Jumaat, 28 September 2018

Servis Gosok Pakaian Kota Bharu


Assalamualaikum...
Salam Salam Jumaat dan salam hujung minggu buat anda semua yang sudi singgah di blog ayu. 


Wanita masa kini kebanyakan nya adalah wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk dalam menguruskan rutin harian... Selain mempunyai kerjaya yang hebat,  mereka juga adalah isteri dan ibu yang hebat dirumah..  Kalau dipikirkan semula,  berat betul tangungjawab mereka kan... Selain bebanan kerja di tempat kerja,  mereka juga terpaksa menguruskan rumahtangga selepas habis waktu bekerja.

Oleh itu,  kadang kala masa yang ada agak tidak mencukupi untuk mereka menguruskan semua kerja rumah... Nak pulak kalau yang ada anak sekolah tu kan.  Ada masanya tk sempat nk gosok baju anak dan baju kerja untuk esoknya sebelum tidur. Waktu pagi pulak keadaan jadi kelam kabut  nak suruh ank mandi,  nak siapkan sarapan, sampai terkejar2 nak gosok baju. Ada jugak masa anak terpaksa ke sekolah dengan baju tk bergosok.  Kesian pulak kan ank ke sekolah dengan baju tk bergosok.  Kalau untuk mak2 ni takpe lagi,  boleh jugak cari baju yg tk perlu gosok.. 

Tapi untuk baju sekolah,  memang tkde pilihan kan. . Kedut seribulah baju anak tu kalau tk digosok.. Bukan tk nak gosok masa cuti hujung minggu,  tapi masa cuti tu lah baru ade peluang nk berehat, nak kemas rumah betul2 dan luang masa bersama anak dn suami... Masa cuti jugaklah baru ada masa nk ke pasar raya untuk beli keperluan harian.. Jadi waktu cuti tu adalah terhad dan terlalu banyak benda nk buat..

Jadi untuk memudahkan wanita yang selalu sibuk dengan tugas harian tu, ayu ada berita baik untuk anda.  selain menyediakan perkhidmatan melipat pakaian sepertimana yg ayu pernah share sebelum ni, ayu juga turut menyediakan perkhidmatan menggosok pakaian.  Boleh hantar pakaian untuk ke pejabat,  uniform sekolah anak2, dan lain2 lagi..
Semua jenis baju pun ayu sedia gosok.. Boleh hantar stok baju untuk seminggu ataupun sebulan. . Mana yg di rasakan sesuai lah...

Kalau untuk harga pulak,  tk perlu risau,  harga yg ayu tawarkan adalah sangat berpatutan dan lebih rendah dari harga di kedai dobi.  Paling best kalau hntar baju untuk digosok kt ayu adalah,  ayu akan bagi diakaun kalau hantar banyak.  Dan setiap kali hantar akan terima resit sebagai bukti perkhidmatan. Bila cukup 5 keping resit,  Jika hantar untuk kali ke 6, anda layak dapat diskaun sehingga Rm 5. Tapi kena tunjuk bukti resitlah tau..

Kalau tkde bukti susahlah nk bagi diskaun... Tapi setiap kali hantar pun biasanya ayu tetap akan bagi diskaun.. Kalau hantar banyak,  lagi banyak diskaun... Tk rugi tau guna servis ayu..  Jimat masa, jimat tenaga.. Lebih banyak masa boleh diluangkan bersama anak2 dan suami tercinta.   Tk perlu nk berpeluh2 mengosok pakaian pada waktu cuti mahupun pagi2 sebelum ke tempat kerja. .

Untuk yang berminat nk gunakan servis ayu ni...
Boleh terus whatsapp ayu di
0172827969
Lokasi : Taman Firdaus Panji

Nak hantar baju pulak,  tk kisah bila2 pun.. Seeloknya msj dulu sebelum dtg, jadi ayu boleh tunggu... Bukan ape, takut ayu tkde kt rumah je kalau awk datang tk bagithu..











Khamis, 27 September 2018

Food Hunter : Kelantan - Art Char Kuew Tiaw Taman Bendahara



Hari ni macam penat sikit... Tapi bukan buat ape sangat pun.. Rutin kemas rumah macam biasa jer.. Mungkin sebab badan tk berapa sihat dalam seminggu ni.. Tambah pulak  rasa macam terlebih makan je siang tadi masa pergi majlis jamuan makan sambil menderma untuk beli tanah dan pembinaan masjid di bachok petang tadi . Menu makanan yang disediakan banyak sangat,  semua rasa nk cuba. . Jadi cuba jugak serba sikit. .

Tambah pulak hari ni rasa macam panas sikit, jadi minum air banyak sangat hari ni sampai rasa kembung n sakit perut pulak waktu maghrib tadi. Jadi serba tak kena dibuatnya.. Tapi lepas muntah baru rasa ok sikit perut ni..   Jadinya lepas solat maghrib, golek2 jelah sampai terlelap... Bangun dalam kul 9, solat isyak dan tetiba terasa lapar... Pastu kak z pulak mention mimpi makan char kuew tiaw masa tido tadi... Terus siap2 n keluar cari kedai char kuew tiaw...

Kedai pilihan kami ialah Art Char Kuew Tiaw yang terletak di Taman Bendahara.. Di Pengkala Chepa... Tempat ni malam pun meriah lagi sebab ramai student UMK kt sini... Masa sampai kt kedai ni tadi pun orang agak ramai, seberang jalan pun meja dah hampir penuh,  tapi Alhamdulillah masih ada seat untuk kami berdua...

Bukan takde kedai lain yg jual char kuew tiaw,  tapi kedai ni antara kedai yang kena dengan selera kami... Pernah cuba beberapa kedai lain sekitar kota bharu ni,  tapi hampa..  Kami berdua ni,  kalau tetiba rasa nk makan sesuatu, tapi dapat makanan yg tk sedap,  mula lah mood jadi kelaut.. Oleh itu,  lokasi selamat adalah kedai ni.. 

Sepinggan ni harga nya
cuma rm 5.00 jer.. 

Malam ni kami order char kuew tiaw biasa jer,  tak ambik yg Special sbb ayu tk rasa nk makan udang malam ni..  Boleh pulak kan. . Kalau yg Special  ni udang lagi banyak dan meriah dalam pinggan.. Kalau orang suka udang bolehlah ambik yg special tu.. Tadi pun ayu ade perasan kt banner diorang,  ada menu char kuew tiaw sotong dan telur puyuh kalau tk silap..  Tapi lupa nk snap gambar.. 

Maybe next time kalau ayu g kedai ni lagi,  ayu share menu lain lagi. Kalau korang nk tengok lebih banyak info pasal kedai ni pun boleh check fan page diorang. . Taip je nama kedai ni,  nanti keluarlah kt fb tu. . 


Rabu, 26 September 2018

Sumbat Mayat ibu Dalam Tangki Najis


Sekali lagi negara kita dikejutkan dengan kes yang boleh dianggap kejam dan menyayat hati apabila seorang anak sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri dan menyorokkan mayat ibu di dalam tangki najis...

Difahamkan, ketika kejadian, suspek berada dalam keadaan khayal menghidu petrol dan bertindak kejam terhadap ibunya... Demi menutup kesalahannya, suspek turut bertindak menyembunyikan mayat ibu didalam tangki najis.. Dan mayat ibunya hanya dijumpai selepas 6 hari dilaporkan hilang...

Disebabkan itulah kita perlu memerangi dadah habis habisan,  kerana sesungguhnya dadah membawa kebinasaan kepada manusia..  Lebih banyak buruk dari baik,  dan kedaran terhadap bahayanya dadah perlu dipupuk dari seawal usia kanak2 lagi.  Agar mereka tidak berminat dan berani mencuba sebarang jenis dadah pada masa akan datang...




Mayat mangsa dijumpai dalam tangki najis di belakang rumahnya di Balik Pulau tadi. Gambar kecil: lelaki ini diburu polis untuk membantu siasatan.

BALIK PULAU- Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila disumbat ke dalam tangki najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, Faridah Mat Hashim, 63, ditemui menantu lelakinya selepas mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berulat kira-kira jam 2.40 petang tadi.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan kelar pada lehernya sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam tangki najis sedalam kira-kira 1.5 meter.

