“Bagaimanapun, kejadian itu berakhir apabila kedua-dua pihak didamaikan oleh ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi memaklumkan tiada laporan polis dibuat atas kehendak kedua-dua keluarga suspek dan mangsa terlibat.

EKZOS RM 1.84 JUTA



Sepang: Seorang suri rumah ditahan ketika menuntut satu bungkusan di syarikat penghantaran cepat di Petaling Jaya, Selangor, Khamis minggu lalu selepas didapati mengandungi dadah jenis Metamphetamine (syabu) seberat 9.694 kilogram (kg) bernilai RM1.841 juta.

Bungkusan mengandungi tujuh ekzos itu dikirim menerusi kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, dari Guan Dong, China.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, berdasarkan maklumat dan risikan pihaknya membuat pemantauan serta pemerhatian ke atas dua bungkusan yang tiba dari Guan Dong, China kerana disyaki mengandungi dadah.

“Dua bungkusan itu dikirim menerusi kargo udara KLIA dan diuruskan syarikat penghantaran cepat di Petaling Jaya, Selangor.

“Pada jam 8.30 pagi Khamis lalu, wanita berusia 34 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan itu pergi ke syarikat penghantaran cepat terbabit untuk menuntut satu daripada bungkusan dan dia ditahan pihak kami sebelum direman selama tujuh hari,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Chik Omar berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tujuh ekzos di dalam bungkusan itu dan selepas dipotong, pihaknya menemui 27 bungkusan plastik mengandungi serbuk putih yang disumbat dalam ekzos.

Katanya, selepas diuji ia positif dadah jenis Metamphetamine seberat 9.694 kg bernilai RM1.841 juta.

Menurutnya, pihaknya menemui suami wanita berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori dan siasatan mendapati lelaki itu tidak terbabit dalam kegiatan penyeludupan itu.

“Bagaimanapun satu lagi bungkusan yang dikirim pengirim sama belum dituntut menyebabkan kita terpaksa merampasnya pada Sabtu lalu selepas menunggu selama dua hari.

“Selepas diperiksa ia mengandungi sembilan ekzos kenderaan yang di dalamnya terdapat 36 bungkusan serbuk putih yang positif dadah jenis Metamphetamine seberat 12.4kg bernilai RM2.356 juta,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pihaknya merampas satu bungkusan di kawasan perumahan Golden Villa, Selangor kira-kira jam 5 petang, Isnin lalu.

Beliau juga berkata, bungkusan itu dihantar dari Nigeria untuk diserahkan kepada penerima oleh sebuah ejen penghantaran cepat di lokasi dijanjikan.

“Selepas tiba di lokasi dan masa yang dijanjikan, penerima gagal dihubungi, malah siasatan juga mendapati alamat tertera di bungkusan itu tidak wujud.

“Bungkusan itu, kemudian dirampas selepas kita menunggu hampir lima jam dan hasil pemeriksaan kami menemui satu unit kompresor peti sejuk serta dua unit penapis minyak yang mengandungi Metamphetamine seberat 2.116kg bernilai RM402,040,” katanya.

Chik Omar berkata, ketiga-tiga kes ini berjaya dipatahkan dalam tempoh lima hari dengan jumlah keseluruhan rampasan adalah 24.21kg bernilai RM4.6 juta.

Malah, katanya taktik menyembunyikan dadah dalam ekzos, penapis minyak dan kompresor peti sejuk adalah pertama kali dikesan pihaknya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan rayuan dan tawaran daripada sindiket dadah atau orang yang tidak dikenali supaya mengambil barang di mana-mana lokasi.

MAYAT DISANGKA SAMPAH

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian sementara menunggu mayat kanak-kanak itu diangkat polis untuk dibawa ke hospital. 
Mayat kanak-kanak diusung untuk dibawa ke Bilik Forensik HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU - “Pada mulanya pakcik ingat sampah, tetapi pakcik tak tahu kenapa hati rasa tak sedap. Jadi, pakcik terus tenung objek tu dan terkejut apabila ternampak dua belah kaki manusia.”

Demikian kata Mustafa Ngah, 61, yang berasal dari Kampung Pantai, Kuala Ibai, di sini.

Dia merupakan individu pertama yang terjumpa mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun yang terdampar di pesisir pantai, dipercayai lemas di Pantai Kuala Ibai, di sini, petang semalam.

Menurutnya, dia bersama beberapa ahli keluarga lain ke pantai berkenaan kira-kira jam 3 petang untuk mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut boleh didapati di pantai tersebut.

