Jumaat, 29 Mac 2019

Resepi Nasi Ayam Simple Cik Ayu


Nasi ayam merupakan menu sihat yang lengkap dengan pelbagai sumber protein dan vitamin yg diperlukan oleh tubuh kita... Ye lah kan,  ada nasi,  ada lauk untuk bekalkan protin,  dan ulaman seperti salad,  timun dan tomato untuk bekalan vitamin dan serat.

Kiranya kalau hidang nasi ayam untuk anak2, dah tk perlu risau anak tk cukup zat. . Tapi tak kan nk masak nasi ayam hari2 pulak kan..  Nasi ayam ni pulak ada macam2 jenis.  Setiap orang ada cara tersendiri untuk masak nasi ayam... 

Hari ni kebetulan ayu ada masak nasi ayam. . Terasa nk share dengan korang resepi nasi ayam versi ayu pulak. Bagi ayu resepi ni paling senang dan rasa pun  sedap. . Tapi tkde ambik gambar pun masa buat tadi..  Jadi ayu share cara bertulis je lah ye.. Silap2 yang baca posting ni pun memang dah pro buat nasi ayam kan. .

Ok ayu terus kepada resepi je lah ye..

Beras
Bawang besar 2 labu
Bawang putih 10 ulas
Halia  3 inci
Ayam sebelah potong 2 nk potong kecik terus pun boleh
Air untuk rebusan ayam

Salad
Tomato
Timun
Sos tiram
Kicap pekat 
Cili besar
Cuka
Garam 
Gula

Bahan pun yang diperlukan pun tk banyak kan dan mudah untuk didapati..  


 Air Rebusan Ayam

Masukkan air dalam periuk,  masukkan ayam yang dah dibersihkan. 1 biji bawang besar potong kepada 4 bahagian,  5 ulas bawang putih yg di ketuk,  dan halia 1 inci.  Rebus sampai ayam masak.  

Nasi
Bawang besar separuh,  bawang putih 3 ulas dan halia seinci.  Ditumbuk separuh hancur,  tak nak sampai lumat,  lepas tu panaskan periuk nasi,  masukkan minyak atau marjerin,  ayu guna marjerin sbab lagi wangi tau.   Lepas tu boleh tumis sampai naik bau. . Kemudian bila dah naik bau,  boleh masukkan beras pulak ye. . Untuk beras ni pulak terpulang pada korang nk buat bayak mana,  tapi nisbah die beras dengan air sama banyak je tau.   Tapi beras kena rendam sekurang2 setengh jam ye sebelum masak.   Kalau tk rendam pun boleh,  tapi kena letak air lebih sikit.   Ayu tk rendam pun,  jadi ayu buat 3 cawan beras dengan 4.5 cawan air rebusan ayam.  Letak garam sikit, then, tunggu je masak ye. . 

Ayam 

Ayam yg dah direbus tu boleh dikeluarkan toskan air jap ye... 
Untuk bahan perap pun senang jer   3 ulas bawang putih dn 1 inci halia ditumbuk.. Lepas tu gaul pada ayam bersama sos tiram dan kicap pekat.. 
Lepas tu tunggu dalam setengah jam hingga 1 jam baru boleh masak..  Cada masak,  boleh goreng, bakar dalam oven,  dan grill dalam non stick pan.  


Sambal

Tadi  masa rebus ayam ade letak bawang kan. . Ok,  biasanya orang tk makan kn bawang dalam sup tu,  jadi korang tapis je lah bawang besar, bawang putih n halia tu,  tapi halia letak sikit je ye... Masukkan dalam mesin pengisar,  tambah 2 biji cili besar,  kalau nk pedas boleh letak cili api sikit ye. . Tomato separuh,  garam,  gula,  cuka n air sikit. Lepas tu boleh  mesin lah ye sampai lumat. . Dah siap mesin boleh rasa ye,  kalau tk cukup rasa boleh tambah ape yg patut. . 

Ok,  nasi dah siap,  ayam dah masak,  sambal pun dah siap. . So lepas tu boleh sediakan ulam ulaman lah pulak ye.. Then boleh hidang untuk keluarga..  Harap korang faham dan boleh follow resepi ni ye... Ayu masak tk pandai sukat sangat,  main ikut2 jer, kalau korang ada nk share resepi yang lagi senang pun dialu alukan ye.. 


Untuk resepi kali ni tkde gambar sebab lupa nk snap...

Rabu, 20 Mac 2019

Hati-hati Dengan Strok Haba

Sekarang ni cuaca memang panas sangat,  sesetengah tempat memang tkde hujan langsung.. Macam di Kota Bharu ni,  dah dekat sebulan rasanya memang tkde hujan langsung. Tk sanggup rasanya nk keluar waktu tengahari kalau tkde urusan penting...

Bila situasi macam ni,  ada je pihak2 yang tk bertangung jawab mula menyebarkan maklumat palsu.  Contoh macam gambar kt bawah ni..  Ada pulak yg kata tk boleh minum ais dalam keadaan cuaca panas macam ni.  Tapi maklumat ini telah mendapat maklumbalas dari seorang doktor yang ayu follow kt fb...

Jadi boleh baca pencerahan yang telah dibuat oleh doktor ni kt bawah ye..  Membaca kan jambatan ilmu.. Memang tk rugi pun kalau belajar seseuatu yang baru. .



CUACA PANAS JANGAN MINUM AIS?

Malaysia sedang mengalami perubahan musim panas yang melampau sehingga April nanti. Cuaca panas terlampau ini boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami dehidrasi (dehydration) dan strok haba (heat stroke). Langkah-langkah proaktif perlu dilakukan oleh setiap dari kita untuk mengelakkan terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness). Keadaan yang panas keterlaluan sehinggu suhu sekeliling melebihi 37 C boleh menyebabkan suhu badan kita juga meningkat. Peningkatan suhu badan ini boleh berlakunya stress haba (heat stress) dan akhirnya boleh mengakibatkan berlakunya strok haba (heat stroke) jika dibiarkan suhu badan melebihi 41 C.
.
Perlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna. Terutamanya apabila seseorang itu berada dalam lautan manusia. Haba panas setiap individu akan mempengaruhi persekitaran yang sudah sedia panas.
.
Seseorang individu itu dikatakan mengalami penyakit bawaan haba (heat illness) sekiranya memiliki tanda-tanda (signs) dan/gejala-gejala (symptoms) seperti berikut:
.
(i) Merasa kepala huyung, pening kepala.
(ii) Mual (Nausea)
(iii) Kelihatan kelesuan yang jelas.
(iv) Badan berhenti mengeluarkan peluh.
(v) Kehilangan kebolehan daya dan kordinasi/kekalutan ataupun hilang keseimbangan badan yang jelas.
(vi) Kekeliruan dalam percakapan dan tingkahlaku
(vii) Bertindak agresif ataupun menunjukkan perangai yang tidak rasional.
(viii) Tahap kesedaran berubah.
(ix) Jatuh pengsan.
(x) Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan.
.
Jika berlaku tanda-tanda di atas; Dapatkan bantuan segera dari ahli yang mahir dalam merawat pesakit. Panggil pasukan perubatan dengan mendial 999 untuk tindakan segera.


Sementara itu, langkah berikut wajar diikuti:
.
(i) Bawa keluar mangsa daripada padang/ tempat berhimpun yang sesak dengan orang ramai.
(ii) Baringkan/rehatkan mangsa terbabit di persekitaran yang nyaman.
(iii) Meninggikan kedua-dua kaki dan pinggul untuk melancarkan tekanan darah.
(iv) Melonggarkan/menanggalkan lebihan pakaian yang ketat
(v) Membasahkan kulit dengan air/ais dan pengipaskan badan.
(vi) Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha. Ais tidak bahaya. Badan kita akan beradaptasi dengan segera apabila diletakkan ais kepada badan atau kulit.
(vii) Memberikan air minuman sekiranya sedar. Tiada masalah memberikan air sejuk atau air suam. Ianya tidak mendatangkan mudarat kepada mangsa. Malah membantu memulihkan hidraasi badan.
.
Walau bagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan wajiblah diperolehi dengan kadar segera.
.
Perlu diingatkan bahawa Strok Haba tidak sama dengan Strok (Angin Ahmar). Angin ahmar adalah melibatkan salur darah di bahagian otak mangsa samada tersumbat atau pecah. Manakala Strok Haba tidak berlaku sedemikian, mangsa pengsan akibat kepanasan yang melampau.
.
Saranan kepada masyarakat:
.
Amat disarankan kepada semua mangsa, sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan iaitu:
.
(i) Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik atau menggunakan pelindung dari panas terik matahari seperti payung atau khemah.
(ii) Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada siang hari, pada kebiasaannya di antara jam 11 pagi - 3 petang.
(iii) Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air kosong sebelum, semasa dan selepas aktiviti/kerja luar. Minima keperluan meminum air seharian adalah 2 liter atau 8 gelas.
(iv) Disarankan untuk meminum:
~ 2 cawan air minuman (500ml) 2 jam sebelum berhimpun.
~ 2-3 cawan air minuman (500-750ml) yang menyejukkan badan atau air minuman sukan (sports drink) setiap jam semasa beraktiviti luar, bagi aktiviti yang berlangsung selama 60 minit atau lebih, dan 2 jam selepas melakukan aktiviti.
(v) Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik, berwarna cerah, ringan dan tidak ketat serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari.

Sumber :
Sekian pesanan dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
20.3.2019
Kuala Berang

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...