Sabtu, 8 November 2014
Wanita Maut Di Rempuh Keretapi
Kuala Lumpur: Seorang wanita ditemui mati berhampiran Stesen Batu 3, pagi tadi, dipercayai dirempuh keretapi dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi, mangsa tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan terbaring dan kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa dipercayai memasuki kawasan itu melalui lubang pagar yang sudah dipotong.
Menurutnya, siasatan mendapati keretapi itu sudah membunyikan hon beberapa kali sebelum kejadian itu.
"Mangsa dipercayai melompat ke landasan sebelum dirempuh," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
"Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.
Sumber dari Metro Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan