Sabtu, 25 April 2015

HATI-HATI MAKAN SUPLIMENT - OVARI ROSAK KERANA MAKAN PRODUK SUPPLEMENT 'SAMPAH'

Artikel ini saya ambil dari sebuah blog lain...
rasa nk share kat sini supaya korang semua berhati-hati bila makan supliment tambahan, kononnya untuk kesihatan, tetapi sebaliknya pulak yang jadi...
jom baca dan sama2 renungkan...


Puan Nur Farina Abdullah pernah menjadi duta produk kesihatan. Beliau juga memakan produk itu. Ini pendedahan beliau akan kesan dan akibat makan makanan tambahan yang tidak dijamin keselamatannya.

SAYA pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu.

Bagi saya cuba dulu untuk 2 3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2 3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.

Namun masuk bulan ke 4 5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk.

Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan.

3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat.

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain.

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata?

Sebetulnya inilah pertama kali saya makan produk-produk sebegitu. Selama ini saya lebih suka cara kampung.

Cuma buat pengetahuan semua, Julai 2014 saya sudah pun dibelah perut oleh Prof Doc Hamid Arshat di Pantai Hospital kerana kedudukan rahim saya terbalik yang menyebabkan saya sukar mengandung. makanya rahim saya dibetulkan dan Doctor kata rahim saya tak ada masalah, ovari saya juga tidak ada masalah dan boleh hamil seperti biasa.

Kemudian sekitar Ogos 2014 saya ditawar menjadi duta dan saya terima sekitar Oktober 2014 saya menerimanya setelah saya dapati selepas saya makan produk itu period saya sudah tidak sakit seperti biasa lagi, padahal saya sudah tidak sakit ketika period kerana rahim saya sudah dibetulkan bukan sebab produk itu.

Kemudian sekitar bulan Disember 2014 sahabat suami saya yang sangat pakar dengan perniagaan seperti itu memberitahu suami saya bahawa saya ini menjadi duta pada produk "sampah".

Makanya saya berhenti terus makan produk itu dan saya mula rasa bodoh kerana ditipu hidup-hidup sebab sebelum itu saya tanya pada tokeinya, dari mana dia hasilkan ramuan tersebut, dia kata dia ada orang RnD-nya kunun2, dia ada perunding dan sebagainya walhal from A to Z dia suruh kilang yang buat, dia hanya cakap mahu perasa apa. packaging dalam hingga kotak luar juga kilang yang uruskan, dia hanya ciptakan jenama apa yang dia mahukan sahaja kemudian buat iklan.

Jadi cuba kita kira, berapa lama saja saya makan produk itu? Tak sampai setahun pun tapi kesannya?

Biarlah saya tak jadi duta, tak glemer dan tak ada duit masuk pun asalkan saya tak dicari di akhirat kelak kerana menjadi duta penipu orang ramai. Allah akan bagi kita rezeki lain walaupun saya dikecam hebat bila menarik diri dari menjadi duta tersebut.

Siap mereka ugut nak saman saya pula kononnya saya burukkan produk mereka, walhal memang produk mereka dah buruk pun.

Kredit - Nur Farina Abdullah
Sumber

Jumaat, 24 April 2015

Exam day...

Selamat pagi....
laju pulak jantung ni berdegup pagi2 gini...
nerves cm tk pernah masuk exam je...
now sedang menunggu detik nak masuk dalam dewan exam...
Alhamdulillah buku dah baca, dah buat rujukan pun tentang subjek ni... harap2 semuanya ok je lah pasni...

Wish me luck...

Khamis, 23 April 2015

Turun Naik bisnes

 Adat dalam setiap pekara yang kita buat pasti ada turun dan naiknya... tak kira sama ada berkerja makan gaji ataupun berniaga sendiri.. Aku dulu kerja makan gaji ngn orang buat sale, ada masanya sale tinggi ada masanya sale jatuh menjunam, time tu tak pikir sngat, sbb cukup bulan akan dapat gaji... klau sale tinggi komisen bnyak, kalau sale kurang komisen sikit... Mestilah seronok kalau sale tinggi, sebb dapat komisen bnyak, gaji pun bnyaklah dapat kan, tapi kalau time sale tak berapa ada, memang rasa down je time nk terima gaji...

