Ahad, 15 Februari 2015

Sira Labu


Alhamdulillah.... Hari ni pergi kebun labu, jadi dapatlah labu yang baru dipetik Dan masih fresh. Tak terpikir lagi nk masak apa dengan labu tu, jadi simpan je lah dulu... Lagipun labu tu masih segar dari ladang, banyak lagi masa boleh simpan...

Time duduk sambil tengok tv, tergerak hati pulak nak makan Sira Labu... Tak pernah pun masak sira labu ni... Selalu makan je yang orang masak... Jadi kita Tanya encik Google je lah... Nak buat sira labu ni sebenarnya mudah je... Bahan pun tak bnyak...

1. Belah buah labu, Dan kupas kulitnya...
2. Potong ikut citarasa
3. Rendam dalam air kapur lebih kurang sejam untuk memastikan testur labu pejal
4. Kemudian toskan untuk seketika
5. Masukkan kedalam periuk Dan masukkan nisan kerek kedalam periuk..
6. Kemudian tutup periuk Dan masak dengan api yang pelahan sehingga nisan menjadi cair...
7. Sedia dihidang... Sedap makan panas2 atau simpan dalam peti untuk seketika...
Klau nk berkuah, boleh tambahkan air Dan gula sedikit. Ikut citarasa masing2..
Selamat mencuba...













Selasa, 3 Februari 2015

Kura-kura Diubah Jadi Burger


GUANGZHOU - CHINA. Dek kerana takut kura-kura peliharannya disita petugas lapangan terbang, seorang lelaki yang dikenali sebagai Li telah ‘menukar’ kura-kura tersebut menjadi burger.

Memetik laporan daripada News.com.au, Li bertindak sedemikian bagi memastikan kura-kura tersebut dapat ‘terbang’ bersamanya.

Li dilaporkan hendak berlepas dari bandar raya Guangzhou Baiyun ke Ibu kota Beijing China.

Pada awalnya, Li berjaya mengaburi petugas ketika bagasinya melintasi pemeriksaan sinar X meskipun petugas tersebut seperti mengesyaki sesuatu.

Petugas tersebut sempat mengatakan bahawa beliau melihat satu ‘benjolan’ keluar daripada bagasinya.

Namun Lli membantah dakwaan petugas itu dan meyakinkannya, bahawa benda yang ia lihat bukan kura-kura.

"Tidak ada kura-kura, hanya burger dan tidak ada sesuatu yang istimewa di dalam bagasi ini untuk dilihat," kata Li seperti dilapor media China.

Walaupun lolos dalam pemeriksaan pertama, namun rahsia Li akhirnya terbongkar pada pemeriksaan berikutnya.

Akhirnya Li mengaku dia telah membawa haiwan peliharaanya itu dari rumah, kerana berharap dapat menikmati penerbangan bersama kura-kuranya itu.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...