Rabu, 12 November 2014

Kesan Makanan Panas Dalam Plastik


 Mohamed (tengah) bersama pembantunya dan Pengarah Urusan Ecoscience Research Foundation, Profesor Dr Sultan Ahmed (kanan).

GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna tidak menggunakan bekas plastik untuk meletakkan makanan dan minuman panas.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, pengguna juga digesa mengelak menggunakan senduk plastik ketika memasak dan menyimpan makanan panas dalam bekas atau beg plastik.

Menurutnya, plastik yang dipanaskan adalah sumber pendedahan terhadap elemen berbahaya dan perlu mengambil langkah drastik untuk mencegahnya.

“Terdapat banyak pilihan seperti kaca, seramik, keluli tahan karat untuk menyimpan atau memanaskan makanan. Selain itu, kita ada pilihan lain untuk menjadikan pembungkus dan pelapik tradisional untuk memasak antaranya daun dan kain linen atau kapas.

“Kajian dan tinjauan CAP menunjukkan bahawa ramai pengguna kini menggunakan kaedah merebus atau mendidih terus makanan dalam lapisan plastik berbungkus," katanya.

Mohamed berkata, menyimpan makanan dan minuman dalam bekas plastik mungkin memudahkan tetapi tidak selamat sepenuhnya.

“Saintis alam sekitar memberi amaran bahawa sejumlah kecil bahan kimia sintetik yang digunakan dalam pemprosesan, pembungkusan dan penyimpanan makanan yang kita makan boleh melarut resap, berinteraksi serta menyebabkan kerosakan kepada

kesihatan kita dalam jangka panjang,” katanya kepada media, semalam.

Katanya, kebimbangan itu telah ditimbulkan dalam Jurnal Perubatan British, Journal of Epidemiology and Community Health walaupun bahan kimia dalam jumlah kecil ini mungkin tidak berbahaya.

“Banyak bahan kimia dalam plastik boleh mengganggu fungsi biasa sistem endokrin kebanyakan haiwan termasuklah manusia. Kesan daripada pengganggu endokrin ini boleh memusnahkan dan berkekalan. Janin dan bayi paling mudah terjejas kepada serangan ke atas sistem endokrin kerana tubuh mereka sedang membesar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...