"Mangsa dikatakan hilang sejak enam hari lalu dan kali terakhir ditemui keluarganya pada subuh Rabu lalu.

"Suspek utama adalah anak lelaki mangsa berusia 29 tahun," katanya kepada media tadi.

Anbalagan berkata, suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes mencederakan orang.

"Suspek yang tidak bekerja itu menghilangkan diri pada hari sama mangsa dilaporkan hilang.

"Dari keterangan kakak suspek, adiknya sering menghidu gas petrol dipercayai untuk khayal,” katanya.


Antara komen dari pelayar fb sinar harian berkaitan artikel ini. .




Update
Suspek telah berjaya diberkas,  ahli keluarga berharap suspek dikenakan hukuman yng setimpal.. Suspek pernah mengacukan pisau kearah mangsa sebelum ini..

Ahad, 23 September 2018

Nyaris Di Pukau Ketika Sedang Solat Di Surau KTM Ipoh..




Jarang2 sekali berpeluang berkongsi cerita kat blog ni... Bukan sebab sibuk sangat,   tapi ada masanya tkde idea nk tulis... Tapi masa scroll fb hari ni Ada sahabat fb share pengalaman dia nyaris dipukau ketika solat di surau.. Bahaya kan,  masa solat pun orang masih nk buat perkara yang jahat... Nasib baik masa solat,  mungkin Allah pelihara sahabat ni... Bila die rasa lain macam die berhenti dan Alhamdulillah diberi kekuatan untuk lari keluar...

Lepas baca terasa nak kongsi kt blog pulak... Semua orang berisiko untuk berada dalam situasi macam ni...  Oleh tu kita perlu sentiasa berjaga2 dengan orang yg kita tak kenal. . Sebab tu kadang2 bila ayu solat dekat masjid atau surau, ayu takut nk jawab bila ada orang tegur n tanya sesuatu. sebab takut jadi kes pukau...

Kadang2 kita kena berwaspada juga kan.. Sebab kita tk kenal dan tk tahu kalau orang yang tegur kita tu ada niat buruk pada kita... Tapi kadang2 jawab juga teguran tu tapi dalam hati tak berhenti istigfar.. Ye lah kan,  kadang bila makcik2 tegur, tk sampai hati pulak nk abaikan jer..  Jawab jugak,  tapi tk berani nk borak lama2...

Tapi apa pun kita kena sentiasa berdoa agar kita sentiasa dilindungi dari orang yg berniat jahat pada kita... Kat bawah ni ayu sertakan cerita yang dikongsi oleh sahabat fb ayu... Harap lepas ni kita lebih berhati2 dan elakkan pergi solat sorang2 kalau boleh...






Di PUKAU DLM SURAU KTM IPOH

Gigil xabis lg 😭 tp sy nak share takut org lain kena ..

Dlm 4.50 pm
Muatan surau 3org
Masa Sy masuk surau tu kosong

Rakaat pertama ok
Rakaat kedua ok
Masuk rakaat ketiga ada org tolak pintu
Dia masuk .
Lalu blakang sy .
( bukak pin tudung dia ,
smbil tgok cermin mungkin )
Lepastu dtg dekat ,
Dia bisik kt telinga kanan sy

“ jajshdywiwsjhddhjdjsnddbhddjjxjjdjdkd “
5 saat

Sebelah badan sy panas , tgn kanan sy panas, haba dr suara dia pun panas.
( mmg betul suara org ) 😭😭😭😭😭😭

Sy nak sujud , nak bangun tu tgn menggeletar gigil sy jerit “allahuakbar “
Dah x kuat nak bangun .
Sy dah x boleh nak teruskan solat
Sy tarik sejadah .
Sy tarik handbag sy
Kuatkan dri nak bangun jugak
Sambil jerit mengadap dia
( tp x pndang mata dia pun )
“Allahuakbar
“Allahuakbar
“Allahuakbar xhenti2, kuat2 ,
smbil gigil lipat sejadah tu
Tanggalkan kain , sangkut..
nak tanggalkan telekung tp teringat pakai rantai emas .
Sy keluar terus dr surau tu dgn telekung tu skali pergi ke arah staff / kawan2 lain
( sy ni staff ktm )

Dia duduk kat lantai surau tu smbil tengok sy keluar .
Sy x pandang pun. Nasib baik dia x halang sy keluar .

