TERENGGANU – Tiga sahabat cedera parah akibat terkena bahan letupan ketika mengemaskan rumah salah seorang daripada mereka di Kampung Padang Machang Manir dekat sini petang tadi.
Maklumat awal mengatakan, rumah itu milik nenek Nazrin Che Mohamad,20, dan ia dikemas untuk disewakan.
Dalam kejadian kira- kira jam 4.30 petang itu, Mohd Khairul Shahiran Che Ibrahim,21, dikatakan sedang mengangkat sebuah kotak sebelum ia meletup dan mencederakan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP)Gong Badak ini.
Akibatnya, Mohd Khairul Shahiran cedera parah pada dua tangannya. Manakala, Nazrin dan Mohd Afiq Mohd Misran,22, hanya cedera ringan.
Difahamkan, mereka mendakwa tidak mengetahui mengenai isi kandungan kotak tersebut ketika mengangkatnya.
Mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Namun kenyataan itu disangkal Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah yang memaklumkan bahawa sebelum kejadian, mereka dikatakan memasukkan beberapa bahan ke dalam paip besi."Mereka dipercayai hendak mencipta roket dengan memasukkan bahan iaitu arang, sulfur dan beberapa bahan bakar lain ke dalam paip berkenaan.
"Namun ketika proses memampatkan bahan berkenaan, roket itu tiba -tiba meletup menyebabkan ketiga-tiga penuntut terbabit mengalami kecederaan," katanya.
Beliau berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan