Ahad, 23 September 2018
Nyaris Di Pukau Ketika Sedang Solat Di Surau KTM Ipoh..
Jarang2 sekali berpeluang berkongsi cerita kat blog ni... Bukan sebab sibuk sangat, tapi ada masanya tkde idea nk tulis... Tapi masa scroll fb hari ni Ada sahabat fb share pengalaman dia nyaris dipukau ketika solat di surau.. Bahaya kan, masa solat pun orang masih nk buat perkara yang jahat... Nasib baik masa solat, mungkin Allah pelihara sahabat ni... Bila die rasa lain macam die berhenti dan Alhamdulillah diberi kekuatan untuk lari keluar...
Lepas baca terasa nak kongsi kt blog pulak... Semua orang berisiko untuk berada dalam situasi macam ni... Oleh tu kita perlu sentiasa berjaga2 dengan orang yg kita tak kenal. . Sebab tu kadang2 bila ayu solat dekat masjid atau surau, ayu takut nk jawab bila ada orang tegur n tanya sesuatu. sebab takut jadi kes pukau...
Kadang2 kita kena berwaspada juga kan.. Sebab kita tk kenal dan tk tahu kalau orang yang tegur kita tu ada niat buruk pada kita... Tapi kadang2 jawab juga teguran tu tapi dalam hati tak berhenti istigfar.. Ye lah kan, kadang bila makcik2 tegur, tk sampai hati pulak nk abaikan jer.. Jawab jugak, tapi tk berani nk borak lama2...
Tapi apa pun kita kena sentiasa berdoa agar kita sentiasa dilindungi dari orang yg berniat jahat pada kita... Kat bawah ni ayu sertakan cerita yang dikongsi oleh sahabat fb ayu... Harap lepas ni kita lebih berhati2 dan elakkan pergi solat sorang2 kalau boleh...
Di PUKAU DLM SURAU KTM IPOH
Gigil xabis lg 😭 tp sy nak share takut org lain kena ..
Dlm 4.50 pm
Muatan surau 3org
Masa Sy masuk surau tu kosong
Rakaat pertama ok
Rakaat kedua ok
Masuk rakaat ketiga ada org tolak pintu
Dia masuk .
Lalu blakang sy .
( bukak pin tudung dia ,
smbil tgok cermin mungkin )
Lepastu dtg dekat ,
Dia bisik kt telinga kanan sy
“ jajshdywiwsjhddhjdjsnddbhddjjxjjdjdkd “
5 saat
Sebelah badan sy panas , tgn kanan sy panas, haba dr suara dia pun panas.
( mmg betul suara org ) 😭😭😭😭😭😭
Sy nak sujud , nak bangun tu tgn menggeletar gigil sy jerit “allahuakbar “
Dah x kuat nak bangun .
Sy dah x boleh nak teruskan solat
Sy tarik sejadah .
Sy tarik handbag sy
Kuatkan dri nak bangun jugak
Sambil jerit mengadap dia
( tp x pndang mata dia pun )
“Allahuakbar
“Allahuakbar
“Allahuakbar xhenti2, kuat2 ,
smbil gigil lipat sejadah tu
Tanggalkan kain , sangkut..
nak tanggalkan telekung tp teringat pakai rantai emas .
Sy keluar terus dr surau tu dgn telekung tu skali pergi ke arah staff / kawan2 lain
( sy ni staff ktm )
Dia duduk kat lantai surau tu smbil tengok sy keluar .
Sy x pandang pun. Nasib baik dia x halang sy keluar .
ALHAMDULILLAH ALLAH SELAMATKAN SY HARI NI . 😭😭😭😭😭😭😭
Skrg cuma gigil x abis dn tgn sy terasa baki ber”bisa”
Pukau dia mungkin “separuh jln”
Dan ALLAH lebih berkuasa 😭😭😭
Sy kuatkan diri bergantung pada yg atas
Alhamdulillah.
Special Thanks to
Fer Safri
Harimau Kumbang
N akramin yg tlg secure akk
N all polis bantuan ipoh
🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻😭 tengkiu so much
Tq Yuslina Yusuf temankan rita td
May allah bless u guys
Pesanan pada penumpang keretapi diseluruh malaysia. Tlg la berteman dan elakkan solat sorg2 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Sy dinasihatkan utk tidak mengambil gambar si pukau tu .
Dan pada awk si pukau
Hari2 sy akan doakan awk 😭
Moga masih ada kesempatan jln utk awk menemui pencipta dgn keadaan yg bertaubat . Amin 😭🙏🏻
-tamat-
mohon share utk sama2 mengigatkan yg lain 🙏🏻
Share lah kalau korang rasa bermanfaat untuk korang dan orang lain....
Jumaat, 21 September 2018
HATI-HATI PILIH KEDAI MAKAN DI PANTAI CAHAYA BULAN
Ini bukan kali pertama, tapi sudah berkali-kali kedai makan sekitar Pantai Cahaya Bulan Tular di media sosial ekoran dari harga makan yang dikenakan oleh peniaga yg tidak masuk akal dan boleh dikatakan terlalu mahal.. Ramai pengunjung telah terkena apabila makan di deretan kedai makan di Pantai Cahaya Bulan ini..
Bukan hanya pelancong malah ada juga dikalangan warga tempatan yang telah terkena bila makan di sini.. Menu biasa2 tapi harga luar biasa. . Kalau luar biasa murah kira ok lah kan... Bila bab luar biasa mahal ni, boleh pengsan rasanya waktu nk bayar...
Selain dari harga yg mahal, sesetengah kedai makan disini tidak menjaga kebersihan dan kualiti makanan dan minuman... Setakat ni walaupun ayu selalu ambik angin di pantai cahaya bulan tu, ayu jarang makan kat situ... Sebab memang dh tahu kat situ harga makanan agak mahal.. Tapi ada juga kedai yg ok... N kalau silap masuk kedai makanan n minuman agak mengecewakan. .
Pernah 1 kali tu, ayu dahaga sangat, then masuk dalm kedai order air fresh oren n laici.. Bila minum, fresh oren tu macam oren dah busuk, laici pulak rasa air karat tin... Sudahnya bayar n terus balik, malm tu terus kena cirit birit.. Lepas tu memang serik dah nak masuk kedai sebarangan kt pantai cahaya bulan tu..
Baru2 ni tular pula posting di media sosial pengunjung dari kedah yang telah dikenakan harga makanan sehingga Rm 400..
Berikut adalah paparan berita dari portal berita sinar harian..
KOTA BHARU – Sebuah keluarga dari Jitra, Kedah terkejut apabila dikenakan harga “cekik darah” iaitu RM50 bagi semangkuk 'maggi ketam' yang dimakan di sebuah gerai di persisiran Pantai Cahaya Bulan, Jumaat lalu.
Mereka seramai 29 termasuk kanak-kanak datang ke Kelantan sempena majlis pertunangan salah seorang ahli keluarga dengan seorang gadis di Pengkalan Chepa.
Seorang daripada mereka, Siti Roshilah Rosli, 31, berkata, pada malam hari berkenaan, mereka pergi ke pantai tersebut untuk beriadah sebelum berhenti makan di salah sebuah gerai yang ada di tepi pantai itu.
Katanya, mereka kemudian memesan makanan masing-masing termasuk dua mangkuk maggi ketam; beberapa nasi putih dan tomyam selain memesan minum minuman kebanyakannya teh o ais; kopi o dan segelas air lobak merah.
Tiba masa untuk menjelaskan bil, mereka dikenakan bayaran RM413 bagi kesemua makanan itu menyebabkan pelanggan tergamam sebelum bertanyakan harga mi segera yang dimasak bersama ketam berkenaan.
“Air minuman dikenakan bayaran RM101; celup tepung RM109 dan masakan panas RM203 termasuk dua maggi mengandungi seekor ketam nipah dalam setiap mangkuk hidangan itu.
“Apabila kami tanya, harga masakan panas sampai RM203, peniaga itu memberitahu harga bagi semangkuk maggi ketam tersebut RM50 sedangkan tertera papan tanda harga di kedai itu menunjukkan harga maggi RM15,” katanya.
Menurutnya, biarpun berasa teraniaya dengan situasi itu, mereka tetap menjelaskan bayaran sebelum bertindak memuat naik status di laman sosial dan turut berkongsi luahan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu di Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Aduan saya mendapat maklum balas positif daripada pihak berkenaan dan mendapat tahu mereka sudah menyerbu kedai makan tersebut. Status itu mendapat banyak perkongsian oleh pengguna Facebook dan banyak komen mengatakan mereka juga pernah terkena harga cekik darah di kedai yang sama.
Status yang dimuat naik Siti Roshila turut dipanjangkan kepada KPDNHEP dan mendapat maklum balas positif dari pihak berkuasa berkenaan.
“Saya harap tindakan tegas diambil pihak berkuasa supaya memberi pengajaran kepada peniaga sebegini agar tidak mengambil kesempatan dan sewenang-wenangnya mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Firdus Zakaria berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di gerai berkenaan dan mendapati peniaga itu dipercayai cuba mengelirukan dengan mempamerkan tanda harga yang berlainan berbanding harga yang dikenakan kepada pelanggan.
“Peniaga memberi alasan bahawa harga ketam mengikut pasaran semasa dan memberitahu tidak sempat untuk menukar paparan harga. Peniaga ini dipercayai mengambil kesempatan kerana ketika itu musim cuti dan terdapat elemen berniat “sembelih” pelanggan.
“Sehubungan itu, pihak kami tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas dengan memanjangkan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Selasa, 18 September 2018
KEKABU KUCING UNIK, TEMBIKAI SUSU JADI MAKANAN KEGEMARAN
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang jinak dan comel. Ramai diantara kita yang memlihara kucing sebagai haiwan peliharaan untuk dijadikan peneman di rumah. Telatah mereka yang comel sentiasa menghiburkan hati..
Terdapat pelbagai spesis kucing di dunia ni. Ada yg berbulu lebat dan panjang, berbulu pendek, dan tiada bulu... Dari yang berharga ribuan ringgit hingga yang murah.. Ada juga kucing yg boleh dapat secara percuma... Macam kucing peliharaan ayu, semuanya percuma tau, sebab ayu kutip jer kt pasar, kedai makan, pantai n kat kampung. .
Kucing kampung ni memanglah tk secomel kucing import tu, tapi tetap menghiburkan. . Buat masa sekarang ayu ada lebih kurang 9 ekor kucing peliharaan.. Ada yg bulu tebal dan panjang dan ade jugak yg berbulu biasa2...
Perangai kucing ni pulak ada macam2 jenis. Ada yg manja sangat dan ada yg suka buat hal sendiri jer... Ada yg suka dibelai, dan ada juga tk suka didekati. . Tapi biasanya kalau kucing peliharaan ni lebih cenderung kepada suka dibelai... Bab makan pun ada yg memilih makanan, dan ada yang makan apa saja...
Kalau cerita bab makan ni ada sekor kucing ayu ni, die punya pilihan makanan tu pelik sikit... Yelah mana tk pelik kan kalau kucing suka makan buah n sayur... Nama kucing ayu ni Kekabu... Bukan tudung kekeboo tu atau kekabu yng orng buat bantal tu tau.. Nama je lebih kurang sama. .
Tapi bukan semua jenis buah yang die makan tau.. Biasa nya die teruja sangat dengan buah tembikai susu... Mula tu tk perasan sangat, tapi setiap kali ayu potong buah tembikai susu untuk Sugar glider, die memang bising macam nak minta buah tu, tapi tk pernah bagi.. Cuma perasan kulit tembikai susu yng ayu tinggal atas sinki selalu hilang.. Ingatkan ada yg tolong buangkan, rupanya anak bulus yg makan...
Lepas pada tu, setiap kali potong buah untuk sg, bagi jugaklah buah untuk kekabu.. Tapi buah lain die tk teruja sangat. Kalau buka peti pun die mesti sibuk nk cari buah dalam tu. Kekabu ni agak memilih jugak bab buah yang die nk makan.. Kalau bagi betik tak layan pulak.. Selain tembikai susu kekabu suka jugak mkan timun yg kita buat ulam tu.. Kalau sebatang timun tu, die boleh habiskan hampir separuh untuk sekali makan..
Selain tu kekabu juga suka makan sayur kobis... Tak tahulah kenapa, tapi nampak cam sedap je die makan mentah sayur tu. . Macam makan salad je... Mungkin sebab kobis tu rasa die rangup2 kot... Yg ni pun mula tk pernah bagi jugak, tapi die panjat n golek kobis tu sampai jatuh n makan kobis tu... So lepas tu ayu cuba bagi sikit.. Eh betul lah kekabu memang makan kobis tu...
Kekabu ni antara anak bulus paling manja jugak berbanding mak die n adik beradik die yg lain. . Kadang tu tido pun demand, nk kena padang air cond dan nk tido dalam blik. Kucing lain tkde yg sibuk nk masuk dalam bilik, tapi kekabu ni, bila kit duk dalam blik, biasanya die akan menjerit depan pintu bilik n suruh kita buka pintu..
Kalau nk ikutkan anak bulus ni ada macam2 perangai dan ragam... Walaupun kadang2 tu terasa nk marah, tapi tk pernah terasa nk sakiti diorang.. Sebab kucing ni pandai ambik hati dan selalu buat muka comel.. 😂😂

Khamis, 13 September 2018
Pray 4 Kucing Dobi
Luluh rasa hati bila tular di media sosial gambar ibu kucing yang terbaring kaku dalam mesin pengering. Ibu kucing ini dianiaya oleh 2 orang pemuda yang tidak berhati perut..
Apa yg mereka buat terhadap ibu kucing yang sedang bunting itu adalah amat kejam dan tk boleh di terima dek akal..
Menurut laporan, kejadian tersebut telah belaku di Malaysia, di negara kita sendiri... Macam tk percaya kan ada orang sekejam tu...
Berikut adalah caption dan video dari Persatuan Haiwan Malaysia...
Animal Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan dua pemuda yang menzalimi dan membunuh seekor kucing betina yang sarat bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi di sebuah Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor.
Pelaku dipercayai pelanggan tetap yang kerap ke kedai dobi ini dan tinggal berhampiran kedai dobi. Manakala ibu kucing tersebut adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi tersebut.
Namun amat menyedihkan apabila ibu Kucing malang berserta anak dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah.
Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi hari Selasa 11 September 2018. Perilaku kejam ini tidak dapat diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia bukanlah menzahirkan budaya Malaysia yang penuh harmonis dan lemah lembut.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak Selangor untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Diharapkan pelaku dijatuhi hukuman setimpal kelakuan zalim di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Bukti rakaman CCTV dan beberapa keping gambar yang jelas menunjukkan wajah pelaku telah dirakamkan dan diharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan sehingga terhukumnya pelaku.
Apa kesalahan dan dosa kucing tersebut hingga diperlakukan sebegitu rupa.. Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan nitizen terutamanya pencinta kucing.
Turut tersebar, coretan kata2 menyayat hati buat si ibu kucing yg telah menjadi korban dari perbuatan zalim 2 pemuda tersebut.
Tragedi September di Dobi,
Aku menumpang teduh didalam kedai dobi,
Aku hanya ingin selesakan diriku yang sedang sarat mengandung dari kesejukan diluar kedai,
Aku tidak kacau sesiapa didalam kedai,
Aku hanya peneman buat mereka yang selesa denganku disitu..
Namun,
Entah mengapa aku disapa dua orang lelaki yang telah selesai membasuh baju,
Telatah mereka gembira mungkin selesa dengan kehadiranku,
Aku baru ingin tidur disitu,
Salah seorang mengangkat aku dan membawaku ke satu tempat,
Mereka ketawa riang,
Aku menurut sahaja,
Tanpa aku sedari,
Aku dimasukkan kedalam mesin pengering baju,
Pintu ditutup,
Mereka ketawa-ketawa riang,
Aku terpinga-pinga,
Aku nak keluar dari sini,
Tolong aku,
Aku tak tahan kepanasan di dalam ini,
Tolonglah keluarkan aku,
Jika tidak kasihankan aku,
Kasihankanlah anak-anakku yang bakal lahir,
Aku terus menguis untuk keluar,
Mesin berpusing laju tanpa belas,
Adakah mereka diluar tidak dengar jeritanku?
Aku sempat melihat mereka berpatah balik namun tidak mengendahkanku,
Kenapa aku diperlakukan sebegini?
Aku tidak kacau sesiapa,
Aku nak berteduh sahaja,
Jika keinginan aku berteduh menganggu kalian, aku minta maaf,
Aku terus kepanasan didalam....anak-anakku sayang...aku memohon maaf kerana tidak sempat menunjukkan pada kalian apa itu dunia,
Maafkan Mama sayang....
Moga pesalah mendapat hukuman yg setimpal..
Isnin, 3 September 2018
Cara Simpan Petai Supaya Tahan Lama dan Kekal Segar
Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik dan kesemsempatan untuk menulis lagi di sini..
Kalau perasan, kita sekarang masih lagi dalam musim buah kan... Tapi tkdelah meriah macam bulan lepas..
Selain buah buahan tempatan, ulaman yg menjadi kegilaan kebanyakan orang pun dah banyak di jual.. Harga pun dah murah dan tk semahal di awal musim dulu..
Kalau masa mula2 musim petai dulu, seikat Rm 10 cuma dapat 7 papan jer.. Itu pun terasa murah dah... Sebab sebelum tu ayu beli dgn harga rm 5 untuk 3 papan..
Kebetulan dalam 2 minggu lepas sempat berjalan ke jerteh demi mencari sepinggan mee kuah dan menikmati satay lanang yg marveles dekat jabi, nampak kedai jual petai dan buah2 lain...
Kedai tu dah terlepas sebenarnya, tapi disebabkan masa tu tengah dalam musim craving nk makan petai buat ulam, kitorang patah balik cari kedai tu walaupun dah jauh terlepas.
Terdetik juga dalam hati, kalau dapat murah nk juga beli banyak... Borong boleh buat jeruk petai... Lagi pun jeruk petai ni boleh simpan lama...
Memang betul, murah petai kt sini.. Ayu pun ape lagi, terus jadi tamak waktu tu.. 1 jambak ni dapat harga rm 30.. Org jual tu kate ade 100 papan.. Kiranya 1 papan jatuh harga rm 0.30 je lah kan..
Meriah tak petai ni.. Mata die kasar2 tau... Makan sebijik pun dah puas hati.. Memang berbaloi sangat2 rasanya beli petai ni...
Petai ni ada sesetengah orang tak suke makan sebab nanti mulut berbau n tambah pulak bilik air pun akan bau busuk...
Tapi bagi org yg suke, masalah bau tu tolak tepi jerlah kan. . Termasuklah ayu sekali. . Hahahaha. . Tapi bagi ayu, kalau mibum air banyak dan kena cara masak, bau buka lagi masalah..
Bila dah beli petai banyak2 macam ni, kena simpan dengan cara yg betul baru boleh tahan lama.. Tk kan nk makan sekali hadap pulak kan...
Jadinya kenalah simpan sebahagian dari petai tu. . Ada 2 pilihan, iaitu buat petai jeruk atau simpan agar kekal segar...
Cara buat Petai Jeruk..
Mula-mula kena bersihkan potong bagi pendek sikit petai tu sekali dengan kulit supaya senang nk rebus dalam periuk... Kalau korang rebus dalam kuali, boleh je rebus panjang gitu sekali gus..
Rebus tu sekejap jer, agak2 bagi petai tu layu sikit jer.. Dalam 10 ke 15 minit camtu. Lepas tu tunggu sejuk dan boleh kupas kulit petai tu...
Kemudian sediakan air larutan garam... Bab ni korang kena agak2 agak je lah untuk sukatan garam tu.
Macam ayu, ayu ambik segengam garam n campur air separuh balang... Lepas tu masukkan petai yg dah dikupas sampai penuh.. Kemudian tutup balang tu dan tunggu 2 ke 3 hari dah boleh makan... Kalau tk cukup masin boleh tambah garam dalam air tu.
Cara Simpan Petai agar Tetap Segar
Petai ni tk boleh disimpan besama kulit, sebab kalau kita simpan dengan kulit die akan jadi kecut. . Jadi kali ni ayu nk share lagi 1 cara simpan petai mentah. .
Yg ni tk perlu rebus... Tapi kena koyak kulit die dulu sebelum simpan dalam peti. Lepas pisahkan petai dengan kulit tu boleh letak dalam bekas yg berisi air..
Untuk cara simpan dalam peti ni pun ada 2 cara...
Untuk simpan beku boleh pisahkan kulit selaput dalam tu dulu... Bila rendam dalam air ni lebih mudah nk pisahkan petai denganselaput die tu.
Kalau untuk simpan beku elok buang selaput tu kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti beku tu.
Kalau nk simpan dekat ruang sejuk tu pulak, terpulang pada koranglah sama ada nk buang atau tak selaput tu... Tapi kalau nk letak tempat sejuk je, kenalah rendam petai tu bersama air.
Petai ni bila rendam dengan air die akan jadi kembang sikit n saiz die akan jadi lebih besar dari asal... Nanti selaput die tu akan terkoyak sikit dan bertukar warna gelap n agak lebam sikitlah.
Masa nk makan boleh buangkan selaput tu nanti. InsyaAllah walaupun rendam dlam air, rasa petai tu tk berubah pun..
Yg ayu buat, lepas dekat sebulan rendam dalam air pun masih rangup lagi petai nya. Air rendaman tu kena tukar jugak tau.. Kalau dalam minggu pertma tu air die akan jadi berlendir sikit.
Mungkin sbb selaput tu yg buat air jadi agak berlendir.. Masa ni kena kerap sikitlah tukar air... Minggu seterusnya dah ok dah air tkde berlendir lagi dah... Tapi sebelum makan tu eloklah basuh dulu... Kemudian boleh hidang...
Ni jelah antara gambar yg sempat snap.. Harap perkongsian ni bagi manfaat untuk korang..
Lepas ni dah habis musim petai pun boleh makan petai lagi, sbb stok petai dah tersedia dalam peti...
Selasa, 29 Mei 2018
De Xandra Raya Edition
Kalau sebut pasal Raya semua orang suke kan? Bukan budak2 je suke bila cerita pasal raya ni, orang dewasa pun hati berbunga². Selain boleh berkumpul dengan saudara mara, boleh juga berkumpul dengan sahabat handai yg dah lama tk jumpa. Maklumlah bila dah dewasa ni, masing² dah merantau ke tempat lain demi untuk mencari rezeki..
Bila dah lama tk balik kampung mesti kita terasa nk bawak balik sesuatu yg istimewa untuk mak ayah mahupun adik beradik atau sahabat yang bakal menyambut hari bahagia menjelang hari raya nanti. Ye lah, biasanya kalau musim raya ni ramai jugak yang ambil kesempatan untuk mendirikan mahligai bahagia. Nak pulak raya tahun ni serentak dengan cuti sekolah..
Istimewanya Raya tahun ni, De' Xandra ada buat promosi #RareBarulahRaya.. Apa yang bestnya tentang 'Rare Barulah Raya' ni?
De' Xandra Rare Barulah Raya ni Datang dengan beberapa pilihan wangian..
Untuk Set Adam Dan Hawa

Istimewanya untuk edisi Raya ni korang boleh jugak beli couple set.
Boleh buat hadiah untuk hari bahagia sahabat yg bakal mendiri rumah tangga dibulan syawal nanti tau.. Pastinya hadiah ini jadi hadiah yg bermakna buat mereka.
Selain untuk bakal pengantin baru, boleh juga hadiahkan pada ibu bapa untuk kejutan hari raya nanti..
Meyh tengok box DeXandra yang Exclusive n comel ni..
Cantik kan.. Siap dengan box exclusive lagi tau, memang tak kan dapat kt luar dah.. Dah lah haruman setaraf dengan minyak wangi original yang harga ratus2 tu..
Harga pun mampu milik je u ollz..
Kalau ade yg berkenan cepat2 whatsapp ayu.. Last pos out sebelum 10 haribulan tau..
WhatsApp 016 9442459
Ahad, 27 Mei 2018
Food Hunter : Lokasi Lepak Sambil Makan Colek Lepas Terawih - Mama Za Cafe
Alhamdulillah hari ni dah 11 hari kita menunaikan ibadah puasa. Biasanya kalau kt kelantan ni, bila masuk je bulan puasa akan ada banyak kedai colek yng dibuka pada waktu malam untuk lokasi lepak santai sambil menjamu selera lepas balik tarawih..
Dalam entry kali ni ayu nk share salah satu tempat makan colek kt sini yang ayu dah try untuk tahun ni..
Lokasinya terletak di sempadan Kota Bharu dan Bachok, Landmark die lebih mudah Tepi "Sekolah Kebangsaan Pauh Lima". Kalau nk cari boleh google je nama sekolah ni.. Nama kedai die pulak..
Mama Za Cafe
Kedai ni biasanya mula beroperasi bermula jam 8 malam hingga ke 1 pagi. Tapi kalau abis awal, lagi cepatlah die tutup.. Kedai ini diusahakan oleh pasangan suami isteri dan dibantu oleh beberapa orang pekerja bagi melancarkan urusan.
Biasanya pelanggan akan mula memenuhi kedai setelah selesai solat tarawih. Kebiasaannya bersama keluarga dan sahabat. Tak kurang juga dengan pelanggan yang beli dan bawa pulang untuk menikmati colek bersama keluarga dirumah..
Biasanya aktiviti makan colek ini juga sesuai untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dn juga rakan. Ketika ini lah kebanyakan dari mereka mengambil peluang untuk berbual dan bersantai bersama².
Antara menu yang terdapat disini adalah..
1. Colek Campur
2. Colek Ayam
3. Colek Perut
4. Colek paru
5. Colek Buah
6. Colek Kerang
7. Ikan Celup Tepung
8. Udang Celup Tepung
9. Keropok Lekor
10. Makanan ringan lain..
Ini antara menu yg terdapat di kedai ini yang memang memukau selera. Cerita panjang2 pun tak tahu korang nk baca sampai habis ke tak.. Jom layan Gambar yang ayu sempat snap.
Amacam, terliur ke tengok colek di Mama Za Cafe ni?? Kalau berkesempatan, bolehlah berkunjung ke sini dan cuba makan colek kt sini pulak. Nak cari kedai ni google nama Sekolah Kebangsaan Pauh Lima. Kedai die betul2 tepi sekolah..
Kedai colek memang banyak bila bulan puasa ni, tapi nk cari yang betul² kena dengan selera tu agak susahlah.. Tapi setiap orang ada selera yang tersendiri..
Ni dah tahun ke 4 ayu berpeluang berpuasa di Negeri Kelantan ni, Alhamdulillah memang tak pernah miss menikmati colek pada waktu malam.. tapi bukanlah makan hari² tau..
Next entry, InsyaAllah share kedai colek sekitar Kota Bharu pulak ye..

Jumaat, 25 Mei 2018
Salam Ramadhan Al Mubarak
Assalamualaikum.. Alhamdulillah kita dah sampai 9 Ramadhan hari ni. Rasa macam cepat sangat masa berlalu kan.. Macam kita baru je mula berpuasa, tapi sedar² je kita sebenarnya dah 9 hari menunaikan ibadah puasa.
Moga Allah menerima semua ibadah kita dan memakbulkan semua doa kita. Ustaz cakap bulan puasa ni semua pintu langit terbuka seluasnya, jadi InsyaAllah doa kita akan dimakbulkan. Tapi bukan semua Allah makbulkan. Mana yang Allah rasa kita layak dapat, kita akan dapat.
Jadi masa bulan puasa ni jangan kita lalai dalam beribadah kerana pada masa ini peluang lebih tinggi untuk doa dimakbulkan. Dan bulan puasa ini juga dikenali sebagai bulan ibadah. Jadi kita kena tingkatkan ibadah kita agar ianya jadi luar biasa berbanding bulan puasa.
Ingat, puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata². Kita juga perlu mengawal perasaan amarah, jaga lidah dan tutur kata, dan belajar mengawal nafsu dalam berbelanja dan sebagainya..
Bab belanja ni, masa bulan puasa biasanya perbelanjaan akan bertambah, betul tak? Kalau pergi bazar Ramadhan, semua benda rasa nak makan, tapi bila berbuka nanti sikit je yang dijamah, Sudahnya jadilah pembaziran makanan dalam rumah kita.
Allah tak suka tau pada orang yg suka membazir. Agaknya Allah nk ke makbulkan doa kita kalau kita buat pekara yg Allah tak suka?? Sebab tu lah kalau boleh, elakkan pembaziran masa bulan puasa ni tau.
Dan antara amalan yg Allah suka pula ialah amalan bersedekah. Masa bulan puasa ni Allah akan gandakan pahala sedekah kita. Jangan takut duit abis kalau kita bersedekah, kerana setiap nilai yang kita sedekahkan itu akan kembali pada kita dalam jumlah yg lebih banyak.
Rezeki yang kita dapat tu pula tidak hanya diukur dari nilai wang ringgit yang kita dapat. Andai kita sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan harian kita pun sudah dikira sebagai rezeki yg tidak ternilai. Apalah gunanya wang ringgit yg banyak jika kita hanya terdampar di katil dan tk mempu berbuat apa2
Syukuri segala nikmat yg kita perolehi, itu akan jadi lebih indah dan manis. Jangan pertikaikan apa yg Allah dah takdirkan untuk kita, kerana Allah adalah sebaik perancang. Allah beri apa yg kita perlu, bukan segala yang kita mahu.
Rasanya macam banyak dah melalut ni kan.. tq pada yg sudi baca dan singgah kt blog ayu.. sesekali membebel kat blog yg dh bersawang ni, tk salah kan..
Sekali lagi Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak buat semua umat islam diseluruh dunia.. macam ramai sangat je yg baca blog ni kan.. 😂😂😂
Bulan puasa kali ni banyak pengalaman menanti.. Nanti ayu share kt next entri.. Nak cerita pengalaman berbuka puasa sambil berpiknik gitu...
#ayuerohayu
#sekalisekalabebel
#diariramadhan2018

Rabu, 16 Mei 2018
Tips Didik Anak Berpuasa..
Alhamdulillah esok kita dah mula berpuasa.. Mesti ramai yang rasa teruka kan, tapi teruja sebab nk raya ke nk raikan bulan ibadah ni..
Tak kisahlah ape yg yang buat kita teruja. Tapi ini adalah antara pengalaman baru bagi kanak2 yang baru nk belajar berpuasa kan.. Dan juga cabaran utama bagi ibu bapa yang baru pertama kali nk berpuasa bersama anak yang baru nk belajar puasa ni..
Oklah tadi masa scroll fb, nampak tips nk latih anak berpuasa dari Tuan Taufiq Razif..
Jadi bolehlah ayu share kt sini pulak dengan korang yang masih tercari2 tips untuk latih anak berpuasa ni..
N korang juga boleh join group telegram Tuan Taufiq Razif ni tau.. Ada banyak ilmu dan tips berkaitan asuhan kanak-kanak kt situ. Link die ada kt bawah ni tau.. nanti korang klick je n tekan join group..
Ayu pun join group ni tau.. Walaupun tkde anak, tapi ilmu ni tk rugi pun kalau belajar..
7 Tips Mudah Nak Bagi Anak Puasa Penuh Sebulan Ramadhan
1. Pastikan anak kita rasa teruja nak masuk bulan Ramadhan. Ceritakan keindahan Ramadhan dan ajak anak solat terawih pada malam pertama supaya anak boleh rasa betapa indahnya suasana malam Ramadhan.
2. Mulakan secara berperingkat. Walaupun anak cuma mampu 1 jam je sehari pun takpe. Yang penting anak mampu berpuasa 1 jam sehari selama 30 hari. Itu lebih bermakna daripada anak puasa 14 jam tetapi sehari sahaja puasanya.
3. Puji abang dan kakaknya yang dah berjaya puasa penuh di depan anak kita tu. Barulah hati anak kita berbunga bunga nak jadi seperti abang dan kakaknya.
4. Sediakan juadah kegemaran anak kita semasa bersahur dan berbuka. Kita mesti tahu kan lauk pauk yang paling anak kita suka kan? Kalau boleh biar anak ternanti nanti dan tak sabar untuk tunggu waktu sahur dan waktu berbuka tu.
5. Sediakan makanan sahur yang buat anak kita kenyang dan tahan lapar lebih lama seperti kurma, telur, oat, biskut, sup, madu, buah epal dan air kosong yang secukupnya.
6. Sorokkan makanan kegemaran anak kita. Bayangkan anak yang tengah kelaparan semasa berpuasa tanpa sengaja ke dapur dan ternampak biskut favourite mereka sedang tersusun rapi di atas rak dapur. Agak-agak berkeroncong dan berdendang sayang tak perutnya? 😅
7. Elakkan ransangan berbentuk visual pada anak kita. Anak tengah lesu terbaring kelaparan pun kita boleh pulak tengok cerita Ketuk-Ketuk Ramadhan dan Jalan-Jalan Cari Makan kan. Si Bapak yang tertengok pun boleh terkurang iman apatah lagi anak kecil yang masih tengah belajar menahan lapar kan? 😅😅😅😅
Jom kita latih anak kita berpuasa. Kita jangan tengok anak orang lain kerana lain anak lain perkembangan dan penerimaannya. Jom!
p/s : Waktu terbaik nak ajak berpuasa adalah pada umur 7 tahun mengikut Qiyas daripada suruhan mengerjakan solat.
p/s : Tips extra : Banyak ajak bermain pun boleh alihkan fokus anak pada rasa lapar mereka ye dan boleh klik link ni untuk belajar lebih lagi tentang anak-anak : t.me/NotaTaufiqRazif
Kalau tk boleh klick, copy dulu link yang diberi ni..
Post Ini Halal Untuk Di-SHARE dan Disebarkan 😊
Sumber : Fb Taufiq Razif
Jumaat, 11 Mei 2018
Coklat Mengeras Atas Lebuh Raya
Sebuah trak membawa 12 tan cecair coklat terbalik dan menumpahkan cecair coklat. - Foto WASHINGTON POST
WARSAW - POLAND . Sebuah trak membawa 12 tan cecair coklat dilaporkan terbalik dan menumpahkan cecair itu di lebuh raya di Poland, menyebabkan lalu lintas terhalang dan menyukarkan kerja pembersihan jalan.
Memetik laporan New York Times, kejadian berlaku awal pagi kelmarin di lebuh raya A2 yang menghubungkan Poznan dan Warsaw apabila trak terbabit terbalik menyebabkan cecair coklat tumpah sehingga meliputi laluan di lebuh raya berkenaan.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca trak terbabit terbabas terbalik juga tidak diketahui.
Pasukan penyelamat memberitahu, cecair coklat itu menjadi keras dan memerlukan sejumlah besar air panas untuk membersihkan lebuh raya berkenaan.
“Coklat yang mengeras itu lebih teruk daripada salji,” kata pegawai kanan bomba, Bogdan Kowalski dipetik dari sumber ABC.
Menurut pengilang, tumpahan coklat lebih sukar untuk dibuang daripada minyak dan perlu dialihkan secara beransur-ansur menggunakan air panas bertekanan.
Sumber : Sinar Harian
Langgan:
Catatan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Entry kali ni nak cite pengalaman pertama aku ke Pulau Perhentian ahad lepas... Percutian ni merupakan percutian yang taj dirancang. Aku ng...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...