Tapi sekrang ni tkde dah nk pikir pasal komisen bagai, sebab sekarang berniaga sendiri... kalau ade sale, adalah income. Kalau tkde sale tak ada income... Ada masa dan ketika sale memang banyak, tapi ada waktu memang tkde sale.. time ni memang stress dibuatnya... tapi rezeki tu Allah dah tetapkan... klau tak ada sale dia akan bagi benda lain, yang kita lebih perlukan... Ape2 pun aku sentiasa bersyukur... Alhamdulillah semuanya masih cukup makan dan pakai aku.

Tapi yang pasti lepas GST dilaksanakan ni sale memang agak drop sebb kebanyakan orang akan lebih berhati-hati kalau nak membeli barang. Mereka perlu mendahulukan barangan yang lebih penting iaitu barangan keperluan keluarga...  apapun yang belaku ianya tak akn buat aku jadi cepat mengalah... Sbab aku percaya rezeki untuk aku memang ada, cuma aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi lepas ni...


Selasa, 21 April 2015

7 Cara Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus


Pertama sekali sebelum anda amalkan perkara yang kami inginkan kongsikan ini, kami berharap anda dapat memahami bahawa kesihatan merupakan perkara pertama untuk buat anda cergas jika sudah berusia nanti.

Kita kurus bukan sahaja untuk kelihatan cantik tetapi dalam masa yang sama adalah untuk masa depan yang mana kita boleh pergi jalan-jalan tanpa naik kerusi roda.

Apa-apa pun, kami tekankan di sini, anda perlu berdisiplin dan konsisten melakukan perkara yang anda inginkan sangat. Janganlah hanya bermula sekejap sahaja.

1. Jadikan Air Kosong Sebagai Minuman Utama

Bab ini memang selalu sangat orang pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order pelbagai air manis. Kuatkan mental anda untuk menolak minum air manis.

2. Bawa Botol Air & Tandakan Waktu Anda Perlu Minum

Ini merupakan tips bagi siapa yang payah sangat mahu minum air kosong. Mahu gunakan botol mineral biasa pun boleh. Caranya, tandakan setiap 1 atau 2 jam anda perlu habiskan banyak mana. Bila sudah lama buat, tidak mustahil anda akan top up semula air sebab cepat sangat habis.

3. Sebelum Makan Nasi & Lauk Sedap-Sedap, Minum Dulu Air Kosong

Ini memang perkara mudah dan kami sendiri pun sudah selalu lakukan. Paling best, bila sudah selalu buat, sudah boleh jangka banyak mana kita akan makan. Sekurang-kurangnya satu gelas sebelum makan.

Kiraannya mudah – bila kita minum air kosong, selera makan sebenarnya akan turut berkurang dan perkara ini akan membantu kita untuk menurunkan berat badan serta mengawal pengambilan makanan yang tidak melampau. Cubalah jika anda tidak percaya.

4. Biasakan Minum Air Kosong Sebaik Sahaja Bangun Tidur

Ini memang penting, selain dapat mengurangkan dapat risiko penyakit lain, minum air kosong sebaik bangun pagi merupakan salah satu cara yang dapat serta membantu anda untuk kurang makan ketika sarapan. Terlebih sarapan nanti, lentok pula ketika sedang buat kerja.

Mahu senang lagi, sediakan terus air botol di tepi katil. Lepas bangun, terus minum dan rasakan sendiri kesegaran kepada badan anda. Tidak sangka bukan, perkara mudah sebegini mampu memberi kesan sepanjang hari.


5. Minum LAPAN Gelas Sehari Itu Semua Penipu!

Siapa kata anda perlu minum 8 gelas sehari sudah cukup? Itu semua penipu sebab anda kena minum lebih daripada jumlah tersebut apatah lagi jika berat badan anda sudah terlebih-lebih. Maka kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.

Tips mahu minum air banyak – mulakan dengan kuantiti kecil dulu. Mulakan dengan botol air kecil dahulu. Bila air masak yang anda minum cepat habis, ia akan memotivasi anda untuk minum dengan lebih banyak lagi. Maka lagi bersemangatlah anda untuk kurus

6. Minum Dengan Gunakan Straw

Sedar atau tidak sedar, jika kita sedang menonton wayang, mudah benar air habis. Begitu jugalah dengan air masak. Bila ada straw maka perasan atau tidak, ia membantu kita untuk menghabiskan air masak.

Malah, Ziana Zain pun amalkan minum air secara seteguk-seteguk sahaja. Jika tidak percaya, jika terjumpa Ziana Zain nanti, boleh minta petua daripada dia.

7. Disiplinkan Diri, Minum Segelas Air Selepas Solat

Mahu senang lagi, setiap kali selepas solat 5 waktu (bagi yang beragama Islam), sediakan terus air untuk diminum. Jika bab ini pun anda malas untuk lakukan, maka sila padamkan niat anda untuk kurus. Banyak sangat alasan, sila obesiti seorang diri.

