Sekarang ni cuaca memang panas sangat, sesetengah tempat memang tkde hujan langsung.. Macam di Kota Bharu ni, dah dekat sebulan rasanya memang tkde hujan langsung. Tk sanggup rasanya nk keluar waktu tengahari kalau tkde urusan penting...
Bila situasi macam ni, ada je pihak2 yang tk bertangung jawab mula menyebarkan maklumat palsu. Contoh macam gambar kt bawah ni.. Ada pulak yg kata tk boleh minum ais dalam keadaan cuaca panas macam ni. Tapi maklumat ini telah mendapat maklumbalas dari seorang doktor yang ayu follow kt fb...
Jadi boleh baca pencerahan yang telah dibuat oleh doktor ni kt bawah ye.. Membaca kan jambatan ilmu.. Memang tk rugi pun kalau belajar seseuatu yang baru. .
CUACA PANAS JANGAN MINUM AIS?
Malaysia sedang mengalami perubahan musim panas yang melampau sehingga April nanti. Cuaca panas terlampau ini boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami dehidrasi (dehydration) dan strok haba (heat stroke). Langkah-langkah proaktif perlu dilakukan oleh setiap dari kita untuk mengelakkan terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness). Keadaan yang panas keterlaluan sehinggu suhu sekeliling melebihi 37 C boleh menyebabkan suhu badan kita juga meningkat. Peningkatan suhu badan ini boleh berlakunya stress haba (heat stress) dan akhirnya boleh mengakibatkan berlakunya strok haba (heat stroke) jika dibiarkan suhu badan melebihi 41 C.
.
Perlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna. Terutamanya apabila seseorang itu berada dalam lautan manusia. Haba panas setiap individu akan mempengaruhi persekitaran yang sudah sedia panas.
.
Seseorang individu itu dikatakan mengalami penyakit bawaan haba (heat illness) sekiranya memiliki tanda-tanda (signs) dan/gejala-gejala (symptoms) seperti berikut:
.
(i) Merasa kepala huyung, pening kepala.
(ii) Mual (Nausea)
(iii) Kelihatan kelesuan yang jelas.
(iv) Badan berhenti mengeluarkan peluh.
(v) Kehilangan kebolehan daya dan kordinasi/kekalutan ataupun hilang keseimbangan badan yang jelas.
(vi) Kekeliruan dalam percakapan dan tingkahlaku
(vii) Bertindak agresif ataupun menunjukkan perangai yang tidak rasional.
(viii) Tahap kesedaran berubah.
(ix) Jatuh pengsan.
(x) Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan.
.
Jika berlaku tanda-tanda di atas; Dapatkan bantuan segera dari ahli yang mahir dalam merawat pesakit. Panggil pasukan perubatan dengan mendial 999 untuk tindakan segera.
Sementara itu, langkah berikut wajar diikuti:
.
(i) Bawa keluar mangsa daripada padang/ tempat berhimpun yang sesak dengan orang ramai.
(ii) Baringkan/rehatkan mangsa terbabit di persekitaran yang nyaman.
(iii) Meninggikan kedua-dua kaki dan pinggul untuk melancarkan tekanan darah.
(iv) Melonggarkan/menanggalkan lebihan pakaian yang ketat
(v) Membasahkan kulit dengan air/ais dan pengipaskan badan.
(vi) Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha. Ais tidak bahaya. Badan kita akan beradaptasi dengan segera apabila diletakkan ais kepada badan atau kulit.
(vii) Memberikan air minuman sekiranya sedar. Tiada masalah memberikan air sejuk atau air suam. Ianya tidak mendatangkan mudarat kepada mangsa. Malah membantu memulihkan hidraasi badan.
.
Walau bagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan wajiblah diperolehi dengan kadar segera.
.
Perlu diingatkan bahawa Strok Haba tidak sama dengan Strok (Angin Ahmar). Angin ahmar adalah melibatkan salur darah di bahagian otak mangsa samada tersumbat atau pecah. Manakala Strok Haba tidak berlaku sedemikian, mangsa pengsan akibat kepanasan yang melampau.
.
Saranan kepada masyarakat:
.
Amat disarankan kepada semua mangsa, sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan iaitu:
.
(i) Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik atau menggunakan pelindung dari panas terik matahari seperti payung atau khemah.
(ii) Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada siang hari, pada kebiasaannya di antara jam 11 pagi - 3 petang.
(iii) Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air kosong sebelum, semasa dan selepas aktiviti/kerja luar. Minima keperluan meminum air seharian adalah 2 liter atau 8 gelas.
(iv) Disarankan untuk meminum:
~ 2 cawan air minuman (500ml) 2 jam sebelum berhimpun.
~ 2-3 cawan air minuman (500-750ml) yang menyejukkan badan atau air minuman sukan (sports drink) setiap jam semasa beraktiviti luar, bagi aktiviti yang berlangsung selama 60 minit atau lebih, dan 2 jam selepas melakukan aktiviti.
(v) Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik, berwarna cerah, ringan dan tidak ketat serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari.
Sumber :
Sekian pesanan dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
20.3.2019
Kuala Berang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan