Rabu, 19 November 2014
Kanak-kanak cedera Tersangkut Mata Kail
TUMPAT - Seorang budak lelaki berusia 4 tahun terpaksa menahan sakit dua jam apabila mata kail berkarat tersangkut di matanya dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, petang kelmarin.
Mangsa, Raja Aqiel Al-Hafiz Raja Fakurazi terkena mata kail selepas rakan perempuannya melontarkan mata kail itu ke sawah bersebelahan rumah pengasuhnya untuk memancing ikan tetapi tersangkut di mata mangsa.
Pancing tersebut dijumpai mangsa di dalam semak berdekatan rumah pengasuhnya dan kemudian diberikan kepada rakan perempuannya itu yang sebaya dengannya.
Kejadian kira-kira jam 6 petang disedari pengasuhnya selepas mendengar tangisan Raja Aqiel Al-Hafiz di halaman rumah dan abang mangsa, Raja Afiq Al-Fikri, 6, datang memberitahunya.
Sementara itu, bapa mangsa, Raja Fakurazi Raja Daud, 38, berkata, anaknya terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana mata kail itu tertusuk ke dalam dan melekat di kelopak mata bawah.
Menurutnya, mata kail yang tersangkut di mata anaknya berjaya dikeluarkan melalui pembedahan yang mengambil masa selama 2 jam. Kanak-kanak berkenaan juga di laporkan stabil dan ditahan beberapa hari di wad untuk rawatan susulan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan