Ahad, 31 Disember 2017

Bila Anak Kencing Atas Tilam

Pernah kena situasi macam ni?? 
Anak kencing atas tilam, Nak angkat jemur kt luar tak larat pulak..
Meyh nk share cara mudah nk hilangkan bau hancing tu..

Mula2 kena bersihkan dulu kesan air kencing tu. Kalau tk bersihkan dulu, tk hilang bau. Caranya lap dan gosok kawasan terlibat dengan tuala atau kain bersih dan kering. Lepas tu renjis air bersih kat kawasan tilam yg kena air kencing tu. 

Jangan banyak sangat, nanti lencun pulak tilam tu. Lepas tu gosok lagi dengan kain bersih yg kering. Ulang dalam 2 ke 3 kali sampai bau hancing tu hilang.

Air yg guna untuk renjis kt tilam tu, kalau campur dettol sikit lagi bagus tau. Boleh hilangkan kuman sekali. Lepas tu dah boleh guna Yuyu Fabric Perfume ni untuk hilangkan bau hancing atau kurangkan bau dettol tu.
Spray je atas tilam, terutamanya kawasan yg kena air tu. 

Lepas tu kalau rajin boleh keringkan guna hair dryer atau boleh juga buka kipas dalam bilik dan anginkan tilam tu untuk beberapa jam.

Paling best bila guna fabric perfume ni, Sembur kt tilam pun, 1 bilik boleh jadi wangi tau. Bila dah kering pun masih wangi lagi. Bau hancing pun terus lenyap tau.

Sebab tu, mak2 yg ada anak kecik tu, patut simpan sebotol fabric perfume kt rumah. Boleh juga guna untuk gosok pakaian dan wangikan rumah. Sembur pada langsir n sofa pun dah cukup untuk buat rumah jadi macam dalam taman bunga.


Harga mampu milik dan berpatutan..
WhatsApp
www.whatsapp.my/60169442459

Yuyu Fabric Perfume Produk Pelbagai Guna



Wanita dan haruman memang tak dapat dipisahkan.. Bukan saja wanita lelaki pun suke bau wangi. Kalau tak caya cuba tanya cik suami atau pemilik hati korang pasal benda ni. Tkde orang suke duduk dalam persekitaran yang busuk kan.

Saya percaya ramai juga diantara kita yang sukakan kucing dan ada memelihara kucing dirumah. Kucing ni kan comel dan ia juga merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad.  Antara masalah utama bilan bela kucing ni juga adalah berkaitan dengan bau najis atau air kencing, betul tak??

Ayu sendiri pun ade bela kucing dalam rumah dan di luar rumah. Masalah sama macam orang lain jugak. Walaupun dah sediakan bekas untuk diorang membuang. Bau najis bulus ni memang boleh tahan jugak kuat menyengat macam perfume dexandra gitu. Bau pun kekal lama pulak tu. Walaupun dah buang masih jugak ada saki baki bau dalam udara tu kan.

Jadi di sini Yuyu Fabric Perfume memang sangat berguna. Cuma sembur je kat kawasan yang berkenaan. Kalau sembur pada sofa dan langsir pun dapat membantu mewangikan rumah. Bau wangi pun tahan lama dan bila dah hilang boleh sembur lagi.. 2 ke 3 kali sembur pun dah cukup tau untuk wangikan rumah.

Yuyu fabric perfume ni juga sesuai digunakan pada pakaian bagi mengekalkan bau harum pada pakaian. Boleh juga disembur pada pakaian sebelum dilipat atau sebelum simpan dalam almari. InsyaAllah lepas 2 minggu pun masih berbau harum.

Kalau ade anak yang masih bersekolah pun sesuai sangat kalau korang sembur pada baju sekolah anak masa nk menggosok baju sekolah anak2. Dah balik sekolah pun baju kekal wangi lagi tau. Anak2 pun akan tambah seronok pergi sekolah dalam keadaan wangi tau.

Yuyu fabric perfume ni adalah produk berasaskan air dan tanpa pewarna. Jadi kalau nk sembur pada pakaian warna putih pun tkde masalah sebab tak kan meninggalkan kesan pada pakaian. Dan paling penting bau tahan lama dan menyegarkan.

Jadi pada mummy2 yang nk pastikan anak dan keluarga serta rumah sentiasa wangi boleh dapatkan Yuyu Fabric Perfume ni tau. Harga pun murah je dan sangat berpatutan. Sebotol boleh tahan 2 hingga 2 bulan bergantunglah pada kekerapan penggunaan.

Kalau berminat nk dapatkan produk ni boleh terus whatsapp ayu ye.
Boleh pos ke seluruh malaysia dan kalau nk cod area kota bharu pun boleh..
Ni no whatsapp ayu ye. Ayu bagi link terus, jadi senang sikit korang nk wasap. Tak perlu simpan no dah, terus klik je..

www.whatsapp.my/60169442459

Pelukan Memanjangkan Usia

Assalamualaikum.. Dah sampai 31 disember kan. Cepat betul masa berlalu kan.. Tanpa kita sedari, kita dah sampai ke penghujung 2017 kan.. Esok kitabakab melangkah ke tahun baru.. Moga tahun 2018 akan membawa kejayaan buat kita semua.

Pagi ni masa schroll fb nampak post ni... Macam menarik je kan fakta ni. Ini bukan mitos tau sebab fakta ni datang dari seorang doktor ye.. Lately ni memang suke follow fb para doktor ni sebab diorang banyak bagi info yg bermanfaat.

Tapi kalau perasan benda ni memang betul pun kan.. Sebab biasanya pelukan dari orang yg rapat dengan kita tu dapat melegakan hati kita.. Kalau kita stress pun kita akan rasa lega bila dipeluk.


Hormone oxytocin ( sejenis hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari) akan dirembeskan jika kita memeluk erat kawan atau pasangan kita.

Hormon ini akan menurunkan tekanan darah, mengurangkan stress dan menguatkan daya ingatan kita.

Hormon ini juga dikenali sebagai hormon cinta ( love hormone)

A 20-second hug reduces the harmful physical effects of stress, including its impact on your blood pressure and heart rate.

A 10-second hug a day may fight infections, boost your immune system, ease depression and lessen fatigue.

The giver of a hug receives just as much benefit as the receiver, but some research suggests the healthiest hugs must come from someone you trust (as opposed to a stranger)

Peluk orang yang kita kenal, bukan orang yang kita tidak rapat dan tidak kenal.

Tahu batasan kita sebagai orang Islam ok.

Sebab tu masa pasangan yang halal atau kawan ( mahram) stress, awak dengar sahaja dia cakap dan luah segala benda, kemudian awak peluk sahaja. Tak perlu cakap banyak banyak pun.

Peluk ketat ketat dan usap kepala dia😊

Ok, nak sambung locum.

Hope 2018 adalah tahun penuh cinta untuk kita semua😘


Sumber Fb Erna Nadia

Sabtu, 30 Disember 2017

Wanita Cenderung Hidap Masalah Mental : Jangan Pendam, Luahkan

Berdasarkan laporan dari akhbar Harian Metro beberapa hari lalu dengan tajuk : Jangan Perasaan, Luahkan mengupas isu masalah risiko masalah mental yang lebih menjurus kepada golongan wanita terutamanya berbanding lelaki. 

Hal ini a adalah kerana wanita dikatakan lebih suka memendam rasa dari meluahkan masalah mereka atau bercakap mengenai masalah mereka. Masalah mental merupakan isu yang serius jika dibiarkan kerana akan berisiko membahayakan diri sendiri atau pun orang sekeliling. 

Oleh itu pengarah kesihatan turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalankan ujian saringan keatas semua perkerja kesihatan bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan tidak mengalami masalah mental. Dan juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan merawat pekerja yang berisiko.

Oleh itu kita kena sentiasa perihatin dalam kehidupan dan keaadaan orang lain terutamanya sahabat kita yg mungkin akan mengalami masalah mental tanpa kita sedari. Jadi kalau ada kawan2 yang suka menyendiri, cubalah dekati atau selami perasaan mereka agar mereka tidak terus menerus mengalami masalah mental. 

Kat bawah ni u oll boleh baca artikel yg disediakan oleh Harian Metro


SUKA memendam perasaan dan tiada masa berkongsi masalah dengan keluarga mahupun rakan menjadi antara faktor wanita lebih cenderung menghidap masalah mental berbanding lelaki.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, ia berbeza dengan lelaki yang lebih suka berbual dan mempunyai masa untuk bersama rakan selepas waktu bekerja.

Katanya, ia mendorong mereka untuk meluahkan masalah dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

"Wanita pula tidak suka berbual apabila mempunyai masalah. Mereka pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja dan masalah dipendam menjadikan tekanan berterusan ditambah faktor hormon (haid).

"Ini dilihat faktor menyebabkan wanita lebih berisiko untuk menghidap masalah mental berbanding lelaki. Tanda-tanda penghidap adalah suka menyendiri, tidak mahu bercakap dan termenung.

"Masalah kesihatan ini boleh bermula dari umur 17 tahun," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Kesedaran Kesihatan Mental dan Ambo Nok Sihat Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, hari ini.

Majlis dirasmikan Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Azman Ismail.

Hadir sama, Pengarah HRPZ II Datin Dr Selasawati Ghazali.

Dr Ahmad Razin menjelaskan kesihatan mental bermaksud kebolehan mengekalkan hubungan harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang kepada masyarakat.

Bagi memastikan kakitangan kesihatan sihat mental, jabatan itu melalui Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS) mengadakan saringan kesihatan di peringkat ibu pejabat, hospital dan pejabat kesihatan daerah.

"Tahun ini, ujian saringan kesihatan mental (DASS) dijalankan ke atas 14,000 kakitangan kesihatan Kelantan dan 90 peratus daripadanya tidak mempunyai masalah kesihatan mental.

"Hanya 10 peratus dikenal pasti berisiko dan kita gerakkan 366 kumpulan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) sebagai sokongan," katanya.

Pada masa sama, pihaknya bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mewujudkan KOSPEN di masjid untuk beri latihan kesihatan dan bantu masyarakat.

Sumber : Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Disember 2017

Jumaat, 29 Disember 2017

Tips Didik Anak Belajar Solat Seawal Usia 7 Tahun

Gambar dari Google

Sabda Rasulullah, “Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka”. (H.R Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)


Solat, bukan perkara main-main.. Sebagai seorang muslim solat adalah Tiang Agama dan wajib keatas setiap muslim. Solat juga adalah amalan yg wajib dipatuhi oleh setiap muslim..


Kewajipan bagi seseorang itu untuk solat bermula pada saat seorang itu baligh. Bersesuaian dengan Hadis diatas.. Perintahkanlah anak kamu solat seawal usia 7 tahun..


Sudah menjadi tugas utama kepada ibu bapa untuk memastikan anak yang merupakan amanah dari Allah untuk mempelajari cara solat yang betul dan terus konsisten agar tidak meninggalkan solat 5 waktu.


Namun ianya bukanlah sesuatu yg mudah kerana kanak2 pada usia yang muda ini, biasanya lebih berminat untuk bermain berbanding mempelajari cara solat atau mengaji.


Oleh itu ibu bapa perlulah membuat persediaan awal agar anak2 dapat mempelajari solat dengan mudah dan dengan rela hati dan merasa seronok untuk belajar solat sekaligus tidak merasakan solat 1 beban.



TIPS AJAR ANAK SOLAT SEJAK KECIL, TANPA PERLU DISURUH LAGI!


IBU BAPA SEBAGAI TAULADAN


Suasana anak membesar juga merupakan salah satu peranan penting dalam melatih anak-anak agar rajin solat. Ibu bapa haruslah menjadi tauladan yang baik kepada anak. Anak akan mendapat pendedahan awal sekiranya selalu melihat ibu bapa solat. 

Amalan solat awal waktu juga merupakan sesuatu pekara yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak. Amalan ini juga sekaligus dapat mendisiplinkan diri sendiri dan mendidik anak secara tidak langsung..

Perkara ini nampak mudah, namun ianya adalah satu tanggungjawab yang berat dan akan menjadi tauladan yg baik untuk anak.


SOLAT BERSEBELAHAN ANAK KECIL
Gambar dari google

Jangan jadikan anak kecil sebagai alasan untuk kita menangguhkan solat. Sebenarnya, lebih elok jika kita bersolat bersebelahan bayi sebaik saja masuk waktu solat. Jika bayi anda jenis yang suka menggapai kita masih boleh solat sambil mendukung bayi.

Walaupun anak masih kecil, jangan ingat mereka tidak faham dan tidak tahu. Sejak bayi lagi mereka boleh melihat tabiat ini dan memproses maklumat hingga ia terlekat dalam memori mereka.


JANGAN MARAH BILA ANAK GANGGU SOLAT

Apabila anak mendekati kita sewaktu solat, ia adalah salah satu petanda baik. Mungkin mereka berasa ‘curious’ dan ingin tahu apakah yang kita sedang lakukan sebenarnya. Jangan memarahi mereka. Sebaliknya, galakkan mereka untuk mendampingi kita.

Secara tidak langsung, mereka akan mudah berasa ‘familiar’ terhadap solat dan tidak berasa kekok untuk meniru pergerakan kita kelak.


SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah bukan saja banyak fadilatnya, tetapi ia juga menimbulkan rasa seronok untuk anak-anak bersolat sama.

Apabila anak sudah meningkat usia, mungkin ada kalanya mereka akan berasa ‘liat’ untuk solat apabila disuruh. Tetapi, apabila ia dilakukan bersama, Insha Allah ianya akan terasa lebih mudah.


LAZIMI AYAT QURAN

Sebagai ibu bapa, kita mungkin tidak dapat sentiasa berada dengan anak ketika solat kerana jadual yang padat dan sibuk. Jadi, bila ada masa, lazimilah ayat-ayat Al-Quran semasa di dalam kereta, sebelum tidur, atau di mana-mana saja.

Contohnya, bacakan al-Fatihah, Ayat Kursi, dan 3 Qul (An-Nas, al-Falaq, dan Al-Ikhlas) kepada anak sebelum masuk tidur. Rutin ini sedikit sebanyak membantunya menghafal al-Fatihah, iaitu bacaan wajib dalam solat seawal usia 4-5 tahun walaupun dia belum pandai mengaji. Jadi, lebih seronok dia nak ‘join’ solat bersama sebab dah tahu serba sedikit bacaannya.


BELIKAN KELENGKAPAN SOLAT MEREKA

Anak-anak kecil biasanya akan menjadi lebih bersemangat jika diberi galakan sebegini. Contohnya, kita boleh membelikan sejadah comel, telekung dengan warna kesukaan mereka, atau kopiah berkait yang tertulis masing-masing.

Jika dapat, adakan ruang khusus untuk solat dalam rumah supaya aktiviti solat, mengaji, atau tazkirah dapat diadakan dengan suasana yang tenang dan damai.


BERI ‘TUGAS’

Bagi anak-anak lelaki, boleh minta mereka iqamah atau menjadi imam. Kepercayaan yang kita beri kepada mereka sedikit sebanyak akan menyuntik rasa tanggungjawab dalam diri mereka.

Mereka juga akan berasa ‘penting’ dalam mata ibu bapa dan ia memberi dorongan kepada anak-anak untuk menunaikan solat sebaik mungkin.


BIASAKAN ANAK KE MASJID


Biasakan membawa anak ke masjid tanpa menunggu bulan Ramadhan. Apabila ada kelapangan, bawalah satu keluarga pergi masjid untuk solat berjemaah.Pada mulanya, ibu bapa akan berasa susah sedikit untuk mengawal dan memantau anak. 

Namun,tanpadisedari, ‘attachment’   terhadap masjid dapat diwujudkan dalam diri anak seawal usia. Malah, mereka mungkin ada rakan yang ditemui di sana. Apabila dapat jumpa kawan, tentu mereka berasa lebih seronok untuk solat bersama.

SENTIASA MENDOAKAN ANAK

Akhir sekali, sebagai ibu bapa, jangan lupa mendoakan anak-anak kita agar rajin mendirikan solat.

Antara doa yang amat mustajab adalah doa ini:

رَبِّ ٱجعَلنِÙ‰ Ù…ُÙ‚ِيمَ ٱلصَّÙ„َوةِ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙ‰ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ دُعَآءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim, Ayat 40)


Hilang di Argentina kini dilihat di Malaysia



“SAYA terseksa kerana tidak dapat jumpa anak hampir tujuh bulan," kata Elizabeth Avalos, 27, ibu Alum Langone Avalos, 7 yang  dilaporkan hilang sejak Jun lalu di Argentina dan terkini dikatakan dilihat di negara ini. 

Kisah kehilangan kanak-kanak itu tular di laman sosial sejak semalam dan mendapat perhatian netizen di negara ini 

Elizabeth ketika dihubungi Harian Metro berkata, tiga minggu lalu, ada individu memberitahu di Facebooknya bahawa anaknya itu ada dilihat di negara ini. 

Katanya, anaknya itu didakwa dilihat bersama seorang lelaki dipercayai bekas suaminya. 

“Bekas suami saya melarikan Alum sejak 4 Jun lalu di Argentina. Dia kemudian membawa Alum ke beberapa negara termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan terbaru di Malaysia. 

“Pihak kedutaan Argentina turut memaklumkan ada rekod kemasukan bekas suami dan anak ke negara ini. Justeru mereka ( kedutaan) menyebarkan maklumat itu di laman sosial," katanya yang berada di Argentina.

Elizabeth berkata, dia buntu untuk menjejaki anak tunggalnya itu. 

“Orang awam pernah nampak anak saya bersama bekas suami dan seorang wanita yang berpura-pura sebagai ibunya. 

“Saya kesal dengan perbuatan individu itu dan berharap anak saya dapat kembali ke pangkuan saya," katanya. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi kedutaan Argentina di Malaysia ditalian 012 2012464.


Sumber asal : Harian Metro 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2017 

Gelak Bawa Maut


Bahaya betul zaman ni,  Kalau nk berkawan kena berhati-hati. Tambah2 kalau berkenalan secara online. Kita tk tahu kalau orang yg berkawan dengan kita tu jujur atau tak.. N kita pun tak tahu entah orang tu ade masalah mental ke ape.

Moga kita semua ni terhindar dari segala masalah macam yang dialami oleh wanita ni.  Hanya kerana gelakkan kenalan yang dikenali dari laman sembang wanita ini telah dibunuh dengan kejam.

Oleh itu, kita haruslah bersikap lebih peka terhadap perasaan orang lain dan dan berhati2 apabila memilih kawan. Jom baca berita dari harian metro kt bawah ni..


Moscow: Kerana mentertawakan pasangannya apabila mendapat tahu ‘ahli perniagaan berjaya’ itu sebenarnya cuma tukang cuci kereta, seorang wanita mati ditikam kejam sebanyak 88 kali oleh teman lelaki yang dikenali melalui laman sembang.

Dalam kejadian itu, Evgeny Markov mengajak mangsa, Irina Kozlova, 34, memandu ke kawasan romantik kononnya untuk melihat pemandangan yang indah di Ust-Mana, Siberia.

Bagaimanapun, apabila tiba di situ, Markov mengarahkan Irina menutup mata kononnya untuk memberikan kejutan sebelum mengeluarkan pisau dan menikamnya berulang kali.

Mayat Irina yang berlumuran darah dan dipenuhi kesan tikaman serta luka itu ditemui dalam keretanya.

Markov, 34, ditahan tidak lama selepas itu ketika makan di sebuah restoran, malah tidak menunjukkan rasa kesal sebaliknya terus mengaku perbuatannya.

Dia dipetik polis berkata: “Pada awal perkenalan saya memberitahu Irina bahawa saya ahli perniagaan berjaya.

“Selepas kami semakin mengenali, saya memilih untuk berterus-terang dengannya mengenai kerja sebenar, lalu mendedahkan saya sebenarnya tukang cuci kereta.

“Saya amat berang dan malu apabila Irina ketawa besar.”

Sumber : Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017

Khamis, 21 Disember 2017

Thailand Alami Cuaca Sejuk Luar Biasa


Cuaca sejuk luar biasa yang melanda beberapa bahagian di Thailand memaksa penduduk menggunakan jaket tebal.- Foto BERNAMA

BANGKOK: Penduduk di wilayah utara, timur laut dan tengah Thailand, termasuk ibu kota Bangkok, kini terpaksa memakai pakaian lebih tebal berikutan cuaca sejuk melanda kawasan berkenaan.

Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca sejuk itu berpunca daripada sistem tekanan tinggi yang kuat yang melanda wilayah timur laut hingga ke wilayah utara serta kawasan tanah pamah di bahagian tengah negara ini.

Sejak Ahad lepas hingga Selasa, sistem tekanan tinggi kuat dari China menyebabkan suhu di kawasan berkenaan turun antara 6 dan 8 darjah Celsius.
Suhu dijangka terus menurun antara 2 dan 3 darjah Celsius lagi apabila satu lagi gelombang angin sejuk dari utara Thailand bertiup ke bahagian tertentu negara ini mulai Rabu hingga Jumaat.

Penduduk di beberapa bahagian Bangkok mengalami cuaca lebih sejuk pada Rabu berbanding beberapa hari lepas apabila suhu jatuh kepada antara 14 dan 16 darjah Celsius pada awal pagi.

Para pelajar juga mengenakan pakaian musim sejuk ketika ke sekolah pada Rabu.

Suhu dijangka meningkat pada tengah hari dan petang sebelum turun ke paras bawah 20 darjah Celsius pada waktu malam.

Cuaca sejuk sekarang bukan sesuatu yang asing bagi Bangkok dan 11 juta penduduknya kerana mereka pernah mengalami cuaca paling sejuk berukuran 9.9 darjah Celsius pada Januari 1955 dan 10.5 darjah Celsius pada Disember 1975.

Di utara Thailand, cuaca sejuk lebih teruk dirasai terutama oleh mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi dengan suhu menjunam kepada bacaan satu angka dan sesetengah kawasan pergunungan dijangka diliputi fros kerana terlalu sejuk.

Di Taman Negara Doi Inthanon, Chiang Mai, paras suhu jatuh kepada -2 darjah Celcius pada Rabu, cuaca paling sejuk yang melanda pusat pelancongan itu tahun ini.

Bagaimanapun, cuaca sejuk sekarang dijangka tidak berlaku bagi tempoh yang panjang kerana menurut ramalan Jabatan Meteorologi, keadaan demikian akan berakhir pada Jumaat ini. -- BERNAMA

Sumber. Astro Awani

Rabu, 20 Disember 2017

De Xandra Perfume - Kenal Pasti yang Asli @ Palsu

Pernah dengar nama De Xandra??

Tak kan tak pernah dengar kan.. Kat tv pun dah selalu keluar iklan pasal De Xandra Perfume ni.. Kalau kt media sosial pun banyak maklumat dan iklan pasal produk De Xandra ni.. Ramai seller, yg terdiri dari dropship, agent, stokis dan reseller yang  promote pasal De Xandra ni tau..

Ni bagi yg tak tahu or tak perasan pasal De Xandra. Salah satu Produk Bumiputera yang telah dikenali ramai dan mempunyai kualiti setaraf produk antarabangsa.. Paling best sekali, produk ni sekarang dah tampil dengan wajah baru dengan haruman yang lebih exclusive dan dengan haruman yang lebih tahan lama..

Kalau nk tahu setakat ni dexandra dexandra ni dah di pasarkan hampir ke seluruh Malaysia. Kalau pergi ke shopping mall atau pasar malam pun kita boleh nampak peniaga yang mejual Perfume De Xandra ni.. Salah satu kelebihan De Xandra ni jugak adalah Harganya adalah harga yag mampu dimiliki oleh semua orang.

Dan disebabkan jenama De Xandra ni dah mula dikenali dan mendapat tempat di hati pengguna, Dah ada pulak pihak2 tk bertanggungjawab yang telah mengeksploitasi jenama ni dengan membuat produk palsu atas jenama De Xandra. Walaupun dari zahir nampak sama, tapi kualiti adalah sangat jauh berbeza.

Oleh itu, jika anda semua nak membeli De Xandra Perfume ni, belilah dari agent yg sah atau dari stokis yg berdaftar dengan Hq.. Ayu juga merupakan salah sorang agent dropship De Xandra yg berdaftar tau.. So, Kalau korang beli ngan ayu memang confirm produk yang korang dapat tu produk yang ori okey..

K lah kat bawah ni ayu nk share cara untuk korang boleh kenal pasti De Xandra Perfume yang asli dan palsu..
Sebelum tu korang baca dulu nota ni ye..

TIRUAN - produk dexandra kini telah di fake kan ! ❤

Akhirnya , kejayaan besar bagi dexandra kerana menjadi salah satu produk fake ( marketing berkesan ) dan kita ambik secara positif.. namun kita kene terus bertindak sangat cepat sebelum market tidak mempercayai dexandra lagi kerana kualiti fake sangt berbeza..

Kami sedari dexandra di fake kan sebelum ini dari seorang pemborong yang telah tersalah beli dengan kualiti yang berbeza.. kemudian seorang demi seorang agent dan stokis yang bekerjasama membongkarkan produk fake ini...

Kami berikan kepada semua gambar produk fake dibawah ini dan ia di jual dengan harga RM35. dan harga jual kepada pemborong  rm13-15.

Modus operandi mereka ialah fake kan produk famous seperti - gucci flora, bombshell , paco robbanne dll ... dan mereka buat banyak dan approach semua orang yang ingin berniaga.

Maka saya harap semua orang berhati2 dari tersalah beli malah bekerjasama dengan mereka akan membuatkan customer yang repeat tidak percaya lagi kerana kualiti...

Oleh itu ini tindakan Hq..

1. Anounce kepada anda semua tentang produk fake
2. Kami buyback dengan menukarkan produk dengan produk.. anda ader 10bombshell x harga beli anda . Nilainya di tukarkan dengan berapa bottle baru baru .
3. Kita buat campaign awareness tentang produk fake ini. Supaya semua orang takut dengan membeli produk ini . ( BERMULA BULAN 1)

Saya harap semua orang boleh bekerjasama.  Kita buat secara berperingkan proses BUY BACK  produk famous..

PRODUCT BUY BACK CHANGE NEW BOTTLE
1. INSPIRED BOMBSHELL BY DEXANDRA
2. INSPIRED GUCCI FLORA BY DEXANDRA
3. INSPIRED 1 MILLION  RABBANNE BY DEXANDRA

Terms buyback akan diinform kemudian . Sila beri kerjasama utk pass kan masej ini ke semua team supaya semua orang tidak terlibat dengan kes penipuan

Sila sebarkan perkara ini kepada semua team, dan kami akan anounce  dan mass viral bulan 1.. jika anda ader stock lama ia adalah tanggungan peribadi dan dikira barang fake.

Segala tindakan undang2 dalam proses.

PMD URGENT
FOUNDER DEXANDRA








So, nanti kalau nk beli dexandra kt luar, korang kena check ciri2 ni dulu ok.. Jangan sampai tertipu dengan perniaga yang pentingkan diri.. Kalau nk beli secara online pulak, boleh lah beli dengan ayu. Entry akan datang ayu akan share pulak pasal pilihan haruman yang disediakan oleh dexandra..

Khamis, 14 Disember 2017

Ingatkan Kena Saman, Rupanya Notis Parking..


Awal bulan baru ni berkesempatan  melawat mak abah di kampung.. On the way balik kampung baru ni singgahlah kejap makan mee pok soh dekat jerteh ni.. Antara tempat favourite  jugak ni tau. Kalau nk tahu lebih detail, boleh check entry sebelum ni.. 

Tempat makan ni kalau ikutkan biasa-biasa jer, tapi Alhamdulillah memang menepati citarasa. Kalau masa kali pertama dtg sini dulu takdelah kata tempat ni best. Tapi lama- macam ketagih pulak.. Paling kurang sekali sebulan akan datang makan kt sini, ada kalanya lebih sekali sebulan pun ada. 😂😂

Lepas makan nk gerak balik kampung, nampak ade kertas dekat wiper, ingatkan dah kena saman rupanya kertas bayaran parking jer.. Masa perasan kertas tu kitorang dah gerak, jadi berhenti jap tepi jalan n ambik kertas tu, Terkejut tengok jumlah bayaran kt kertas tu.. 
Murah sangat2 n macam tak percaya pun ade. 


Bayaran yang dikenakan cuma Rm 0.30 jer.. macam tak percaya tau. Maklumlah Ini kali pertama dapat kertas parking masa g jalan kt jerteh ni. Ye lah kan, biasa datang waktu petang. Parking dah free sebab dah abis waktu pejabat, orang kerja parking pun dah balik.. 😊

Disebabkan Masa tu dah dalam perjalanan balik kampung, tak sempat nk cari pondok bayaran parking.  Jadi beberapa hari lepas sempatlah luangkan masa gi bayar parking dekat Jerteh.. Kalau ikutkan dah lebih tempoh 7 hari dah, jadi bayaran parking dah jadi Rm 2.. 

Masa duk meronda cari pondok bayaran parking tu, ternampak pekerja Majlis Badaran Besut tengah edarkan kertas parking. Kat kertas tu ada tulis boleh bayar pada pekerja majlis bandaran. Jadi cepat2 pergi bayar pada diorang. 

Hulur kat diorang rm 2, tapi diorang just mintak 30sen jer.. Memang seronok tak terkata lah kan.. jimat dah 1.70.. boleh buat minum air teh o ais dah tu.. 😂 Tapi ikutkan tak kisah pun bayar rm 2 sebab harga tu masih murah lagi kan.. 



Harga parking kt tempat korang pulak macam mana? Rasa berpatutan tak? 

Destinasi Mernarik untuk Bersantai : La Hot Spring Jerteh, Terenganu



Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percutian mesti tengah sesak dengan pengunjung kan, rate hotel n resort pun kalau waktu cuti sekolah harga boleh menangis 😭😭 waktu nk bayar.. 

Kalau ramai sangat orang ni tk seronok sangat kalau nk bersantai bersama keluarga, pegerakan pun agak terbatas nanti. Kalau nk shopping pun tak best sebab peniaga biasanya letak harga yang lebih tinggi. Biasanya masa macam ni lah peniaga akan ambil kesempatan  kaut keuntungan yg lebih banyak. 

Dalam entry ni ayu nk share 1 tempat percutian yang boleh korang pilih sebagai salah satu destinasi untuk bawak anak-anak masa cuti sekolah ni. Kalau korang sukakan alam semulajadi tempat  ni memang sangat-sangat sesuai. 

Sepanjang 4 tahun duduk di kelantan, ini adalah kali kedua jejakkan kaki ke tempat ni. Alhamdulillah  banyak sangat perubahan. Kalau dulu kemudahan tandas pun agak kurang memuaskan. Tapi sekarang sejak march 2013 kawasan ini telah diambil alih oleh Majlis  Bandaran Besut (MDB) Kemudahan awam dibawa selian MDB adalah lebih baik berbanding dulu.. 

Masa ayu datang ni waktu cuti sekolah hujung tahun, jadi ramai jugaklah orang masa tu, tapi abang yang jaga toilet tu cakap kalau hujung minggu lagi ramai yang datang. Masa datang baru ni ayu sempat jugaklah rendam kaki dalam kolam air panas tu.. tapi kejap je lah sebab air nya agak panas.. 😂😂

Sebelum kita layan gambar menarik yang ayu sempat snap, kita baca serba sedikit info pasal kawasan kolam air panas la ni.. 

Kolam Air Panas La @ La Hot Spring Terletak di kawasan  pendalaman Hulu Besut.  Kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut. 

Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi.  Pengunjung yang datang turut berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan. 

Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia “SULFUR” atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit. Ia juga dikatakan sesuai untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan.

La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi. Terdapat banyak chalet baru yang dibina dengan harga yang berpatutan. 



Pintu Gerbang masuk ke kawasan 
La Hot Spring 

Bangunan kedai dan hotel

Kalau lupe nk bawak pelampung 
Boleh beli kat sini jer

Kena jalan kaki sikit ye kalau nak g 
Kolam tu ye

Jambatan merentas sungai untuk 
Ke kolam air panas

Ni lah sungai yang korang kena lintas 
Untuk ke kolam tu. Kat sini pun
ramai orang yang mandi.

Ramaj kan yg mandi kt sini, tapi air
Kat sini sejuk. Kalau kawasan bawah
Kolam air panas tu suam kowt. 

Kawasan lapang sebelum sampai ke 
Kolam air panas. 

Kalau nak berkelah boleh guna 
Wakaf ni sebagai tempat makan
Dan boleh duduk santai2.. 

Air terjun kecil yang bersambung ke
Sungai bawah tu. 

Kolam kecil @ kolam bawah.. 
Kolam ni rasanya dalam sikit
Berbanding  kolam atas.

Kolam ala spa yg dibina untuk 
Pengunjung. Air mengalir dari batu 
Ke dalam kolam.

Sempat selfie sepukul 
Kat tepi kolam ni.. 

Kat sini ada binaan kolam kecil, 
Tapi sekarang tk berfungsi pun.  

Tandas awam yang dah diperbaharui.

Ruangan untuk tandas dan bilik mandi
Dipisahkan.


Bilik mandi yang selesa. 




Aliran air sungai yang sejuk dan 
Menenangkan. .

Keluarga boleh bersantai di tepi 
Sungai.


Ha.. ni lah jambatan yang kita 
Kena lalu kalau nk ke kolam.


Antara chalet yang boleh jadi pilihan
Kalau nak bermalam..





Ni antara gambar yang ayu sempat ambil, tapi ayu tk sempat nk ambil detail pasal hotel n chalet kat sini.. tapi InsyaAllah  next time kalau ayu pergi sini lagi, ayu tambah dalam entry ni.. 

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...