Ahad, 27 Mei 2018

Food Hunter : Lokasi Lepak Sambil Makan Colek Lepas Terawih - Mama Za Cafe

Alhamdulillah hari ni dah 11 hari kita menunaikan ibadah puasa. Biasanya kalau kt kelantan ni, bila masuk je bulan puasa akan ada banyak kedai colek yng dibuka pada waktu malam untuk lokasi lepak santai sambil menjamu selera lepas balik tarawih..

Dalam entry kali ni ayu nk share salah satu tempat makan colek kt sini yang ayu dah try untuk tahun ni..

Lokasinya terletak di sempadan Kota Bharu dan Bachok, Landmark die lebih mudah Tepi "Sekolah Kebangsaan Pauh Lima". Kalau nk cari boleh google je nama sekolah ni.. Nama kedai die pulak..

Mama Za Cafe

Kedai ni biasanya mula beroperasi bermula jam 8 malam hingga ke 1 pagi. Tapi kalau abis awal, lagi cepatlah die tutup.. Kedai ini diusahakan oleh pasangan suami isteri dan dibantu oleh beberapa orang pekerja bagi melancarkan urusan.

Biasanya pelanggan akan mula memenuhi kedai setelah selesai solat tarawih. Kebiasaannya bersama keluarga dan sahabat. Tak kurang juga dengan pelanggan yang beli dan bawa pulang untuk menikmati colek bersama keluarga dirumah..

Biasanya aktiviti makan colek ini juga sesuai untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dn juga rakan. Ketika ini lah kebanyakan dari mereka mengambil peluang untuk berbual dan bersantai bersama².

Antara menu yang terdapat disini adalah..

1. Colek Campur
2. Colek Ayam
3. Colek Perut
4. Colek paru
5. Colek Buah
6. Colek Kerang
7. Ikan Celup Tepung
8. Udang Celup Tepung
9. Keropok Lekor
10. Makanan ringan lain..

Ini antara menu yg terdapat di kedai ini yang memang memukau selera. Cerita panjang2 pun tak tahu korang nk baca sampai habis ke tak.. Jom layan Gambar yang ayu sempat snap.











Amacam, terliur ke tengok colek di Mama Za Cafe ni?? Kalau berkesempatan, bolehlah berkunjung ke sini dan cuba makan colek kt sini pulak. Nak cari kedai ni google nama Sekolah Kebangsaan Pauh Lima. Kedai die betul2 tepi sekolah..

Kedai colek memang banyak bila bulan puasa ni, tapi nk cari yang betul² kena dengan selera tu agak susahlah.. Tapi setiap orang ada selera yang tersendiri..

Ni dah tahun ke 4 ayu berpeluang berpuasa di Negeri Kelantan ni, Alhamdulillah memang tak pernah miss menikmati colek pada waktu malam.. tapi bukanlah makan hari² tau..

Next entry, InsyaAllah share kedai colek sekitar Kota Bharu pulak ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...