Apa-apa pun, semua tips yang kami kongsikan ini tidak akan berhasil jika anda tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.
jumlah air yang perlu diminum mengikut berat badan untuk sehari... 

BONUS: Letakkan target anda untuk lihat perubahan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu & jangan target melampau, nanti anda hampa, terus berhenti minum

Anda ada 1000 alasan untuk tidak menjaga badan dan terus selesa dengan keadaan sekarang tapi sanggupkah anda menelan 1000 pil di usia tua semata-mata kesilapan anda sendiri yang tidak menjaga kesihatan di usia muda? Sudahlah anda tua dan obesit

Ahad, 12 April 2015

RASA 'AIR PAPER' BAG MAMPU BERTAHAN SEHINGGA 5 JAM

air ‘paper bag
BAGI yang mendambakan kenikmatan pelbagai rasa kopi seperti moka, kapucino dan kafe latte dengan rasa asli dan aromanya kekal selama lima jam bolehlah mencuba air ‘paper bag’.

Minuman berais yang didatangkan dengan ‘paper bag’ ini mula mencetuskan fenomena baharu apabila ia semakin popular dan mendapat tempat di hati pelanggan.

Rohana Yaacob, 36, yang berniaga minuman itu sejak awal tahun lalu, berkata, minuman itu terkenal dengan nama air ‘paper bag’ kerana ia dimasukkan ke dalam plastik dan dibungkus dengan beg kertas di sebelah luarnya.

Menurutnya, minuman itu berasal dari Thailand dan mula diminati oleh masyarakat di sempadan ini.

“Paling istimewa ais dalam air ‘paper bag’ ini tidak cair dan dapat bertahan selama lima jam.

“Malah, rasanya tetap sama kerana ais itu tidak cair,” katanya yang berniaga di pasar malam dan Pasar Tani Wakaf Bharu dan sekitar daerah ini.

Rohana berkata, selain beraneka pilihan kopi, ia juga didatangkan dengan perisa buah-buahan seperti jagung, lobak merah, timun susu dan keladi.

Katanya, ada 30 perisa untuk pilihan pelanggannya dan perisa terbaharu yang mula diminati orang ramai ialah teh hijau.

“Rasanya lebih enak kalau dicampurkan dengan susu cair, ia memberikan rasa lemak manis pada minuman itu.

“Saya menjual minuman ini dengan harga RM3 bagi sebekas plastik, manakala RM2.50 dijual di dalam plastik,” katanya yang dibantu anaknya, Nurul Damisa Mohd Rosli, 16, dan adiknya, Noraini Ismail, 22.

Sumber

Jumaat, 10 April 2015

BAYI DALAM BEG KERTAS DALAM KEADAAN SENYUM DAN TIDAK MENANGIS


Rawang: “Dia (bayi) dijumpai dalam keadaan tersenyum dan tidak menangis di dalam beg kertas,” kata Fakhrudin Abdul Karim, 46, sebaik menemui bayi lelaki yang dibuang di atas bonet sebuah kereta di kawasan meletak kenderaan Masjid An Nur Bandar Country Homes di sini, kelmarin.

Fakhrudin yang juga nazir masjid itu berkata, bayi malang terbabit ditemui selamat oleh seorang jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat Isyak pada jam 9.15 malam.

Menurutnya, jemaah masjid kemudian segera memaklumkan perkara itu kepadanya.

“Saya amat terkejut kerana kejadian itu pertama kali berlaku di kawasan ini. Bayi itu masih bertali pusat dan dibungkus bersama kain di dalam beg kertas.

“Peliknya bayi itu berada dalam keadaan tersenyum dan tidak menangis. Saya percaya bayi itu sudah dilahirkan beberapa hari lalu,” katanya.

Menurutnya, terharu dengan penemuan bayi itu seorang jemaah masjid melaungkan azan ke telinga bayi itu.

“Bayi itu baru dilahirkan, maka wajarkan bayi itu diazankan.

“Kami dapati beg kertas berisi bayi itu ditinggalkan di atas kereta milik seorang pesara polis berusia 64 tahun yang menemuinya,” katanya.

Fakhrudin berkata, dia kemudian mengarahkan jemaah masjid itu membuat laporan polis sebelum membawa bayi malang berkenaan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, bayi itu kini diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dijaga dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata bayi lelaki itu kini menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang.

Ali berkata, siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui saksi yang melihat individu meninggalkan bayi terbabit di atas bonet kereta.

“Kami (polis) minta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui individu yang baru sahaja melahirkan bayi supaya menghubungi balai polis terdekat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


Sumber

Khamis, 9 April 2015

GENG CUCI MASJID DAPAT PERHATIAN CINA DAN INDIA


SHAH ALAM - "Kami pernah menerima sumbangan dari bangsa India yang kagum dengan semangat kami, dan ada bangsa Cina yang melaungkan kata-kata ‘Malaysia Boleh’, sambutan semua bangsa membuktikan mereka berbangga dengan perjalanan kami."

Demikian respon jurucakap ‘geng cuci masjid’ Annas Aiman Jaffry, 27, yang menceritakan mengenai warna-warna perjalanan mereka serta perhatian masyarakat  sepanjang kembara mereka untuk mencuci masjid.

Jelasnya lagi, sejak kembara mereka bermula, mereka telah berjalan sejauh 764 kilimoter  setakat semalam.

"Kami sekarang berada di Masjid Kampung Beris, Kemaman, masjid yang ke-41, semalam dan adalah hari yang ke-75. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya adakah kembara mereka akan mencapai sasaran, Anas berkata Insya-ALLAH 'target' itu akan tercapai.
"InsyaALLAH akan tercapai," katanya.

Anas dan gengnya iaitu adiknya, Muhammad Aidil, 24, dan rakan mereka Hizamuddin Aliddin, 25, telah bertekad untuk berjalan kaki ke seluruh negara dengan niat untuk membersih masjid-masjid terpilih sepanjang perjalanan mereka itu.

Mengikut perancangan, dalam tempoh enam bulan pengembaraan, sebanyak 132 masjid di seluruh negara akan mereka kunjungi bagi tujuan itu.

Berasal dari Sabak Bernam, Selangor, mereka yang sebelum ini bekerja masing-masing sebagai penyelia stor dan pengawal keselamatan, sanggup meletak jawatan demi untuk merealisasikan hasrat itu.

Selasa, 10 Mac 2015

Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Pulau Perhentian


Entry kali ni nak cite pengalaman pertama aku ke Pulau Perhentian ahad lepas... Percutian ni merupakan percutian yang taj dirancang. Aku ngn housemate aku ni memang kalau nk g mana2 tak boleh rancang, sbb kalau rancang biasanya mesti tak jadi. Tapi untuk trip ke Pulau Perhentian ni, kami terpaksa juga buat perancangan sebab nak booking hotel, dan transport ke sana. Tapi aku ngn kawan ambil masa lebih kurang berberapa jam je untuk decide dan booking trip kitorang ke sana dengan sorang ajen ni, yang mana kami rasa pakej yang ditawarkan agak menarik dan berpatutan. Harga pakej lengkap dengan penginapan, makan, snorkeling, dan bot pergi dan balik, Rm 250 untuk seorang jadi total Rm 500 untuk 2 orang.

Disebabkan aku memang tak pernah kesana, jadi aku memang tak thu sangat pasal tempat tu, tapi kawan aku ni dah berberapa kali pergi ke Pulau Perhentian, jadi aku serahkan urusan percutian tu pada dia 100%. So untuk urusan pemilihan tempat dan lokasi tempat penginapan kat sana semua dia yang cari.. tapi atas persetujuan bersama juga. Jadi, petang sabtu kitorang dah confirm trip untuk ke Pulau Perhentian pada hari ahad keesokkan harinya. Pada kali ini kami turut memilih untuk menginap di chalet bajet rendah sahaja iaitu Fauna beach chalet... korang boleh Google pasal chalet ni kalau nak lebih info... kalau nak tempah direct dengan pengurusan fauna beach chalet diorang pun ada sediakan pakej yang menarik dan berpatutan...

Jadi malam tu bermulalah episod mengemas beg... Cadangan 2 hari 1 malam, tapi bawak baju lebih, takut nak stay lagi sehari... mula2 pening juga duk pikir nka bawak baju ape g pulau, jadi aku tanya je kat encik google. Kat blog tu ada kongsi beberapa tips untuk persedian awal ke pulau... korang boleh chek kat sini . Aku tak follow semua, tapi aku bawak semua barang yang penting. Korang boleh follow link tu juga, Manalah tahu kalau korang pun nak g pulau jugak pasni... Dalam blog tu pun ada cadangkan bawak makanan sikit incase lapar tengah2 malam atau nak jimat belanja. tapi kalau macam kitorang dah ambik pakej full box, tak payah pikir pasal makan dah... sebab semua dah termasuk dalam harga pakej dah..

Apa yang paling best tentang pakej yang kitorang ambik ni ialah, walaupun ambik pakej murah, tapi kitorang memang puas hati dengan servicenya. Paling best dapat bilek bersebelahan dengan restoran dan betul2  menghadap pantai. Bab makanan pun memang puas hati sangat, makanan memang banyak setiap kali kitorang makan, memang terlajak kenyang dibuatnya...
Aku ni pulak memang jenis sukakan alam semulajadi, memang syok layan sea view malam2... Nak tido pun dibuai bunyi ombak... memang bestlah bagi aku layan angin pantai malam tu sebelum tido sebab boleh santai2 lagi kat bernda chalet.... kat kawasan ni walaupun dekat dengan restoran, lebih kurang jam 10 ke 11 restoran dah tutup, jadi tiada ganguan bunyi bising dari restoran pun.

Ok, nak bgithu sikit pada yang belum pernah datang, kalau nk ke perhentian ni, korang kena naik Bot dari kuala besut kalau nak senang, Jadi kalau datang dengan kenderaan sendiri, kenalah cari parking untuk tinggalkan kereta kat sana... kat sini tak susah nk cari parking, sbb nanti akan ada orang yang akan tanya korang  kalau korang nk sewa parking, Bayaran parking pulak kira 1 hari. Harga dari Rm 10 untuk sehari... kalau korang bernasib baik, boleh dapat lagi murah... Masa kitorang pergi baru ni, kitorang dapat dengan harga rm 15 untuk 2 hari... tapi kalau musim cuti harga parking mungkin akan naik sikit.

Then, untuk ke Pulau Perhentian Korang kenalah tunggu bot kat jeti kuala besut. Boleh beli tiket taman laut dengan harga Rm 5 untuk seorang. Dan kalau korang tak ambik ape2 pakej, n nak main serbu je pergi pulau, kenalah cari tiket bot untuk pergi dan balik, harga untuk seorang lebih kurang Rm 70 untuk seorang.  Tak perlu risau tentang bot kalau nk pergi pulau perhentian ni sebab serius memang banyak bot kat sana, korang boleh je tanya kat orang yang ada kat situ, atau diorang pun akan ofer korang. Kalau nk pergi dekat pejabat ajen pelancongan pun boleh, boleh terus cari mana2 chalet untuk penginapan sekali.

Disebbkan kitorang dah ambik pakej, jadi bot pergi dan balik dah diuruskan untuk pergi ke pulau hari tu, bot yang kami naik tu tak ramai pun penumpangnnya cuma ada 4 orang je... Kalau dah naik boat ni memang wajib pakai life jaket.. Untuk keselamatan jugak, manalah thu tengah laut nanti bot ni jadi ape2, kalau dah pakai life jaket tu selamatlah sikit, In Sya Allah tak akan tengelam. Sebelum naik bot tu bacalah ape yang patut, doa mintak perjalanan ke pulau tu selamat dan lancar.. Kalau yang mabuk laut tu boleh standby beli ubat dekat Farmasi. Pengalaman pertama aku naik bot ke sana memang mencabar.. bile bot dah laju ditambah dengan keadaan laut yang bergelora tu, nak melambung je rasanya, Tapi Alhamdulillah, aku takda alami masalah mabuk laut. Ape2 pun naik bot ni memang enjoy je rasa... Dalam tempoh masa lebih kurang 45 minit macam tu, sampai lah kitorang ke chalet pilihan kitorang di teluk dalam... Fauna Beach Chalet lebih kurang jam 10.30 pagi.

Dah sampai kat chalet yang kitorang dah tempah, ajen dah tunggu kitorang n uruskan check in bilik dulu, then tanya sama ada kitorang nak rehat dulu atau nak terus pergi snorkling.... disebabkan aku ni terlalu excited, so aku decide nk pergi snokling terus, lagi pun kalau pagi lagi ni, tkdelah panas sangat. So sampai bilik aku terus salin baju dan kuar untuk snorkling. Time tu kitorang join ngn 1 lagi kumpulan budak lelaki seramai 5 orang dari johor... diorang pun datang untuk snorkling juga, total semua sekali ada 7 orang termasuk aku dan kawan aku ni... kitorang 2 orang je lah perempuan atas bot tu... Mula tu cam segan juga tapi, disebabkan teruja sangat nk g snorkeling ni, abaikan jelah rasa tu..

First sekali driver bot ni bawak kitorang kat tempat yang paling basic untuk belatih dulu. Tempat ni dekat dengan pantai, jadi kat sini pemandu bot akan menerangkan cara mengguna peralatan snorling tu. Sebenarnya aku ni tak pandai berenang pun, tapi masih tergedik-gedik nak bersnorkling... Tapi kalau dah pakai life jaket tu conform tak kan tengelam, kira dah selamatlah tu... mula2 jus duk kat kawasan cetek je, pastu buat2 berani pergi tempat dalam sikit, then mulalah rasa macam tak selesa dan jadi panic bile kaki tak cecah ke dasar... rasa macam nk tengelam pulak. Jadi aku patah balik ke pantai duk kat kawasan yang cetek sikit, masih boleh nampak ikan2 kecil kat situ, tapi tkdelah terumbu karang... kawan aku ni pun die just berendam kat area dekat2 ngan pantai jugak. Sbb katanya die dah pernah pergi tengok kat kawasan terumbu karang tu... so dah malas nk pergi lagi..

Driver bot tanya kenapa tak pergi kat kawasan terumbu karang tu, walaupun malu aku tetap mengaku yang aku tak pandai berenang. Agaknya dia kesian kat aku, die ofer diri nak bawak aku ke bahagian kawsan terumbu karang tengok coral dan clamp gergasi. Mula aku takut, tapi die bagi jaminan tak kan biar aku lemas, jadi aku pun cuba utk beranikan diri ikut gak die pergi.
Pemandangan kat dalam air tu memang cantik sangat. Memanb dalam hati tak berhenti memuji bertapa indahnya alam ciptaan Allah..  Biasa tengok dalam tv je, kali ni aku merasa tengok dangan mata aku sendiri... memang teruja sangat... Almaklumlah ini kali pertama aku snorkling dan dapat tengok keindahan dasar laut tu dengan mata aku sendiri.

Then balik semula ke bot dan aku masih teruja..  terus ke detinasi seterusnya iaitu turtle point... kat kwasan ni, boleh tengok penyu kalau korang beruntung. Tapi dekat sini, aku ngn kawan aku tak turun pun, sebb aku tengok air tu macam dalam je. Yang turun cuma group yang berlima tu je... jadi kitorang cuma stay dalam bot jelah... next destination kawasan bnyak ikan, driver bot tu kate ada ikan nemo kat situ. Group yang berlima tu dah terjun dalam air, aku ngn kawan aku takut nk terjun, jadi kitorang stay je lah dalam bot. Time tu driver bot tu kuarkan roti dan mula baling roti dalam air, Banyak sangat ikan naik berebut roti... memang bertambah teruja tengok ikan. Pastu driver bot tu pulak ajak kitorang turun... Mulalah rasa berbelah bagi sama ada nak stay atau nak turun, last sekali aku decide utuk turun, kawan aku mula kata nak turun, tapi lepas aku turun die tak jadi turun pulak... die pulak pergi baling roti dekat kawasan aku duduk kat dalam air tu, memang bnyak sangat ikan datang kat aku, terasa ikan2 tu langar aku. Walaupun ikan tu kcik je, tapi bnyak giler ikan kat keliling aku, jadi takut pulak.

Sama macam destinasi pertama tadi driver bot tu juga yang heret aku pergi kwasan yang bnyak terumbu karang dan macam lagi ikan. Kat sana aku dapat tengok gamat hidup buat kali pertama. Bukan dapat tengok je, tapi dapat  pegang sendiri... kat sini pun cantik2 jugak coral die, sempat juga tengok cendawan laut. Kat kwasan ni juga, diver bot tu suh aku bukak life jaket, katanya nk ajar aku apungkan badan tanpa life jaket. Yang penting jangan panic dan kawal pernafasan. Mula takut juga, tapi aku beranikan diri... firstime jugak aku boleh apungkan badan tanpa life jaket. Aku memang tak pandai langsung berenang, jadi driver bot tu tarik aku balik ke bot tanpa life jaket. Memang seronok boleh sampai ke bot tanpa life jaket, rasa cam best gile time tu.. tpi part nk panjat bot tu memang agak mncabarlah... aku ni dah lah montel orangnya, jadi diorang yang lain kena balancekan bot tu sebelum aku boleh naik bot, tapi Alhamdulillah selamat gak aku naik dalm bot tu...

