Ahad, 31 Disember 2017

Bila Anak Kencing Atas Tilam

Pernah kena situasi macam ni?? 
Anak kencing atas tilam, Nak angkat jemur kt luar tak larat pulak..
Meyh nk share cara mudah nk hilangkan bau hancing tu..

Mula2 kena bersihkan dulu kesan air kencing tu. Kalau tk bersihkan dulu, tk hilang bau. Caranya lap dan gosok kawasan terlibat dengan tuala atau kain bersih dan kering. Lepas tu renjis air bersih kat kawasan tilam yg kena air kencing tu. 

Jangan banyak sangat, nanti lencun pulak tilam tu. Lepas tu gosok lagi dengan kain bersih yg kering. Ulang dalam 2 ke 3 kali sampai bau hancing tu hilang.

Air yg guna untuk renjis kt tilam tu, kalau campur dettol sikit lagi bagus tau. Boleh hilangkan kuman sekali. Lepas tu dah boleh guna Yuyu Fabric Perfume ni untuk hilangkan bau hancing atau kurangkan bau dettol tu.
Spray je atas tilam, terutamanya kawasan yg kena air tu. 

Lepas tu kalau rajin boleh keringkan guna hair dryer atau boleh juga buka kipas dalam bilik dan anginkan tilam tu untuk beberapa jam.

Paling best bila guna fabric perfume ni, Sembur kt tilam pun, 1 bilik boleh jadi wangi tau. Bila dah kering pun masih wangi lagi. Bau hancing pun terus lenyap tau.

Sebab tu, mak2 yg ada anak kecik tu, patut simpan sebotol fabric perfume kt rumah. Boleh juga guna untuk gosok pakaian dan wangikan rumah. Sembur pada langsir n sofa pun dah cukup untuk buat rumah jadi macam dalam taman bunga.


Harga mampu milik dan berpatutan..
WhatsApp
www.whatsapp.my/60169442459

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...