Isnin, 24 November 2014

Tergelincir ketika Berwuduk

Tergelincir ke sungai ketika berwuduk
Pasir Puteh: “Kami baru bertunang bulan lalu dan sepatutnya disatukan pada Mei depan, tetapi arwah pergi dulu menghadap Allah SWT.

“Hanya Tuhan tahu betapa sedihnya hati saya,” kata Tuan Nur Syamimi Tuan Zulkapli, 22.

Dia tunang kepada Muhammad Azli Khanafiah, 28, yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian di Jeram Kopeh dekat Hutan Lipur Jeram Pasu, Padang Pak Amat, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Muhammad Azli dari Kampung Wakaf, di sini, ke kawasan itu bersama enam rakan sekampung untuk memancing sebelum tergelincir ketika hendak mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar.

Anak sulung daripada lapan beradik itu cuba dibantu empat rakannya naik ke tebing, namun hanyut dibawa arus deras dan ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Bharu dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh tersepit di celah batu besar.

Menurut Tuan Nur Syamimi, dia dimaklumkan kejadian itu oleh adik tunangnya pada jam 6.30 petang dan bergegas ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini untuk pengesahan lanjut


UNIT PPDA dan anggota bomba membawa mayat mangsa ke tebing sungai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...