Jumaat, 11 Mei 2018

Coklat Mengeras Atas Lebuh Raya

Sebuah trak membawa 12 tan cecair coklat terbalik dan menumpahkan cecair coklat. - Foto WASHINGTON POST

WARSAW - POLAND . Sebuah trak membawa 12 tan cecair coklat dilaporkan terbalik dan menumpahkan cecair itu di lebuh raya di Poland, menyebabkan lalu lintas terhalang dan menyukarkan kerja pembersihan jalan.

Memetik laporan New York Times, kejadian berlaku awal pagi kelmarin di lebuh raya A2 yang menghubungkan Poznan dan Warsaw apabila trak terbabit terbalik menyebabkan cecair coklat tumpah sehingga meliputi laluan di lebuh raya berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca trak terbabit terbabas terbalik juga tidak diketahui.

Pasukan penyelamat memberitahu, cecair coklat itu menjadi keras dan memerlukan sejumlah besar air panas untuk membersihkan lebuh raya berkenaan.

“Coklat yang mengeras itu lebih teruk daripada salji,” kata pegawai kanan bomba, Bogdan Kowalski dipetik dari sumber ABC.

Menurut pengilang, tumpahan coklat lebih sukar untuk dibuang daripada minyak dan perlu dialihkan secara beransur-ansur menggunakan air panas bertekanan.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...