Sabtu, 8 November 2014

Profesor UMK Plagiat Tesis Orang Lain




Tidak kira apa statusnya, sama ada Profesor, Profesor Madya mahupun Doktor (Dr), jika diperolehi secara menipu, ia tetap bersalah dan tindakan tegas harus diambil.
Ini kerana, jika dibiarkan, ilmu yang diperturunkan oleh profesor berkenaan boleh merosakkan minda pelajar, selain dikhuatiri akan menjadi ikutan dan diamalkan oleh pensyarah mahupun penuntut lain.
Namun, aktiviti menipu untuk mendapatkan status itu bukan perkara luar biasa dalam zaman serba moden dan canggih ini.
Kegiatan itu seolah-olah sudah menjadi ‘trend’ atau kecenderungan bagi seseorang individu yang mahu mendapatkan gelaran dengan cara mudah, walaupun terpaksa menggunakan jalan salah.
Begitulah yang berlaku ke atas seorang pensyarah berstatus profesor di Universiti Malaysia Kelantan (UKM) dalam mengejar cita-citanya untuk mendapatkan gelaran Doktor Kehormat (PhD).
Bagaimanapun, tindakan licik profesor itu untuk mendapatkan status Doktor Kehormat tidak kesampaian apabila tesis kedoktoran yang dihasilkannya dikatakan menimbulkan banyak keraguan.
Perkara ini didedahkan oleh seorang pensyarah UMK, berikutan kandungan tesis PhD profesor itu mempunyai persamaan dari segi struktur ayat, bahasa dan isi dengan sebuah buku tulisan orang lain.
Bagi menghalang profesor berkenaan mendapat gelaran Doktor Kehormat, pensyarah terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Bachok pada 1 November lalu.
Tujuannya adalah untuk membersihkan UMK daripada mempunyai pensyarah berstatus profesor, profesor madya atau doktor, tetapi gelaran itu diperolehi secara menipu.
“Ini akan memberi kesan buruk kepada universiti berkenaan dan juga boleh merosakkan minda penuntut yang datang ke sini (UMK) untuk belajar dan mendapatkan ilmu,” katanya melalui satu sumber di Kota Bharu, semalam.
Malaysia Gazette difahamkan UMK mempunyai seramai 32 pensyarah berstatus Profesor dan Profesor Doktor Kehormat (Prof Dr) yang diserapkan sebagai tenaga pengajar di universiti itu.
Antara bidang pengajian disediakan di UMK ialah Undang-undang Dalam Kriminologi dan Keadilan Penjenayah; Pemasaran; Industri Kreatif; Fisiologi Tumbuhan; Pengurusan Sumber Manusia dan Hubungan Industri; Sastera; Pengurusan Sumber Manusia; Kimia Industri; Remote Sensing, GIS dan Spatial Computing; Patology/Sains Perubatan Veterinar; Veterinar Patologi;
Selain itu, bidang Perubatan Veterinar; Ekonomi Pertanian (Pengurusan Ladang); Kewangan Ekonomi; Sains Pendidikan/Veterinar/Perubatan Veterinar; Matematik/Statistik; Kejuruteraan Elektrik; Pengurusan Sains; Pengurusan Perniagaan; Perubatan dan Pembedahan/Anatomy dan Pengurusan juga disediakan.
Menurut sumber itu lagi, tesis PhD yang dihasilkan profesor berkenaan juga tidak lengkap kerana penulis gagal mengemukakan sumber yang sahih sebagai rujukan kepada tulisannya itu.
Katanya, beliau tidak menduga profesor berkenaan sanggup menipu hanya semata-mata untuk mendapatkan gelaran Doktor Kehormat, sedangkan beliau adalah seorang yang aktif dalam menganalisis politik dan mendapat tempat televisyen berbayar Astro Awani dan RTM.
Malah, kata sumber itu, profesor berkenaan juga sering diberi kepercayaan sebagai modetaror dalam program Majlis Profesor Negara.
Sementara itu, UMK dikatakan telah menutup laman web rasmi universiti berkenaan serta merta selepas tindakan profesor berkenaan terbongkar.
Penutupan laman web itu bagi menyekat media mendapatkan laporan terperinci mengenai tenaga pengajar UMK.

Sumber dari Malaysia Gazette 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...