Bukit Mertajam: " Ini kurang ajar," kata pengusaha restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, yang menemui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala lelaki yang ditinggalkan di hadapan kedainya di Lorong Impian Ria 5, Taman Impian Ria di sini, petang tadi.
Man berkata, sebelum kejadian jam 4.30 petang itu, beliau sedang menyapu sampah sebelum terlihat bungkusan mencurigakan itu yang pada mulanya disangkakan mengandungi bom.
Beliau berkata, dalam keadaan cemas itu, dia meminta rakannya membuka plastik berkenaan dengan perlahan-lahan bagi melihat isi kandungannya.
"Kepala itu dibungkus menggunakan tiga lapis plastik hitam dan selepas membukanya kami mula merasa berdebar kerana melihat rambut yang disangka bulu bangkai haiwan.
"Namun, selepas semuanya dibuka saya tergamam kerana melihat kepala manusia tanpa kedua-dua belah telinga berlumuran darah dalam bungkusan itu," katanya.
Angota polis memeriksa bungkusan
Suspek yang disyaki membuang
Kepala depan kedai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan