Jumaat, 29 Disember 2017

Tips Didik Anak Belajar Solat Seawal Usia 7 Tahun

Gambar dari Google

Sabda Rasulullah, “Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka”. (H.R Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)


Solat, bukan perkara main-main.. Sebagai seorang muslim solat adalah Tiang Agama dan wajib keatas setiap muslim. Solat juga adalah amalan yg wajib dipatuhi oleh setiap muslim..


Kewajipan bagi seseorang itu untuk solat bermula pada saat seorang itu baligh. Bersesuaian dengan Hadis diatas.. Perintahkanlah anak kamu solat seawal usia 7 tahun..


Sudah menjadi tugas utama kepada ibu bapa untuk memastikan anak yang merupakan amanah dari Allah untuk mempelajari cara solat yang betul dan terus konsisten agar tidak meninggalkan solat 5 waktu.


Namun ianya bukanlah sesuatu yg mudah kerana kanak2 pada usia yang muda ini, biasanya lebih berminat untuk bermain berbanding mempelajari cara solat atau mengaji.


Oleh itu ibu bapa perlulah membuat persediaan awal agar anak2 dapat mempelajari solat dengan mudah dan dengan rela hati dan merasa seronok untuk belajar solat sekaligus tidak merasakan solat 1 beban.



TIPS AJAR ANAK SOLAT SEJAK KECIL, TANPA PERLU DISURUH LAGI!


IBU BAPA SEBAGAI TAULADAN


Suasana anak membesar juga merupakan salah satu peranan penting dalam melatih anak-anak agar rajin solat. Ibu bapa haruslah menjadi tauladan yang baik kepada anak. Anak akan mendapat pendedahan awal sekiranya selalu melihat ibu bapa solat. 

Amalan solat awal waktu juga merupakan sesuatu pekara yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak. Amalan ini juga sekaligus dapat mendisiplinkan diri sendiri dan mendidik anak secara tidak langsung..

Perkara ini nampak mudah, namun ianya adalah satu tanggungjawab yang berat dan akan menjadi tauladan yg baik untuk anak.


SOLAT BERSEBELAHAN ANAK KECIL
Gambar dari google

Jangan jadikan anak kecil sebagai alasan untuk kita menangguhkan solat. Sebenarnya, lebih elok jika kita bersolat bersebelahan bayi sebaik saja masuk waktu solat. Jika bayi anda jenis yang suka menggapai kita masih boleh solat sambil mendukung bayi.

Walaupun anak masih kecil, jangan ingat mereka tidak faham dan tidak tahu. Sejak bayi lagi mereka boleh melihat tabiat ini dan memproses maklumat hingga ia terlekat dalam memori mereka.


JANGAN MARAH BILA ANAK GANGGU SOLAT

Apabila anak mendekati kita sewaktu solat, ia adalah salah satu petanda baik. Mungkin mereka berasa ‘curious’ dan ingin tahu apakah yang kita sedang lakukan sebenarnya. Jangan memarahi mereka. Sebaliknya, galakkan mereka untuk mendampingi kita.

Secara tidak langsung, mereka akan mudah berasa ‘familiar’ terhadap solat dan tidak berasa kekok untuk meniru pergerakan kita kelak.


SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah bukan saja banyak fadilatnya, tetapi ia juga menimbulkan rasa seronok untuk anak-anak bersolat sama.

Apabila anak sudah meningkat usia, mungkin ada kalanya mereka akan berasa ‘liat’ untuk solat apabila disuruh. Tetapi, apabila ia dilakukan bersama, Insha Allah ianya akan terasa lebih mudah.


LAZIMI AYAT QURAN

Sebagai ibu bapa, kita mungkin tidak dapat sentiasa berada dengan anak ketika solat kerana jadual yang padat dan sibuk. Jadi, bila ada masa, lazimilah ayat-ayat Al-Quran semasa di dalam kereta, sebelum tidur, atau di mana-mana saja.

Contohnya, bacakan al-Fatihah, Ayat Kursi, dan 3 Qul (An-Nas, al-Falaq, dan Al-Ikhlas) kepada anak sebelum masuk tidur. Rutin ini sedikit sebanyak membantunya menghafal al-Fatihah, iaitu bacaan wajib dalam solat seawal usia 4-5 tahun walaupun dia belum pandai mengaji. Jadi, lebih seronok dia nak ‘join’ solat bersama sebab dah tahu serba sedikit bacaannya.


BELIKAN KELENGKAPAN SOLAT MEREKA

Anak-anak kecil biasanya akan menjadi lebih bersemangat jika diberi galakan sebegini. Contohnya, kita boleh membelikan sejadah comel, telekung dengan warna kesukaan mereka, atau kopiah berkait yang tertulis masing-masing.

Jika dapat, adakan ruang khusus untuk solat dalam rumah supaya aktiviti solat, mengaji, atau tazkirah dapat diadakan dengan suasana yang tenang dan damai.


BERI ‘TUGAS’

Bagi anak-anak lelaki, boleh minta mereka iqamah atau menjadi imam. Kepercayaan yang kita beri kepada mereka sedikit sebanyak akan menyuntik rasa tanggungjawab dalam diri mereka.

Mereka juga akan berasa ‘penting’ dalam mata ibu bapa dan ia memberi dorongan kepada anak-anak untuk menunaikan solat sebaik mungkin.


BIASAKAN ANAK KE MASJID


Biasakan membawa anak ke masjid tanpa menunggu bulan Ramadhan. Apabila ada kelapangan, bawalah satu keluarga pergi masjid untuk solat berjemaah.Pada mulanya, ibu bapa akan berasa susah sedikit untuk mengawal dan memantau anak. 

Namun,tanpadisedari, ‘attachment’   terhadap masjid dapat diwujudkan dalam diri anak seawal usia. Malah, mereka mungkin ada rakan yang ditemui di sana. Apabila dapat jumpa kawan, tentu mereka berasa lebih seronok untuk solat bersama.

SENTIASA MENDOAKAN ANAK

Akhir sekali, sebagai ibu bapa, jangan lupa mendoakan anak-anak kita agar rajin mendirikan solat.

Antara doa yang amat mustajab adalah doa ini:

رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim, Ayat 40)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...