Rabu, 3 Disember 2014

MAUT KERANA KUCING



Teluk Intan: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dihempap televisyen 29 inci di rumahnya di Kampung Batu 7, Changkat Jong, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian 11.15 malam itu, mangsa, Siti Norain Maisarah Romly mengalami perdarahan di mulut dan hidung selepas dihempap televisyen berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Difahamkan kejadian berpunca daripada dua ekor kucing yang bergaduh hingga menyebabkan televisyen yang terletak diatas rak jatuh menimpa mangsa.

Mayat mangsa dibedah siasat di HTI pada 2 petang ini dan keluarga mangsa masih berada di hospital bagi menuntut jenazah.


BU mangsa tidak dapat menahan kesedihan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...