Destinasi ketiga shark point. Tempat orang cari jerung... cam ngeri je dengar perkataan Jerung tu. Group yang berlima tu diorang memang awl2 dah terjun, kat sini mula aku pun rasa macam tak nak dah terjun dalam air, tapi bile driver bot tu duk desak, rasa teruja balik nk turun.. kat sini aku berpeluang tengok JERUNG life dengan mata aku sendiri. Jerung tu tak kacau orang pun, just melintas je depan kita. Dah dapat tengok jerung, kitorang balik semula ke bot, mulanya aku memang terjun dengan life jaket, pastu sampai kat kwasan jerung tu bukak semula, tapi bile nk nk blik bot aku rasa kwasan tu air terlalu bergelora, jadi aku cakp nk pakai semula life jaket sebb aku tak yakin je. Dah sampai kat  bot, kat sini memang stress aku dibuatnya,  aku dah capai tangga tapi aku rasa tangan aku tak cukup kuat nak tarik badan aku naik atas bot.. mulalah rasa macam nak nangis... Tapi drver bot tu capai tangan aku n tolong tarik aku... bile kaki aku dah boleh panjat anak tangga yang kedua tangan pun dah boleh capai bumbung bot, baru boleh naik masuk dalam bot. Kat sini memang nerves gile aku dibuatnya...

Dah naik atas bot, group yang berlima ni cakap diorng tk dapat pun tengok jerung tu... jadi antara 7 orang tu, aku je lah yang bertuah hari tu  sbb aku dapat tengok JERUNG tu... Memang happy sangat time tu, hilang dah rasa nerves tak dapat panjat bot tu. Sbb bagi aku walaupun aku susah sikit time nk panjat bot tu, tpi ianya berbaloi sangat sebab aku dapat tengok benda yang kita susah nk tengok kat tempat lain dan aku memang tak pernah pun tengok JERUNG life depan mata aku... biasa tengok kat Tv je..  destinasi terakhir kitorang pergi kat kawasan  mata air berani. Kawasan mata air tepi bukit... air tawar mengalir terus ke laut..  sempat jugak lah basuh badan dangan air tawar ni... sejuk je airnya... Dah selesai kat sini kitorang terus balik chalet semula, lokasi mata air ni dekat je ngan kawasan chalet kitorang menginap.

Sampai chalet ajen cakap makanan dah siap, jadi terus masuk bilik dan mandi, kemudian terus siap2 turun makan pulak... yang bestnya bilik dangan restoran bersebelahan je... menu makan tengahari pun agak menarik, kitorang sampai, terus diorang hidangkan... Sup ayam, sayur campur, ikan masak masam manis, telur dadar, dan desert buah tembikai, dan 1 jug oren serta semangkuk besar nasi... rasanya hidangan ni sesuai utuk 3 orang... time kitorang baru nk makan, tibe2 turun pulak anak tupai ni dari batang pokok ni, cam nk mintak makan je... aku pun patahkan sikit buah tembikai untuk die letak atas meja, tapi die tak turun ambik, tukar pulak letak atas kerusi pun tak nak turun ambik. Sudahnya kitorang pindah meja, takut tibe2 die lompat atas meja time kitorang makan.

Dah siap pindah meja, pekerja restoran tu datang nak halau tupai tu, aku bgthu dah bagi die tembikai tapi die tak ambik, rupanya  kena hukurkan pada mulut die  baru die akan ambik, sbb die memang tak kan naik atas meja. Dah dapat tembikai terus die naik atas dan makan, bile dah abis, die turun bawah lagi nk mintak  lagi. Kali ni aku hulurkan kat mulut die, dah dapat terus naik atas, tak sempat nk snap pic die. Lepas siap makan kitorang lepak dulu kat retoran sambil ambik angin pantai... tenang je kat situ air jernih sangat...

Terasa badan dah agak penat, kitorang naik bilik rehat2 sekejap... petang tu turun jalan2  tepi pantai ambil angin petang... Petang dah tkde aktiviti sangat dah, jadi rehat2 sambil bersantai je lah... Malam ada barbecue dinner je... turun  dari bilik terus perkerja restoran tu hidangkan... memang puas makan, macam2 ada kenyang sampai tak abis makan. Balik bilik terus tido dan berehat je... tak bnyak aktiviti malam... sbb kat chalet yang kitorang duduk ni malam memang tak meriah sangat... takde aktiviti macam parti ke ape, tapi aku memang suke camni... tenang je... memamng kalau g bercuti nak cari tempat2 yang sunyi2 n menenangkan je...

