Khamis, 11 Disember 2014

POTONG TANGAN, KAKI KERANA CEMBURU

MANGSA yang parah akibat kehilangan banyak darah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang untuk rawatan.

Kluang : Seorang lelaki yang kecewa apabila mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak di luar dugaan apabila memotong pergelangan kaki dan tangan isterinya sebelum membunuh diri di Taman Suria di sini, pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki terbabit hilang pertimbangan dan menyerang isterinya serta bertindak kejam memotong kedua belah kaki dan tangan wanita malang itu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan cemburu.

Menurutnya, selepas memotong kaki dan tangan isterinya, suspek berusia 47 tahun dipercayai meminum racun dan menggantung diri di balkoni.

"Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk rawatan kecemasan sementara mayat suaminya dihantar ke Unit Forensik hospital terbabit untuk bedah siasat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...