ALHAMDULILLAH ALLAH SELAMATKAN SY HARI NI . 😭😭😭😭😭😭😭
Skrg cuma gigil x abis dn tgn sy terasa baki ber”bisa”
Pukau dia mungkin “separuh jln”
Dan ALLAH lebih berkuasa 😭😭😭
Sy kuatkan diri bergantung pada yg atas
Alhamdulillah.

Special Thanks to
Fer Safri
Harimau Kumbang
N akramin yg tlg secure akk
N all polis bantuan ipoh
🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻😭 tengkiu so much
Tq Yuslina Yusuf temankan rita td
May allah bless u guys

Pesanan pada penumpang keretapi diseluruh malaysia. Tlg la berteman dan elakkan solat sorg2 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Sy dinasihatkan utk tidak mengambil gambar si pukau tu .
Dan pada awk si pukau
Hari2 sy akan doakan awk 😭
Moga masih ada kesempatan jln utk awk menemui pencipta dgn keadaan yg bertaubat . Amin 😭🙏🏻

-tamat-
mohon share utk sama2 mengigatkan yg lain 🙏🏻

Share lah kalau korang rasa bermanfaat untuk korang dan orang lain....

Jumaat, 21 September 2018

HATI-HATI PILIH KEDAI MAKAN DI PANTAI CAHAYA BULAN



Hari ini kita boleh lihat Pantai Cahaya Bulan yang merupakan lokasi tarikan pelancong ke kelantan sudah tidak semeriah dulu... Bilangan pengunjung agak berkurangan dan ada sesetengah pengunjung hanya datang ke pantai itu untuk bersantai di tepi pantai sahaja.  Mereka lebih memilih membeli makanan bungkus, mahupun makanan yg di jual tepi jalan berbanding duduk sambil bersantai di kedai makan yang disediakan.  Kedai makan sekitar pantai cahaya bulan jugak kelihatan agak suram dan tidak meriah dengan pengunjung... Ini adalah ekoran beberapa kejadian yang melibatkan kedai makan di pantai cahaya bulan. . 

Ini bukan kali pertama, tapi sudah berkali-kali kedai makan sekitar Pantai Cahaya Bulan Tular di media sosial ekoran dari harga makan yang dikenakan oleh peniaga yg tidak masuk akal dan boleh dikatakan terlalu mahal.. Ramai pengunjung telah terkena apabila makan di deretan kedai makan di Pantai Cahaya Bulan ini..

Bukan hanya pelancong malah ada juga dikalangan warga tempatan yang telah terkena bila makan di sini.. Menu biasa2 tapi harga luar biasa. . Kalau luar biasa murah kira ok lah kan... Bila bab luar biasa mahal ni,  boleh pengsan rasanya waktu nk bayar...

Selain dari harga yg mahal,  sesetengah kedai makan disini tidak menjaga kebersihan dan kualiti makanan dan minuman... Setakat ni walaupun ayu selalu ambik angin di pantai cahaya bulan tu, ayu jarang makan kat situ... Sebab memang dh tahu kat situ harga makanan agak mahal.. Tapi ada juga kedai yg ok... N kalau silap masuk kedai makanan n minuman agak mengecewakan. .

Pernah 1 kali tu,  ayu dahaga sangat,  then masuk dalm kedai order air fresh oren n laici.. Bila minum,  fresh oren tu macam oren dah busuk, laici pulak rasa air karat tin... Sudahnya bayar n terus balik,  malm tu terus kena cirit birit.. Lepas tu memang serik dah nak masuk kedai sebarangan kt pantai cahaya bulan tu..

Baru2 ni tular pula  posting di media sosial pengunjung dari kedah yang telah dikenakan harga makanan sehingga Rm 400..

Berikut adalah paparan berita dari portal berita sinar harian..

KOTA BHARU – Sebuah keluarga dari Jitra, Kedah terkejut apabila dikenakan harga “cekik darah” iaitu RM50 bagi semangkuk 'maggi ketam' yang dimakan di sebuah gerai di persisiran Pantai Cahaya Bulan, Jumaat lalu.

Mereka seramai 29 termasuk kanak-kanak datang ke Kelantan sempena majlis pertunangan salah seorang ahli keluarga dengan seorang gadis di Pengkalan Chepa.

Seorang daripada mereka, Siti Roshilah Rosli, 31, berkata, pada malam hari berkenaan, mereka pergi ke pantai tersebut untuk beriadah sebelum berhenti makan di salah sebuah gerai yang ada di tepi pantai itu.

Katanya, mereka kemudian memesan makanan masing-masing termasuk dua mangkuk maggi ketam; beberapa nasi putih dan tomyam selain memesan minum minuman kebanyakannya teh o ais; kopi o dan segelas air lobak merah.

Tiba masa untuk menjelaskan bil, mereka dikenakan bayaran RM413 bagi kesemua makanan itu menyebabkan pelanggan tergamam sebelum bertanyakan harga mi segera yang dimasak bersama ketam berkenaan.

“Air minuman dikenakan bayaran RM101; celup tepung RM109 dan masakan panas RM203 termasuk dua maggi mengandungi seekor ketam nipah dalam setiap mangkuk hidangan itu.

“Apabila kami tanya, harga masakan panas sampai RM203, peniaga itu memberitahu harga bagi semangkuk maggi ketam tersebut RM50 sedangkan tertera papan tanda harga di kedai itu menunjukkan harga maggi RM15,” katanya.

Menurutnya, biarpun berasa teraniaya dengan situasi itu, mereka tetap menjelaskan bayaran sebelum bertindak memuat naik status di laman sosial dan turut berkongsi luahan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu di Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Aduan saya mendapat maklum balas positif daripada pihak berkenaan dan mendapat tahu mereka sudah menyerbu kedai makan tersebut. Status itu mendapat banyak perkongsian oleh pengguna Facebook dan banyak komen mengatakan mereka juga pernah terkena harga cekik darah di kedai yang sama.


Status yang dimuat naik Siti Roshila turut dipanjangkan kepada KPDNHEP dan mendapat maklum balas positif dari pihak berkuasa berkenaan.
“Saya harap tindakan tegas diambil pihak berkuasa supaya memberi pengajaran kepada peniaga sebegini agar tidak mengambil kesempatan dan sewenang-wenangnya mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Firdus Zakaria berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan di gerai berkenaan dan mendapati peniaga itu dipercayai cuba mengelirukan dengan mempamerkan tanda harga yang berlainan berbanding harga yang dikenakan kepada pelanggan.

“Peniaga memberi alasan bahawa harga ketam mengikut pasaran semasa dan memberitahu tidak sempat untuk menukar paparan harga. Peniaga ini dipercayai mengambil kesempatan kerana ketika itu musim cuti dan terdapat elemen berniat “sembelih” pelanggan.

“Sehubungan itu, pihak kami tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas dengan memanjangkan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



Selasa, 18 September 2018

KEKABU KUCING UNIK, TEMBIKAI SUSU JADI MAKANAN KEGEMARAN



Kucing merupakan haiwan peliharaan yang jinak dan comel.  Ramai diantara kita yang memlihara kucing sebagai haiwan peliharaan untuk dijadikan peneman di rumah. Telatah mereka yang comel sentiasa menghiburkan hati..

Terdapat pelbagai spesis kucing di dunia ni.  Ada yg berbulu lebat dan panjang,  berbulu pendek, dan  tiada bulu... Dari yang berharga ribuan ringgit hingga yang murah.. Ada juga kucing yg boleh dapat secara percuma... Macam kucing peliharaan ayu,  semuanya percuma tau,  sebab ayu kutip jer kt pasar, kedai makan,  pantai n kat kampung. . 

Kucing kampung ni memanglah tk secomel kucing import tu,  tapi tetap menghiburkan. . Buat masa sekarang ayu ada lebih kurang 9 ekor kucing peliharaan.. Ada yg bulu tebal dan panjang dan ade jugak yg berbulu biasa2... 

Perangai kucing ni pulak ada macam2 jenis. Ada yg manja sangat dan ada yg suka buat hal sendiri jer... Ada yg suka dibelai,  dan ada juga tk suka didekati. . Tapi biasanya kalau kucing peliharaan ni lebih cenderung kepada  suka dibelai... Bab makan pun ada yg memilih makanan,  dan ada yang makan apa saja... 

Kalau cerita bab makan ni  ada sekor kucing ayu ni,  die punya pilihan makanan tu pelik sikit... Yelah mana tk pelik kan kalau kucing suka makan buah n sayur... Nama kucing ayu ni Kekabu... Bukan tudung kekeboo tu atau kekabu yng orng buat bantal tu tau.. Nama je lebih kurang sama. . 

Tapi bukan semua jenis buah yang die makan tau.. Biasa nya die teruja sangat dengan buah tembikai susu... Mula tu tk perasan sangat,  tapi setiap kali ayu potong buah tembikai susu untuk Sugar glider, die memang bising macam nak minta buah tu,  tapi tk pernah bagi..  Cuma perasan kulit tembikai susu yng ayu tinggal atas sinki selalu hilang..  Ingatkan ada yg tolong buangkan,  rupanya anak bulus yg makan... 

Lepas pada tu,  setiap kali potong buah untuk sg,  bagi jugaklah buah untuk kekabu..  Tapi buah lain die tk teruja sangat.   Kalau buka peti pun die mesti sibuk nk cari buah dalam tu.   Kekabu ni agak memilih jugak bab buah yang die nk makan..  Kalau bagi betik tak layan pulak..  Selain tembikai susu kekabu suka jugak mkan timun yg kita buat ulam tu..  Kalau sebatang timun tu,  die boleh habiskan hampir separuh untuk sekali makan..

Selain tu kekabu juga suka makan sayur kobis... Tak tahulah kenapa,  tapi nampak cam sedap je die makan mentah sayur tu. . Macam makan salad je... Mungkin sebab kobis tu rasa die rangup2 kot... Yg ni pun mula tk pernah bagi jugak,  tapi die panjat n golek kobis tu sampai jatuh n makan kobis tu... So lepas tu ayu cuba bagi sikit.. Eh betul lah kekabu memang makan kobis tu...


Kekabu ni antara anak bulus paling manja jugak berbanding mak die n adik beradik die yg lain. . Kadang tu tido pun demand,  nk kena padang air cond dan nk tido dalam blik.  Kucing lain tkde yg sibuk nk masuk dalam bilik, tapi kekabu ni,  bila kit duk dalam blik, biasanya die akan menjerit depan pintu bilik n suruh kita buka pintu..

Kalau nk ikutkan anak bulus ni ada macam2 perangai dan ragam... Walaupun kadang2 tu terasa nk marah,  tapi tk pernah terasa nk sakiti diorang..  Sebab kucing ni pandai ambik hati dan selalu buat muka comel.. 😂😂







Khamis, 13 September 2018

Pray 4 Kucing Dobi



Luluh rasa hati bila tular di media sosial gambar ibu kucing yang terbaring kaku dalam mesin pengering.  Ibu kucing ini dianiaya oleh 2 orang pemuda yang tidak berhati perut..

Apa yg mereka buat terhadap ibu kucing yang sedang bunting itu adalah amat kejam dan tk boleh di terima dek akal..

Menurut laporan, kejadian tersebut telah belaku di Malaysia, di negara kita sendiri... Macam tk percaya kan ada orang sekejam tu...


Berikut adalah caption dan video dari Persatuan Haiwan Malaysia...

Animal Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan dua pemuda yang menzalimi dan membunuh seekor kucing betina yang sarat bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi di sebuah Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor.

Pelaku dipercayai pelanggan tetap yang kerap ke kedai dobi ini dan tinggal berhampiran kedai dobi. Manakala ibu kucing tersebut adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi tersebut.