Pagi lepas breakfast, terus siap2 untuk check out... kul 11 pagi check out dan tunggu bot untuk balik ke jeti kuala besut... pengalaman yang berharga sangat untuk aku... lepas ni nak ke redang pulak...
antara gambar yang sempat aku ambik masa kat sana.. aku kongsikan kat sini untuk tatapan korang suoaya supaya korang pun excited nak g pulau perhentian nanti... bagi aku kat malaysia ni pun ada banyak sangat tempat yang menarik dan cantik. Jadi tak perlulah kita sibuk sangat nak melancong ke luar negara sedangkan negara kita pun banyak tempat yang menarik.
Kalau nk diikutkan panjang lagi coretan aku ni, tapi rasanya, ini pun dah cukup panjang, korang pun mesti dah bosan baca aku melalut, dengan typo disana sini...















Jumaat, 6 Mac 2015

Hari ni Punya Kisah


6 March 2015

bangun awl pagi, mandi, solat subuh, dan bersiap untuk ke kelas... Takut lapar time kelas, so aku makan dulu pagi ni... teringat pulak semalam sorang tutor ni sms, cakap kelas die untuk hari ni dibatalkan sebb die masuk hospital.. Siap bagithu tinggkat berapa dan wad mana lagi. Takut aku tak caya die sakit agaknya.

Dah siap makan, mula rasa mengantuk balik,
memikirkan kelas kognitif aku dibatalkan, akan ada 2 jam pulak waktu terluang nak menanti kelas seni dan kreatif. Duk berbolak balik cita pasal kelas, hati dah mula berat je nak masuk kelas yang awal pagi ni. Kelas tu agak membosankan sebab totur seolah-olah cakap sorang2, tak bnyak perbincangan pun...

Kesudahanya salin semula baju tido terus landing balik atas katil, ambik mood nak tido balik... punya semangat bagun awl bersiap bagai nak g kelas, sudahnya tido balik. Pagi ni aku tido ngn muka siap ber make up... Bangun tido lebih kurang kul 11 tengok cermin make up aku tak ilang lagi... touch up sikit terus siap2 g kelas...

Hari ni perbincangan tentang asigment je, rupanya banyak gak kesilapan kecil yang aku buat dalam asigment ni. So tutor dah suruh betulkan dan die akan semak semula pada perjumpaan akan datang.  Bile pikir blik petang ni, boleh pulak aku tido balik walaupun dah siap nk g kelas pagi tadi. Sengal jugak aku ni...

Note : Ini merupakan kali pertama aku menulis tentang diri aku sendiri. Selama aku buat blog ni, aku hanya banyak berkongsi info dan berita yang aku rasakan menarik bagi memudahkan aku membacanya semula.

Lepas ni mungkin lebih banyak lagi curahan rasa aku dalam blog ni....


Khamis, 5 Mac 2015

Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Merah



Beberapa hari lepas sempat juga singgah kedai jual ikan, niat hati nak cari sotong ataupun ketam, tapi tak berapa segar lak. Ternampak pulak ikan merah ni, nampak segar... So decide untuk beli ikan merah. Aku tak suka bahagian kepala, sebab tak berapa pandai sangat nak makan bahagian kepala tu. Jadi kitorang ambik bahagian ekor je...

Balik rumah simpan je dulu dalam peti ais... petang baru teringat nak masak ikan tu.. Ikan ni pun agak besar juga saiznya, jadi boleh masak dua kali. Hari tu dah masak separuh, jadi ada lagi 2 ketul dalam peti ais. 

Hari ni niat hati nak masak Sup Ikan Merah, tapi tak cukup bahan untuk buat sup, jadi masak gulai je lab sekali lagi... Di sebabkan aku bukan orang kelantan dan dulu bukan selalu masak sangat jadi aku Google je resepi masa kali pertama masak hari tu.. kali kedua ni masih ingat lagi jadi tak payah google dah. 

Antara bahan yang diperlukan

Cili padi (boleh juga guna cili kering)
Lengkuas  (Lebih kurang seinci)
Bawang besar merah ( boleh guna bawang kecil )
Bawang putih 
kunyit hidup
# Kisar kesemua bahan 

Santan
Garam 
Gula
Asam keping

Ikan Merah 
Timun





Cara Penyediaan

1. Rebus ikan dengan asam keping dan garam
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
3. Campurkan sedikit santan
4. Lepas mendidih, masukkan timun ke dalam periuk.
5. Masukkan bagi santan dan tunggu sehingga mendidih
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa
7. Sedia untuk dihidang

Makan ngan nasi panas2 memang sedap... 
Tips kurangkan hanyir ikan... 
* Basuhkan ikan dengan tepung gandum


Selamat Mencuba... 

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...