Khamis, 28 Julai 2016
Tips Untuk Isi Minyak Kenderaan
1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.
2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh
Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
4. Isi minyak petrol ikut liter
Amalkan pengisian minyak dalam lliter, bukannya ringgit.
Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM36. ini lebih baik daripada isi RM30, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 16.6666666667 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.
p/s : Jangan lupa untuk matikan enjin kereta dan elakkan penggunaan handphone semasa mengisi minyak serta jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di stesen minyak
#RadioSinar
#yuyubeautysoap
Ahad, 24 Julai 2016
Kuzi ayam ekspres
Bila tekak tiba2 buat hal, nak beli tak tahu nk cari kat mana, jadi pilihan yang ada ialah kena buat sendiri..
Nk buat kuzi ni bagi ayu tkde lah susah sangat, tapi nk buat tu ambik masa dan agak remeh.
Kaedah yang ayu buat ni bagi ayu yag paling senang dan cepat..
Ayu bukan pakar, tapi bolehlah setakat nk makan tekak sendiri...
Resepi pun ehsan encik google jugak tapi dah olah sikit ikut tekak dan bahan yang ade kt dapur...
Setiap orang ade cara masak yang tersendiri, tapi ini cara saya...
Bahan bahan
Ayam sekor boleh potong ikut suka
Bahan perap ayam:
Halia
Bawang putih
Garam
Bahan goreng:
2 biji Bawang bombay dan 2 biji bawang holand saiz sederhana. Kalau besar 1 biji pun dah ok. (setelah goreng, bahagikan kepada 2 bahagian. Sebahagian ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong ikut suka, saya belah 2 jer
Bahan tumis:
1 biji bawang holand
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak
1 tin susu cair
1 botol sos tomato
Cara cara:
1. Panaskan minyak. goreng bawang besar yang telah dihiris hingga kuning, kemudian toskan. (Goreng dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan)
2. Goreng badam hingga kuning, toskan.
3. Goreng kismis sekejap dalam 1 minit je dah cukup, atau tengok bila semua kismis dah kembung terus angkat, kemudian toskan.
4.Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
Untuk Tumisan
1. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air. Tumis hingga wangi.
3. Tambahkan air, susu cair, sos tomato dan kacau rata.
4. Masukkan bahan2 yang telah digoreng. Seperti ayam, bawang goreng yang telah ditumbuk, badam, kismis, bawang besar goreng.
5. Tambahkan gula dan garam. Masak hingga agak pekat. Kemudian dah boleh dimakan
Kat bawah ni ade sebahagian gambar yg ayu sempat snap...

Ayu suka makan kuzi ni dengan roti jala
Bawang besar yang telah di mayang, kemudian goreng dan bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian perlu ditumbuk halus, dan sebagian lagi dimasukkan ke dalam masakan ketika masakan hampir siap
Halia dan bawang putih ditumbuk halus dan digaul dengan ayam yang telah dibersihkan. Perapkan sekejap sebelum digoreng separuh masak
Badam dan kismis perlu digoreng dan ditoskan. Kismis hanya goreng sebentar sahaja ye. Lama2 nanti hangus pulak
Tumis bawang, halia dan bawang putih yg ditumbuk hingga naik bau. Kemudian tambah rempah dalam tumisan bawang. Seterusnya bolehlah letak susu cair secukup rasa. Kalau nk guna 1 tin pun boleh. Tapi ayu guna 3/4 je
Lepastu tambah sos tomato, ayu pun guna 3/4 juga utk sos ni. Nak habiskan sebotol pun boleh, korang kena agak jugalah. Lepastu boleh masukkan kismis dan badam yang digoreng tadi. Masukkan jugak bawang goreng yang baki tu tadi. Lepas tu kacau rata dan masak sampai pekat.
Tambah gula garam secukup rasa. Kalau nak kuah lebih tambah air sikit.
Dah siap bolehlah makan dengan roti jala..
Roti jala ni pun nk buat senang je.
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 biji telur ayam
2 sudu minyak masak.
Garam gula secukup rasa.
Masukkan semua bahan2 ni dalam blender kemudian blender sampai sebati. Lepas tapiskan tepungndan dah boleh mula menjala..
Selamat menjamu selera...
Kalau korang dah cuba nanti sharelah gambar kt komen ye..
Kalau ada silap dan salah, ajarlah ye..
Langgan:
Catatan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...