Namun amat menyedihkan apabila ibu Kucing malang  berserta anak  dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi hari Selasa 11 September 2018. Perilaku kejam ini tidak dapat diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia bukanlah menzahirkan budaya Malaysia yang penuh harmonis dan lemah lembut.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak Selangor untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Diharapkan pelaku dijatuhi hukuman setimpal kelakuan zalim di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Bukti rakaman CCTV dan beberapa keping gambar yang jelas menunjukkan wajah pelaku telah dirakamkan dan diharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan sehingga terhukumnya pelaku.


Apa kesalahan dan dosa kucing tersebut hingga diperlakukan sebegitu rupa.. Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan  dikalangan nitizen terutamanya pencinta kucing.

Turut tersebar,  coretan kata2 menyayat hati buat si ibu kucing yg telah menjadi korban dari perbuatan zalim 2 pemuda tersebut.

Tragedi September di Dobi,

Aku menumpang teduh didalam kedai dobi,
Aku hanya ingin selesakan diriku yang sedang sarat mengandung dari kesejukan diluar kedai,
Aku tidak kacau sesiapa didalam kedai,
Aku hanya peneman buat mereka yang selesa denganku disitu..

Namun,
Entah mengapa aku disapa dua orang lelaki yang telah selesai membasuh baju,
Telatah mereka gembira mungkin selesa dengan kehadiranku,
Aku baru ingin tidur disitu,
Salah seorang mengangkat aku dan membawaku ke satu tempat,
Mereka ketawa riang,
Aku menurut sahaja,
Tanpa aku sedari,
Aku dimasukkan kedalam mesin pengering baju,
Pintu ditutup,
Mereka ketawa-ketawa riang,
Aku terpinga-pinga,
Aku nak keluar dari sini,
Tolong aku,
Aku tak tahan kepanasan di dalam ini,
Tolonglah keluarkan aku,
Jika tidak kasihankan aku,
Kasihankanlah anak-anakku yang bakal lahir,
Aku terus menguis untuk keluar,
Mesin berpusing laju tanpa belas,
Adakah mereka diluar tidak dengar jeritanku?
Aku sempat melihat mereka berpatah balik namun tidak mengendahkanku,
Kenapa aku diperlakukan sebegini?
Aku tidak kacau sesiapa,
Aku nak berteduh sahaja,
Jika keinginan aku berteduh menganggu kalian, aku minta maaf,
Aku terus kepanasan didalam....anak-anakku sayang...aku memohon maaf kerana tidak sempat menunjukkan pada kalian apa itu dunia,
Maafkan Mama sayang....

Moga pesalah mendapat hukuman yg setimpal..


Isnin, 3 September 2018

Cara Simpan Petai Supaya Tahan Lama dan Kekal Segar




Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik dan kesemsempatan untuk menulis lagi di sini..

Kalau perasan, kita sekarang masih lagi dalam musim buah kan... Tapi tkdelah meriah macam bulan lepas..

Selain buah buahan tempatan,  ulaman yg menjadi kegilaan kebanyakan orang pun dah banyak di jual..  Harga pun dah murah dan tk semahal di awal musim dulu..

Kalau masa mula2 musim petai dulu,  seikat Rm 10 cuma dapat 7 papan jer.. Itu pun terasa murah dah... Sebab sebelum tu ayu beli dgn harga rm 5 untuk 3 papan..

Kebetulan dalam 2 minggu lepas sempat berjalan ke jerteh demi mencari sepinggan mee kuah dan menikmati satay lanang yg marveles dekat jabi, nampak kedai jual petai dan buah2 lain...

Kedai tu dah terlepas sebenarnya, tapi disebabkan masa tu tengah dalam musim craving nk makan petai buat ulam,  kitorang patah balik cari kedai tu walaupun dah jauh terlepas.

Terdetik juga dalam hati, kalau dapat murah nk juga beli banyak... Borong boleh buat jeruk petai... Lagi pun jeruk petai ni boleh simpan lama...

Memang betul,  murah petai kt sini..  Ayu pun ape lagi,  terus jadi tamak waktu tu.. 1 jambak ni dapat harga rm 30..  Org jual tu kate ade 100 papan.. Kiranya 1 papan jatuh harga rm 0.30 je lah kan..



Meriah tak petai ni.. Mata die kasar2 tau... Makan sebijik pun dah puas hati.. Memang berbaloi sangat2 rasanya beli petai ni...

Petai ni ada sesetengah orang tak suke makan sebab nanti mulut berbau n tambah pulak bilik air pun akan bau busuk...

Tapi bagi org yg suke,  masalah bau tu tolak tepi jerlah kan. . Termasuklah ayu sekali. . Hahahaha. . Tapi bagi ayu,  kalau mibum air banyak dan kena  cara masak,  bau buka lagi masalah..

Bila dah beli petai banyak2 macam ni,  kena simpan dengan cara yg betul baru boleh tahan lama.. Tk kan nk makan sekali hadap pulak kan...

Jadinya kenalah simpan sebahagian dari petai tu. . Ada 2 pilihan,  iaitu buat petai jeruk atau simpan agar kekal segar...

Cara buat Petai Jeruk..

Mula-mula kena bersihkan potong bagi pendek sikit petai tu sekali dengan kulit supaya senang nk rebus dalam periuk... Kalau korang rebus dalam kuali,  boleh je rebus panjang gitu sekali gus..

Rebus tu sekejap jer,  agak2 bagi petai tu layu sikit jer..  Dalam 10 ke 15 minit camtu. Lepas tu tunggu sejuk dan boleh kupas kulit petai tu...

Kemudian sediakan air larutan garam... Bab ni korang kena agak2 agak je lah untuk sukatan garam tu.

Macam ayu,  ayu ambik segengam garam n campur air separuh balang... Lepas tu masukkan petai yg dah dikupas sampai penuh.. Kemudian tutup balang tu dan tunggu 2 ke 3 hari dah boleh makan... Kalau tk cukup masin boleh tambah garam dalam air tu.






Cara Simpan Petai agar Tetap Segar

Petai ni tk boleh disimpan besama kulit,  sebab kalau kita simpan dengan kulit die akan jadi kecut. . Jadi kali ni ayu nk share lagi 1 cara simpan petai mentah. .

Yg ni tk perlu rebus... Tapi kena koyak kulit die dulu sebelum simpan dalam peti.  Lepas pisahkan petai dengan kulit tu boleh letak dalam bekas yg berisi air..



Untuk cara simpan dalam peti ni pun ada 2 cara...

Untuk simpan beku boleh pisahkan kulit selaput dalam tu dulu... Bila rendam dalam air ni lebih mudah nk pisahkan petai denganselaput die tu.

Kalau untuk simpan beku elok buang selaput tu kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti beku tu. 



Kalau nk simpan dekat ruang sejuk tu pulak,  terpulang pada koranglah sama ada nk buang atau tak selaput tu... Tapi kalau nk letak tempat sejuk je,  kenalah rendam petai tu bersama air.

Petai ni bila rendam dengan air die akan jadi kembang sikit n saiz die akan jadi lebih besar dari asal... Nanti selaput die tu akan terkoyak sikit dan bertukar warna gelap n agak lebam sikitlah.


Masa nk makan boleh buangkan selaput tu nanti.  InsyaAllah walaupun rendam dlam air,  rasa petai tu tk berubah pun.. 

Yg ayu buat,  lepas dekat sebulan rendam dalam air pun masih rangup lagi petai nya. Air rendaman tu kena tukar jugak tau.. Kalau dalam minggu pertma tu air die akan jadi berlendir sikit. 

Mungkin sbb selaput tu yg buat air jadi agak berlendir..  Masa ni kena kerap sikitlah tukar air... Minggu seterusnya dah ok dah air tkde berlendir lagi dah... Tapi sebelum makan tu eloklah basuh dulu... Kemudian boleh hidang...



Ni jelah antara gambar yg sempat snap..  Harap perkongsian ni bagi manfaat untuk korang..

Lepas ni dah habis musim petai pun boleh makan petai lagi,  sbb stok petai dah tersedia dalam peti...



Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...