Georgetown: Sebuah premis membuat roti benggali yang popular di negeri ini beroperasi di Jalan Datuk Keramat diarah tutup selama 14 hari selepas didapati gagal mematuhi aspek kebersihan hasil pemeriksaan oleh sepasukan pegawai Jabatan Kesihatan negeri 9 pagi tadi.
Pemeriksaan dilakukan Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri menemui najis tikus dan hurungan lalat pada bahan digunakan untuk membuat roti itu.
Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Ku Nafishah Ku Ariffin mengesahkan arahan pemberhentian operasi terhadap premis berkenaan.
Selain arahan penutupan premis selama dua minggu pengusaha terbabit turut dikenakan denda sebanyak RM2,500.
Pengusaha syarikat roti itu juga didapati mengabaikan aspek kebersihan apabila dikesan membuang sisa adunan roti di atas lantai selain pekerja memproses makanan itu tanpa memakai penutup kepala, sarung tangan dan penutup mulut.
TEMPAT membuat roti yang kotor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan