Kiranya kalau hidang nasi ayam untuk anak2, dah tk perlu risau anak tk cukup zat. . Tapi tak kan nk masak nasi ayam hari2 pulak kan.. Nasi ayam ni pulak ada macam2 jenis. Setiap orang ada cara tersendiri untuk masak nasi ayam...
Hari ni kebetulan ayu ada masak nasi ayam. . Terasa nk share dengan korang resepi nasi ayam versi ayu pulak. Bagi ayu resepi ni paling senang dan rasa pun sedap. . Tapi tkde ambik gambar pun masa buat tadi.. Jadi ayu share cara bertulis je lah ye.. Silap2 yang baca posting ni pun memang dah pro buat nasi ayam kan. .
Ok ayu terus kepada resepi je lah ye..
Beras
Bawang besar 2 labu
Bawang putih 10 ulas
Halia 3 inci
Ayam sebelah potong 2 nk potong kecik terus pun boleh
Air untuk rebusan ayam
Salad
Tomato
Timun
Sos tiram
Kicap pekat
Cili besar
Cuka
Garam
Gula
Bahan pun yang diperlukan pun tk banyak kan dan mudah untuk didapati..
Air Rebusan Ayam
Masukkan air dalam periuk, masukkan ayam yang dah dibersihkan. 1 biji bawang besar potong kepada 4 bahagian, 5 ulas bawang putih yg di ketuk, dan halia 1 inci. Rebus sampai ayam masak.
Nasi
Bawang besar separuh, bawang putih 3 ulas dan halia seinci. Ditumbuk separuh hancur, tak nak sampai lumat, lepas tu panaskan periuk nasi, masukkan minyak atau marjerin, ayu guna marjerin sbab lagi wangi tau. Lepas tu boleh tumis sampai naik bau. . Kemudian bila dah naik bau, boleh masukkan beras pulak ye. . Untuk beras ni pulak terpulang pada korang nk buat bayak mana, tapi nisbah die beras dengan air sama banyak je tau. Tapi beras kena rendam sekurang2 setengh jam ye sebelum masak. Kalau tk rendam pun boleh, tapi kena letak air lebih sikit. Ayu tk rendam pun, jadi ayu buat 3 cawan beras dengan 4.5 cawan air rebusan ayam. Letak garam sikit, then, tunggu je masak ye. .
Ayam
Ayam yg dah direbus tu boleh dikeluarkan toskan air jap ye...
Untuk bahan perap pun senang jer 3 ulas bawang putih dn 1 inci halia ditumbuk.. Lepas tu gaul pada ayam bersama sos tiram dan kicap pekat..
Lepas tu tunggu dalam setengah jam hingga 1 jam baru boleh masak.. Cada masak, boleh goreng, bakar dalam oven, dan grill dalam non stick pan.
Sambal
Tadi masa rebus ayam ade letak bawang kan. . Ok, biasanya orang tk makan kn bawang dalam sup tu, jadi korang tapis je lah bawang besar, bawang putih n halia tu, tapi halia letak sikit je ye... Masukkan dalam mesin pengisar, tambah 2 biji cili besar, kalau nk pedas boleh letak cili api sikit ye. . Tomato separuh, garam, gula, cuka n air sikit. Lepas tu boleh mesin lah ye sampai lumat. . Dah siap mesin boleh rasa ye, kalau tk cukup rasa boleh tambah ape yg patut. .
Ok, nasi dah siap, ayam dah masak, sambal pun dah siap. . So lepas tu boleh sediakan ulam ulaman lah pulak ye.. Then boleh hidang untuk keluarga.. Harap korang faham dan boleh follow resepi ni ye... Ayu masak tk pandai sukat sangat, main ikut2 jer, kalau korang ada nk share resepi yang lagi senang pun dialu alukan ye..
Untuk resepi kali ni tkde gambar sebab lupa nk snap...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan