Sabtu, 22 November 2014

Ameng Artis Pertama Ditawarkan Rakam Album Dalam Penjara

Lagu insaf dari jel

Kluang: "Saya ingat karier sebagai penyanyi sudah berakhir, tetapi tidak sangka pula rupa-rupanya saya menjadi artis pertama yang ditawarkan merakamkan album di dalam penjara ketika sedang menjalani hukuman," kata vokalis kumpulan Spring, Ameng yang berpeluang merakamkan albumnya seratus peratus di dalam Penjara Kluang di sini.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 46, ketika dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun lalu, dia berasa masa depannya sebagai anak seni mungkin terkubur di situ ataupun hanya dapat diteruskan selepas tamat menjalani hukuman pada 14 Julai 2016.

"Lebih setahun juga saya bermuram kerana tidak dapat menerima ujian yang menimpa diri, tetapi lama kelamaan barulah saya dapat 'memujuk' hati selepas aktif dalam pelbagai program pemulihan di penjara yang banyak menekankan aspek kerohanian.

"Saya menyertai semua program banduan termasuk pertandingan mencipta puisi, lagu dan nasyid dan pernah beberapa kali memenangi pertandingan itu. Bermula dari situlah saya terfikir untuk mencipta lagu dan tidak menyangka hasrat itu disambut baik pihak Jabatan Penjara dan rakan artis," katanya ketika ditemubual wartawan Harian Metro di Penjara Kluang, di sini.

Menurutnya, berbekalkan gitar yang penggunaannya hanya dibenarkan dua jam seminggu, dia mula mencari melodi sesuai di sebalik persekitaran tirai besi itu.

Note: Dia penyanyi yang berbakat besar, tapi sayang dia telah membuat hidupnya jadi sia sia kerana bahan terlarang itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...