Khamis, 27 November 2014

8 SUSPEK KES BAKAR AL-QURAN DITAHAN

Lapan suspek kes bakar al-Quran ditahan

Alor Setar: Polis Kedah menahan lapan lelaki berusia 19 hingga 30-an kerana terbabit dalam insiden pergaduhan dan membakar enam gerai medan selera yang dipercayai akibat kejadian membakar al-Quran di dalam tong pembakar berhampiran tempat menjalankan upacara sembahyang di Pasar Besar Alor Setar, di sini, pada 20 dan 22 November lalu.

Enam suspek ditahan kira-kira jam 4 petang 20 November lalu, manakala dua lagi suspek ditahan kira-kira jam 2 pagi 22 November lalu, di sekitar bandar raya ini.

Difahamkan, semua suspek dipercayai terbabit dalam kejadian membakar al-Quran yang ditemui di dalam tong pembakar berhampiran tempat menjalankan upacara sembahyang di Pasar Besar Alor Setar, di sini, pada 20 November lalu.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata, tempoh tahanan reman semua suspek yang berakhir hari ini akan disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan," katanya.


ZAKARIA (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...