“Semasa sampai di situ, kami anak-beranak terus berjalan di pesisir pantai sambil mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut terdapat di sini sejak belakangan ini.

“Ketika itu, dari jauh pakcik ternampak satu objek yang agak pelik sedang bergolek-golek di pesisir pantai akibat dihempas ombak.

"Mulanya pakcik fikir ia hanyalah sampah, tetapi hati mula rasa tak sedap," katanya.

Keinginan untuk tahu lebih lanjut, Mustafa mengamati objek itu agak lama sehingga dia ternampak dua kaki manusia.

"Pakcik sangat terkejut apabila mendapati objek bergolek itu manusia setelah melihat dua belah kakinya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Jelasnya lagi, yakin objek yang disangka sampah itu adalah mayat manusia, dia terus menjerit memanggil ahli keluarga lain bagi mendapatkan bantuan mengangkat mayat tersebut.

Kembang menangis tengok mayat

Sementara itu, Kembang Ismail, 69, yang turut berada bersama Mustafa semasa mayat tersebut ditemui berkata, ketika Mustafa yang juga sepupunya itu terjumpa mayat berkenaan, dia berada tidak berapa jauh dari lokasi kejadian.

“Makcik memang ada ternampak dia (Mustafa) mengangkat sesuatu objek dan menyangka dia telah terjumpa seekor ikan besar, bagaimanapun selepas terdengar Mustafa menjerit bagi tahu jumpa mayat, makcik terus cepat-cepat hampirinya.

“Sebaik lihat mayat itu, makcik menangis kerana terbayangkan anak makcik, hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan makcik ketika itu,” katanya.

Belum dikenal pasti identiti

Dalam perkembangan sama, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Terengganu, PgB Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 3.20 petang, sebelum enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Bagaimanapun katanya, mayat kanak-kanak yang masih belum dikenali identitinya itu berjaya ditemui orang awam di kuala sungai berkenaan kira-kira jam 4 petang.

“Kanak-kanak berkenaan yang masih belum dikenali identitinya itu dipercayai ke kuala sungai berkenaan untuk mandi bersama
beberapa rakannya sebelum kemudian dipercayai lemas.

"Mungkin panik dan takut, rakannya dipercayai lari meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak dan jangan sesekali membiarkan atau membenarkan anak mandi di pantai terutamanya pada musim yang tidak menentu kini.

PESERTA GUNA TEKTIK KOTOR SERTAI PERTANDINGAN "BERPOSING ALA FIZO DAN MAWAR"


                    

PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menjelaskan penambahan beberapa syarat bagi mencari pemenang pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo yang berlangsung sejak dua bulan lalu sebagai langkah berlaku adil kepada semua peserta.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, perkara tersebut dilakukan selepas mengenal pasti terdapat peserta yang menggunakan taktik kotor bagi memenangi pertandingan tersebut dengan jalan mudah.

"Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.

"Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya," ujar Fizo ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir peserta yang tidak berpuas hati dengan perubahan dan penambahan syarat-syarat yang ditetapkan bagi memenangi pertandingan itu.

Segelintir peserta turut menganggap pertandingan yang dianjurkan oleh jenama tudung terkenal Fareeda itu tidak profesional.

Dalam pada itu, Fizo berkata, peraduan tersebut pada asalnya dikira melalui jumlah like terbanyak yang diterima untuk gambar Berposing Ala Mawar Fizo.

Jelasnya, pemenang akan dipilih daripada 25 peserta akhir di majlis kemuncak yang akan diadakan di butik Fareeda di Bangi, 30 November ini.

"Pada asalnya ia memang dikira berdasarkan jumlah like pada gambar terbanyak, namun kami tambah beberapa syarat lagi iaitu 25 peserta senarai pendek akan diuji sekali lagi di majlis yang diadakan di butik Fareeda di Seksyen 9, Bangi pada Ahad ini.

"Mereka perlu mengkaji tentang latar belakang saya, Mawar dan Fareeda. Saya pasti pemenang yang dipilih itu nanti merupakan yang benar-benar layak kerana mereka akan dinilai oleh beberapa selebriti tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Fizo mengakui terharu dengan usaha peserta yang sanggup memberi aksi terbaik bagi memenangi peraduan tersebut.

Katanya, ada segelintir sanggup meminta kebenaran untuk bergambar di hadapan rumahnya kerana pertandingan itu.

"Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posing terbaik. Ada yang sanggup mencari kuda, bergambar dengan menara condong di Teluk Intan semata-mata meniru gaya saya di Menara Condong Pisa di Itali.

"Ada juga yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya," ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Fizo, tiga pemenang bakal membawa wang tunai sebanyak RM30,000 dan tudung Fareeda. - mStar

ZIANA ZAIN MUNCUL DENGAN GAYA TUDUNG YANG MEMPERSONA


Ziana Zain, nama yang sememangnya gah dengan nyanyain lagu-lagu yang memerlukan suara yang lantang dan vokal yang amat tinggi. Kini sejak mula berhijab ini Ziana sudah mula menggayakan pelbagai jenis hijab yang sememangnya cantik.


Beliau yang baru-baru dilihat begitu mempersonakan apabila menggayakan fesyen tundung terbaru rekaan pereka fesyen, Rizman Ruzaini. Beliau meggayakan tudung tersebut untuk memenuhi sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen dan gaya hidup golongan wanita.

Beliau yang teah disolek oleh Epie Temerloh sungguh nampak berbeza dan cantik ditambah pula dengan menggayakann cara susun letak tudung yang menarik.

Dalam sisi fotografi ini beliau telah mengenakan perslinan peplum seba hitam yang ditaburi batu jemaki yang mengetengahkan ciri-ciri wanita muslimah moden. Ziana kelihatan cukup aggun dengan liuk lentuk manjanya.


Sebelum ini dia juga telah turut menjayakan satu lagi persalinan milik Rizman Ruzaini ketika menghadiri pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival 2014 baru-baru ini di Hotel JW Marriot-Siakapkeli.com.my

JANIN DITEMUI DI MACHANG BUBUK ADALAH JANIN KUCING



BUKIT MERTAJAM - Sebuah sekolah di Machang Bubok hari ini dikejutkan dengan insiden penemuan janin di dalam sebuah tandas di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, polis mengesahkan janin itu hanyalah janin kucing. Menurut jurucakapnya, perkara ini disahkan oleh pakar perunding forensik Hospital Pulau Pinang melalui bedah siasat.

Selain itu, pemeriksaan terhadap seorang pelajar yang disyaki tuan kepada janin berkenaan juga mendapati dia tidak mengandung. - Siakapkeli.com.my

KANAK-KANAK 3 TAHUN TERTEMBAK IBU HINGGA MATI




Oklahoma – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah tertembak ibunya secara tidak sengaja menyebabkan wanita itu, Christa Engles, 26, meninggal dunia selepas sejam kejadian menyedihkan itu berlaku.
Ketika kejadian, Engles sedang menukar lampin pakai buang anak perempuannya yang berusia setahun.
Pada masa sama, kanak-kanak lelaki berkenaan menemui sepucuk pistol di bawah kerusi, lalu melepaskan tembakan ke arah ibunya dan terkena kepalanya.
Bapanya, Brian Engles dan neneknya tiada di rumah itu ketika kejadian.
Menurut polis, terdapat beberapa pucuk senjata api di rumah tersebut, namun malangnya kanak-kanak tersebut menemui pistol yang berisi senjata.
“Kanak-kanak itu telah disoal oleh polis dan dia berulang kali memberitahu `ibu kena tembak’,’’kata jurucakap polis.
Dalam pada itu, Brian, yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengetahui isterinya dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, ketika dia berada di luar daerah.
“Saya kehilangan isteri dalam satu kemalangan semalam. Jangan lupa untuk memberitahu orang yang anda sayang bahawa anda menyayangi mereka. Anda tidak akan tahu bila kata-kata `saya sayang awak’ adalah yang terakhir untuk mereka,’’ demikian tulisnya dalam Facebook miliknya.

CEBISAN PESAWAT DIANGKUT GUNA TRAK

Takziah MH17

Kuala Lumpur: Beberapa bahagian serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terlalu besar untuk dibawa dengan kereta api, tiba di Kharkiv, Ukraine dengan trak pada Sabtu.

Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam kenyataan melalui laman webnya www.onderzoeksraad.nl berkata, serpihan lain yang dikeluarkan dari tapak nahas itu kini dalam perjalanan ke Kharkiv, Ukraine lebih 300 kilometer dari Torez dengan kereta api selepas berlepas dari Torez pada pagi Ahad.

"Apabila serpihan pesawat tiba di Kharkiv, pengangkutan ke Belanda akan disediakan," katanya.

Pada 17 Julai lalu, penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

DSB berkata, usaha mengeluarkan serpihan pesawat itu dimulakan pada 16 November lalu dan membawa keluar seberapa banyak serpihan dari tapak nahas untuk siasatan.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...