Angota polis Forensik Melakukan
Siasatan di lokasi kejadian
Nibong Tebal: Seorang ahli perniagaan menempuh detik cemas apabila dua penyamun bersenjatakan parang dan besi memecahkan cermin keretanya ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun hanya mampu berdiam diri selepas penjenayah mengacukan parang ke arahnya.
Menurut sumber, mangsa sebelum itu mengeluarkan wang RM20,000 di sebuah bank berhampiran lokasi kejadian.
"Penjenayah dipercayai mengekorinya namun mereka tersalah mengambil beg yang hanya mengandungi dokumen miliknya di tempat duduk belakang.
"Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, di sini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan