Isnin, 8 Disember 2014

BAPA DIDENDA BIARKAN ANAK 9 TAHUN MEMANDU KE SEKOLAH



BAPA kepada seorang budak perempuan berusia sembilan tahun didenda sebanyak THB 2000 (RM212) oleh polis Surat Thani atas kesalahan membiarkan anaknya yang masih di bawah umur memandu kereta ke sekolah.

Video anak perempuannya memandu itu menjadi viral dan kemudiannya mendapat kecaman orang ramai selepas bapanya mengaku sudah dua tahun membiarkan anaknya memandu sendirian ke sekolah.
Yongyuth Kangkaprathum, 38, bagaimanapun memohon maaf kepada penduduk Thailand di atas perbuatannya itu.
Menurutnya, dia tahu perbuatannya itu adalah salah tetapi tidak pernah memikirkan mengenai perkara itu sebelum ini.
“Itu merupakan satu kesilapan, tetapi saya tidak pernah memikirkannya sebelum ini. Saya membiarkan dia (anak perempuan) memandu sejak dia berusia tujuh tahun. Anak perempuan saya suka semuanya yang berkaitan kereta sehingga meminta untuk memandu,” katanya.
Kangkaprathum juga mendedahkan anaknya pernah memandu dalam jarak perjalanan yang jauh sebelum ini namun tidak pernah terlibat dalam kemalangan sepanjang dua tahun memandu.
“Kebiasaannya dia akan memandu dari rumah ke sekolah yang jaraknya lapan kilometer perjalanan. Yang paling jauh dia pernah memandu adalah dari Surat Thani ke Phuket untuk percutian keluarga. Memang tak pernah kemalangan.
“Saya biarkan dia memandu berseorangan tetapi saya selalu memerhatikannya dari belakang. Keluarga kami mempunyai empat buah kereta,” katanya lagi.
Kangkaprathum berharap pengakuannya ini dapat menghentikan kecaman Netizen terhadap dirinya dan anak perempuanya itu berhubung video viral tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...