Wiski dan vodka halal akan mula dijual di Eropah
Minuman vodka dan whiskey halal yang dijual syarikat ArKay Beverages
Selepas melancarkan barisan produk minuman keras halal tanpa alkohol, syarikat ArKay Beverages kini mengembangkan lagi perniagaannya dengan mencipta minuman vodka dan wiski halal.
Dua produk tersebut dijangka bakal menembusi pasaran Eropah tahun hadapan.
Produk-produk Arkay sebelum ini berjaya menarik minat penggemar yang rata-ratanya adalah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang merupakan golongan yang tidak boleh mengambil minuman beralkohol.
Menurut presiden Arkay, Sylvie Grattagliano, wiski dan vodka halal akan mula dijual pada tahun 2015 di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis.
Selain vodka dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis brandi, gin, amaretto dan blue curacao.
Jenama ArKay buat masa ini boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Mexico serta mula mendapat tempat di sekitar Eropah.
Kebanyakan penggemar jenama Arkay berkata, mereka membeli produk ini kerana rasanya yang menarik dan tidak membahayakan kesihatan seperti pengambilan minuman keras.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan