Rabu, 5 November 2014
Terkejut Air Pili Mengandungi Cacing Merah
Air dari pili mengandungi cacing berwarna merah.
KLUANG - Penduduk Jalan 32, Jalan 34 dan Jalan 36, Taman Kluang Barat terkejut air pili di kediaman mereka mengandungi cacing berwarna merah, kelmarin.
Kejadian berkenaan disedari penduduk Jalan 34, Oh Kwee Soon,54, apabila mahu menadah air di hadapan rumahnya.
Katanya, apabila menadah air, dia menyangka tempat tadahan air itu mengandungi cacing halus lalu dibuangnya air berkenaan.
“Saya menadahnya lagi dan mendapati air yang saya tadah sememangnya mengandungi cacing halus berwarna merah yang keluar dari air pili.
“Saya terus beritahu ahli keluarga lain termasuk jiran. Kami dapati rumah jiran berlaku perkara sama termasuk penduduk di sekitar Jalan 34,” katanya.
Kwee Soon berkata, setelah mendapati semua air pili mengandungi cacing, dia dan beberapa jiran membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab.
Menurutnya, masalah berlaku dipercayai berpunca daripada pembekalan air yang disalurkan pihak berkaitan.
Dalam pada itu, kejadian yang berlaku itu turut mendapat perhatian Adun Mengkibol, Tan Hong Pin yang turun padang melihat sendiri permasalahan dihadapi penduduk Taman Kluang Barat.
Beliau berkata, dia terus menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings dan Pejabat Kesihatan daerah Kluang untuk mengetahui punca kejadian.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada SAJ, perkara berkenaan masih dalam siasatan dan tidak dapat memberi sebarang maklumat.
“Saya percaya ia berlaku disebabkan pencemaran sistem dan tidak berkaitan sumber air. Bagaimanapun, saya berharap pihak berkenaan harus memaklumkan orang awam punca berlakunya masalah ini.
“Saya juga berharap kerajaan harus membentangkan rang undang-undang air minum yang selamat dengan secepat mungkin supaya kawal selia terhadap kualiti air terawat dapat dijalankan dengan lebih rapi. Pihak syarikat air haruslah sentiasa memastikan air yang dibekalkan kepada pengguna adalah sentiasa bersih dan selamat,” katanya.
Sumber dari Sinar Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan